Menerajui Perjalanan
Kecemerlangan Keusahawanan Bumiputera

PUNB memperkasa usahawan Bumiputera melalui pembiayaan dan sokongan perniagaan dalam mencapai kejayaan.

SKROL UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Mendorong Pertumbuhan Perniagaan dengan Pembiayaan PUNB

PUNB menawarkan pembiayaan perniagaan untuk membangun dan memperkasa usahawan Bumiputera serta perniagaan mereka agar lebih berdaya saing dan berdaya tahan.

Skim Pembiayaan
Terokai skim pembiayaan kami yang dirangka khusus bagi menyokong dan mencapai penyelesaian pelbagai keperluan perniagaan untuk setiap usahawan.

Program Pembiayaan
Ketahui program pembiayaan komprehensif kami yang menawarkan sokongan dan pembiayaan teguh untuk membantu perniagaan anda berkembang.

Direktori Rakan Usahawan
Terokai pelbagai jenis perniagaan yang diperkasakan oleh pembiayaan PUNB. Kenali usahawan Bumiputera dan kisah kejayaan mereka yang telah memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Dipercayai oleh jenama, perniagaan dan usahawan seperti anda..

Agensi Kolaborasi

Produk dan Perkhidmatan oleh Rakan Usahawan PUNB

Layari Direktori Usahawan kami untuk berhubung dan pelajari daripada usahawan Bumiputera yang telah berjaya melalui sokongan serta pembiayaan PUNB. Temui kisah inspirasi dan pengenalan perniagaan.

Tanya kami apa saja.

Mulakan pembiayaan dengan bijak! Terokai Soalan Lazim kami bagi mendapatkan jawapan kepada semua soalan anda mengenai pembiayaan, program, dan sokongan PUNB. Perjalanan kejayaan keusahawanan anda bermula di sini!

A. Apakah pembiayaan perniagaan yang ditawarkan oleh PUNB?

PUNB menawarkan pakej pembiayaan perniagaan bersepadu dikenali sebagai Pembiayaan PROSPER dengan pembiayaan dari RM100 ribu sehingga RM10 juta.

 

B. Berapa lamakah tempoh pembiayaan perniagaan PUNB?

Tempoh pembiayaan perniagaan PUNB adalah sehingga 7 tahun.

 

C. Adakah tempoh pembiayaan tersebut tertakluk kepada semua perniagaan?

Tempoh maksima pembiayaan adalah 7 tahun walaubagaimanapun ia tertakluk/bergantung kepada kelulusan akhir penilaian terhadap semua jenis perniagaan.

 

D. Berapakah kadar keuntungan pembiayaan perniagaan PUNB?

Kadar keuntungan yang dikenakan ialah 5%-8% setahun (bergantung kepada tujuan pembiayaan termasuk terma dan syarat)

 

E. Saya difahamkan bahawa selain dari bantuan pembiayaan perniagaan, syarikat juga mendapat bantuan nilai tambah. Apakah jenis bantuan nilai tambah yang diberikan oleh PUNB?

Ya, selain daripada bantuan pembiayaan perniagaan, syarikat juga akan mendapat khidmat runding, pemantauan prestasi perniagaan dan pembangunan perniagaan melalui kursus serta latihan keusahawanan.

 

F. Bolehkah pembiayaan perniagaan PUNB digunakan untuk membaiki atau mengubah suai premis perniagaan sedia ada?

Boleh. Antara tujuan pembiayaan perniagaan PUNB mengikut skop pembiayaan yang ditetapkan adalah modal kerja, ubah suai premis perniagaan dan peralatan/mesin.

 

G. Saya dimaklumkan PUNB turut menawarkan khidmat sewa premis perniagaan kepada usahawan. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya berminat untuk menyewa dengan PUNB?

Sewaan premis perniagaan terhad kepada unit-unit premis yang dimiliki oleh PUNB sahaja. Jika anda berminat dan ingin mengetahui maklumat lanjut tentang unit-unit yang masih kosong, sila rujuk menu PROSPER HARTANAH di portal rasmi PUNB.

