Kategori: Malay

Sekitar lawatan Pengerusi PUNB, YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris ke Pejabat PUNB Wilayah Selatan dan premis perniagaan Rakan Usahawan PUNB AD Nano Technology Sdn Bhd dan MNK Raudhah Tebrau pada 13 September 2022.

YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris, Pengerusi PUNB menyampaikan sumbangan cat kepada Encik Hamdan Ali, Pengerusi JPKK Kampung Bantal untuk aktiviti gotong-royong mengecat premis perniagaan di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut hari ini.

Aktiviti keceriaan kampung yang dianjurkan sempena bulan Kebangsaan itu disertai penduduk kampung dan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut.

Sekitar lawatan Pengerusi PUNB, YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris ke Pejabat PUNB Wilayah Sabah dan premis perniagaan Rakan Usahawan PUNB Sabah, ZBN Group Holdings Sdn Bhd, Zainal Kitchen Enterprise (Mari Mari Steamboat) dan ASK Creative Printing Service pada 23 Ogos 2022.

Pengerusi PUNB, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata sebanyak RM51 juta pembiayaan sudah diluluskan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) kepada 257 syarikat usahawan Bumiputera Sabah sejak PUNB ditubuhkan sehingga Julai 2022.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PUNB, di Pulau Sebatik.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kalabakan, Ma’mun Sulaiman dan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandy.

Sekitar lawatan Pengerusi PUNB, YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris ke Pejabat PUNB Cawangan Tawau dan premis perniagaan Rakan Usahawan PUNB Tawau, Moo Chuu Borneo dan Asnah Enterprise pada 22 Ogos 2022.

PUNB telah mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Kampung Tamang (Rancangan), Pulau Sebatik, Tawau pada 21 Ogos 2022 dengan memberi sumbangan bakul makanan dan lampu jenis LED automatik kepada 100 orang asnaf.

Sumbangan telah disampaikan oleh YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan, Pengerusi PUNB, YB Tuan Ma’mun Sulaiman, Ahli Parlimen Kalabakan dan YB Andi Muhammad Suryadi Bandi, ADUN Tanjung Batu.

KESIHATAN adalah kenikmatan hidup yang sebenar!

Sebagai seorang usahawan, anda harus bijak mengimbangi antara pekerjaan dan kehidupan. Ini kerana anda memerlukan tahap mental, fizikal dan emosi yang baik agar mampu menangani sebarang tekanan dengan tenang. Oleh itu, anda harus mengamalkan gaya hidup sihat untuk menjadi usahawan yang sihat dan berjaya.

Kunjungan hormat Malaysia Pakistan Business Council (MPBC) ke Ibu Pejabat PUNB yang disambut oleh YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris, Pengerusi PUNB, Encik Abdul Jammi Abdul Karim, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PUNB dan Puan Hazina Mohamad, Ketua Jabatan Pembangunan Perniagaan Antarabangsa pada hari ini.

Turut hadir adalah YBhg. Dato’ Sri Mohamed Nazir Meraslam, Pengerusi MPBC serta Ahli Jawatankuasa MPBC.

Peneraju kilang sulaman berkomputer Bumiputera, Rima Aras Services Sdn Bhd (Rima Aras) tetap kukuh walaupun turut berdepan cabaran pandemik COVID-19. Pengarah Urusannya, Suhairah Salamon berkata, sokongan daripada pelanggan sedia ada dan baru semakin meningkat. Oleh itu, Rima Aras merancang untuk meluaskan perkhidmatannya, sekali gus menjadi pusat sehenti bagi semua jenis percetakan yang menggunakan teknologi terkini.

H.N VARITAS COMPANY – Rakan Usahawan PUNB

Di sebalik kejayaan yang dikecapi kini, tersirat seribu satu cabaran yang dilalui oleh pasangan suami isteri, Hazizi Halena dan Norasikin Rambli dalam mengusahakan produk serbuk minuman pelbagai perisa dengan menggunakan formula khas yang direka sendiri. Dengan hanya berbekalkan modal sebanyak RM300 untuk berniaga air secara kecil-kecilan di hadapan rumah, Norasikin tekad memasang impian untuk menubuhkan syarikat sendiri dan kini hasratnya tercapai dengan tertubuhnya syarikat HN Varitas.

12 tahun bukanlah jangka waktu yang singkat untuk menempa nama dalam dunia perniagaan. Siapa sangka kesukaran yang dihadapi dalam mendapatkan bekalan serbuk minuman menjadi asbab kepada penghasilan serbuk minuman jenama ‘Oh Aromah!’ yang kini bukan lagi asing dan mendapat permintaan yang menggalakkan di Bumi Kenyalang.

Jerit perih berulang-alik ke Sibu untuk mendapatkan bekalan daripada stokis dari Semenanjung ternyata tidak sia-sia. Menurut pemegang Ijazah Sarjana dalam jurusan Sains Pembelajaran, Universiti Malaysia Sarawak ini, kini HN Varitas telah menghasilkan lebih 40 perisa, jus dan pati minuman yang boleh digunakan untuk membuat minuman ice blended dan jualan air balang. “Perisa coklat dan kopi adalah antara produk yang mendapat permintaan tertinggi setakat ini. Alhamdulillah, dalam sehari jualan boleh mencecah 50 hingga 100 kilo dengan anggaran RM30,000 sebulan,” jelasnya.

Tambah Norasikin, HN Varitas turut menggunakan platform pemasaran aplikasi Shopee dan ia mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Pemilihan jualan menggunakan aplikasi ini adalah bertujuan untuk menawarkan pengalaman pembelian yang lebih mudah kepada para pelanggan. Berbekalkan pengalaman dan kemahiran yang dimiliki, HN Varitas tidak lokek untuk membantu para usahawan lain khususnya Bumiputera dengan menawarkan perkhidmatan penghasilan produk serbuk minuman mengikut cita rasa mana-mana usahawan yang ingin berniaga menggunakan jenama sendiri.

Selain itu, Norasikin juga telah membuka peluang perniagaan terutama kepada golongan belia yang berminat untuk mempelajari dan menceburi dunia keusahawanan melalui program berniaga ‘Air Balang Nang Kaw’ yang terdiri daripada perisa coklat dan kopi khasnya. Inisiatif ini secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada golongan belia untuk menjadikan dunia keusahawanan sebagai kerjaya pilihan selain mampu membantu meraih pendapatan sampingan.

Sejajar dengan usaha tersebut, HN Varitas merancang untuk memiliki kilang sendiri dan menyediakan lebih banyak perisa dan produk minuman selain ingin meluaskan pasaran ke seluruh Malaysia serta menembusi pasaran Brunei.

Pasangan suami isteri ini percaya, rahsia kejayaan sesebuah perniagaan adalah sentiasa konsisten walaupun kemajuan dikecapi itu sedikit. Teruskan momentum perniagaan dan harus bijak mengatur strategi agar kekal kompetitif dan berdaya tahan.

Kami Menghargai Maklum Balas Anda!

    Soalan 1

    Pengalaman Keseluruhan:

    Bagaimanakah anda menilai pengalaman keseluruhan anda di laman sesawang kami?

    Soalan 2

    Pencarian Maklumat:

    Adakah mudah untuk mencari maklumat yang anda cari?

    Soalan 3

    Bahagian Bantuan:

    Bahagian mana pada laman sesawang kami yang paling membantu anda?

    Soalan 4

    Jangkaan Laman Sesawang:

    Adakah laman sesawang kami memenuhi jangkaan anda?

    Soalan 5

    Kebarangkalian untuk Kembali:

    Adakah anda akan kembali ke laman sesawang kami pada masa hadapan?