 

H. Apakah jenis perniagaan yang memerlukan cagaran untuk mendapatkan pembiayaan?

PUNB tidak mengenakan cagaran tambahan bagi kebanyakan pembiayaan di bawah RM1 juta. Namun, PUNB boleh mengenakan syarat cagaran tambahan jika pembiayaan tersebut mempunyai risiko yang tinggi berdasarkan Skor Kredit (Credit Score) yang dijalankan.

 

I. Apakah jenis cagaran yang diperlukan oleh PUNB bagi seseorang untuk mendapatkan pembiayaan tersebut?

  1. Tunai/Deposit (Cash Upfront/Deposit)
  2. Tabungan (Sinking Fund)
  3. Aset - hartanah (bebas daripada tuntutan oleh mana-mana pihak)

 

 

J. Saya telah membuat pembiayaan perniagaan bersama PUNB dan mempunyai cagaran. Kini saya ingin membuat pembiayaan kedua, adakah saya perlu memberi cagaran lain?

Tidak perlu cagaran tambahan jika nilai cagaran untuk pembiayaan pertama mencukupi untuk menampung nilai cagaran yang diperlukan untuk pembiayaan kedua jika baki pembiayaan pertama digabungkan.

 

 

A. Apakah syarat kelayakan yang diperlukan bagi permohonan pembiayaan perniagaan PUNB?

Secara umumnya, syarat kelayakan pembiayaan perniagaan PUNB adalah seperti berikut:

  1. Entiti milikan tunggal/perkongsian/syarikat diperbadankan
  2. Bagi pembiayaan sehingga RM1 juta, entiti milikan 100% Bumiputera
  3. Bagi pembiayaan melebihi RM1 juta, entiti milikan sekurang-kurangnya 70% Bumiputera
  4. Jualan tahunan tidak kurang RM300 ribu
  5. Syarikat/perniagaan yang telah beroperasi 18 bulan ke atas
  6. Memiliki rekod kewangan terkini
  7. Rekod kredit yang baik dengan lain-lain institusi kewangan

Walau bagaimanapun, syarat kelayakan adalah tertakluk kepada terma & syarat. Sila rujuk menu PEMBIAYAAN PERNIAGAAN di portal rasmi PUNB untuk maklumat lanjut.

 

B. Berapakah had umur bagi pemohon pembiayaan perniagaan PUNB?

Had umur minimum ialah 18 tahun dan maksimum 55 tahun. Walau bagaimanapun, jika pemohon berumur lebih dari 55 tahun, pemohon perlu mempunyai seorang pengarah atau rakan kongsi perniagaan bagi meneruskan kesinambungan sekiranya berlaku sesuatu kepada pemohon (pemilik utama).

 

C. Perniagaan saya dijalankan bersama seorang rakan kongsi bukan Bumiputera. Adakah saya layak untuk memohon?

Anda layak memohon dengan syarat perniagaan tersebut dimiliki dan dikuasai oleh Bumiputera di peringkat pegangan saham dan operasi.

 

D. Saya adalah pemilik kepada beberapa buah syarikat. Adakah syarikat-syarikat saya ini layak untuk memohon?

Ya, dengan syarat syarikat tersebut menjalankan perniagaan secara berasingan dan tidak berkaitan antara satu sama lain.

 

E. Saya masih bekerja dan mempunyai perniagaan sendiri. Adakah saya layak untuk memohon pembiayaan perniagaan PUNB?

Ya, anda boleh memohon. Walau bagaimanapun, kelayakan adalah tertakluk kepada tempoh operasi perniagaan sekurang-kurangnya (minimum) 18 bulan dan anda perlu mengusahakan perniagaan tersebut secara sepenuh masa.

 

F. Saya mempunyai perniagaan di luar negara. Bolehkah saya memohon pembiayaan perniagaan dari PUNB?

Anda boleh memohon pembiayaan bagi perniagaan yang dijalankan di luar negara dengan syarat perniagaan mempunyai ibu pejabat di Malaysia dan dikuasai oleh Bumiputera.

 

G. Sekiranya saya telah menerima pinjaman dari institusi kewangan lain, adakah saya layak untuk memohon pembiayaan perniagaan PUNB?

Anda layak untuk memohon daripada PUNB dengan syarat permohonan tersebut tidak bertindih atau digunakan untuk membayar pembiayaan sedia ada dengan institusi kewangan lain.

A. Apakah kriteria perniagaan yang diutamakan oleh PUNB?

PUNB mengutamakan perniagaan yang berinovasi tinggi dengan integrasi nilai hiliran dan huluan yang tinggi, mesra pelanggan, beradaptasi teknologi dan mudah berkembang (scalable).

B. Apakah sektor perniagaan yang dibiaya oleh PUNB?

Sektor perniagaan yang dibiaya oleh PUNB adalah seperti berikut:

  1. Peruncitan & Pengedaran Perdagangan
  2. Pembuatan & Kejuruteraan
  3. Sistem & Automasi
  4. Kesihatan
  5. Hospitaliti
  6. Penggerak Perniagaan (pembangunan perisian, logistik, penggudangan & perkhidmatan penghantaran)
  7. Kreatif (kraf tangan, cenderahati, seni lukis, seni halus (kaligrafi), animasi (infografik), hiasan dalaman dan fesyen)

C. Saya ingin membeli mesin baharu untuk kemudahan kilang pembuatan saya. Adakah saya layak untuk memohon?

Ya. Dengan syarat mesin baharu tersebut berkaitan dengan sistem automasi & peralatan bagi meningkatkan produktiviti proses perniagaan.

D. Apakah sektor yang tidak dibiaya oleh PUNB?

Sektor yang tidak dibiaya oleh PUNB adalah seperti berikut:

  1. Pertanian & Perlombongan
  2. Pembangunan Hartanah
  3. Kewangan (pembiayaan dan pajakan sama ada produk kewangan/bukan kewangan, bitcoin, dagangan wang asing (forex), pajak gadai dan perkhidmatan kiriman wang)
  4. Perniagaan bercanggah dengan prinsip syariah

E. Saya menjalankan perniagaan ternakan haiwan. Adakah saya layak untuk memohon?

PUNB tidak memberi pembiayaan kepada sektor perladangan dan penternakan. Walau bagaimanapun, PUNB boleh membantu bagi perniagaan hiliran yang berkaitan dengan industri ini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian Khidmat Pelanggan kami di 1300 13 7862 atau emel ke customerservice@punb.com.my customerservice@punb.com.my

A. Jika saya berminat untuk memohon pembiayaan perniagaan PUNB, apakah yang perlu dilakukan?

Anda boleh membuat permohonan pembiayaan perniagaan melalui PUNB Online di portal rasmi PUNB dengan mendaftar akaun, melengkapkan maklumat dan memuat naik dokumen yang diperlukan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di 1300 13 7862 atau sertai Taklimat Pembiayaan Perniagaan PUNB (Berjadual). Sila rujuk jadual taklimat di portal rasmi PUNB di bahagian Pembiayaan Perniagaan-Kalendar Aktiviti.

 

B. Berapakah tempoh masa proses penilaian sehingga ke tahap kelulusan dan pengeluaran dana pembiayaan?

Bagi pembiayaan tidak melebihi RM1 juta, tempoh masa dari proses penilaian sehingga kelulusan adalah 30 hari manakala pembiayaan yang melebihi RM1 juta akan mengambil tempoh masa sehingga 60 hari. Permohonan akan diproses berdasarkan maklumat dan dokumen lengkap yang diterima sahaja.

Pengeluaran dana pembiayaan pula tertakluk kepada berikut:

  1. Menepati kesemua Syarat Pengeluaran Dana
  2. Mendapat kebenaran dari institusi kewangan untuk membenarkan syarikat mencagar aset dalam bentuk aset tetap dan/atau terapung pada masa sekarang atau hadapan (debentur) atau cagaran spesifik (jika perlu).

 

C. Jika permohonan saya tidak lengkap, berapa lamakah tempoh diberikan bagi penghantaran semula dokumen?

Anda diberikan tempoh selama 14 hari bekerja untuk mengemas kini maklumat dan memuat naik dokumen yang diperlukan di PUNB Online. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Walau bagaimanapun, permohonan baharu beserta dokumen dan maklumat lengkap boleh dihantar sekiranya anda masih berminat.

 

D. Adakah perlu saya membayar yuran pemprosesan apabila permohonan diproses?

Ya, anda perlu membayar yuran pemprosesan minimum RM50 dan maksimum RM1,000 setelah permohonan diluluskan. Jumlah yuran bergantung kepada jumlah pembiayaan yang diluluskan.

 

E. Adakah yuran pemprosesan ini akan ditolak daripada pembiayaan yang telah diluluskan?

Tidak, yuran pemprosesan ini harus dibayar terlebih dahulu semasa penerimaan Surat Tawaran Perniagaan.

 

 

A. Apakah sebab-sebab sesebuah permohonan pembiayaan perniagaan itu ditolak?

Di antara sebabnya ialah permohonan yang dikemukakan tidak memenuhi kriteria utama dan syarat kelayakan pembiayaan yang ditetapkan oleh PUNB.

 

B. Bolehkah pembiayaan perniagaan PUNB yang diluluskan digunakan untuk membuat pembayaran pembiayaan sedia ada?

Tidak boleh. Pembiayaan perniagaan PUNB tidak boleh digunakan untuk membuat pembayaran pembiayaan bagi mana-mana kredit/pinjaman/pembiayaan sedia ada sama ada dengan PUNB atau institusi kewangan lain.

 

C. Bagaimanakah cara untuk menyemak status permohonan pembiayaan perniagaan saya?

Anda boleh menyemak status permohonan pembiayaan perniagaan anda dengan log masuk sistem PUNB Online.

 

D. Bolehkah saya melantik peguam sendiri untuk menyediakan dokumentasi yang diperlukan untuk perjanjian pembiayaan perniagaan PUNB?

Tidak boleh. Hanya panel guaman PUNB sahaja dibenarkan untuk menyediakan semua dokumentasi berkaitan dengan perjanjian pembiayaan perniagaan.

 

E. Apa yang perlu saya lakukan semasa dalam tempoh pembiayaan?

Bagi bantuan perniagaan yang lebih efektif daripada PUNB, anda perlu memastikan syarat-syarat pembiayaan seperti di dalam surat cara perjanjian pembiayaan dipatuhi dan memberi kerjasama dengan pegawai pemantauan yang menjalankan tugas dari semasa ke semasa.

 

F. Adakah pembiayaan saya dilindungi oleh perlindungan Takaful?

Pembiayaan anda dilindungi oleh perlindungan Takaful yang ditawarkan oleh panel institusi pembiayaan Takaful PUNB meliputi perlindungan diri usahawan secara individu dan aset-aset perniagaan.

 

G. Adakah saya boleh mewakilkan individu lain untuk menandatangani surat Tawaran Pembiayaan Perniagaan?

Tidak. Urusan berkaitan tanda tangan Surat Tawaran Pembiayaan Perniagaan PUNB adalah melalui e-sain dan hanya pemohon/pemilik syarikat sahaja yang boleh menandatanganinya. customerservice@punb.com.my

Kami Menghargai Maklum Balas Anda!

    Soalan 1

    Pengalaman Keseluruhan:

    Bagaimanakah anda menilai pengalaman keseluruhan anda di laman sesawang kami?

    Soalan 2

    Pencarian Maklumat:

    Adakah mudah untuk mencari maklumat yang anda cari?

    Soalan 3

    Bahagian Bantuan:

    Bahagian mana pada laman sesawang kami yang paling membantu anda?

    Soalan 4

    Jangkaan Laman Sesawang:

    Adakah laman sesawang kami memenuhi jangkaan anda?

    Soalan 5

    Kebarangkalian untuk Kembali:

    Adakah anda akan kembali ke laman sesawang kami pada masa hadapan?