Kategori: Malay

SCRAP COMPUTER TRADING SDN BHD – Rakan Usahawan PUNB

Sisa elektrik dan elektronik atau lebih dikenali sebagai e-waste perlu dilupuskan secara mesra alam kerana terdapat bahan toksik yang boleh menjejaskan kesihatan manusia dan alam sekitar.  Lazimnya, kediaman dan syarikat akan membuang peralatan elektrik dan elektronik yang telah rosak ke dalam tong sampah seperti bahan buangan yang lain. Hal ini terjadi kerana cara pelupusan e-waste memerlukan tenaga kerja mahir dalam bidang elektrik dan elektronik dan kos yang tinggi.

Mengambil kesempatan dari situasi itu, Rakan Usahawan PUNB, Abdul Haddis Abdul Aziz, pemilik kepada Scrap Computer Trading Sdn Bhd merasakan ia adalah peluang dan masa terbaik untuk membuka perniagaan yang menawarkan perkhidmatan mengumpul dan melupus e-waste. Beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya sebagai pensyarah dan memulakan perniagaan daripada pangsapuri yang disewa bersama isterinya pada 2004. Alhamdulillah, kini beliau berjaya menjalankan operasi perniagaan di sebuah kilang yang terletak di Taman Seri Muda, Shah Alam, Selangor.

“Tidak ramai yang tahu bahawa setiap komponen dalam peranti dan perkakasan elektrik mempunyai nilai. Bak kata pepatah Inggeris, ‘One man’s trash is another man’s treasure’, sehubungan itu, Scrap Computer Trading (SCT) nekad mengumpul dan mengguna semula komponen ini untuk menjana pendapatan selain menyediakan khidmat pelupusan e-waste untuk melindungi alam sekitar,” kata Abdul Haddis.  

Seperti perniagaan yang lain, di awal penubuhan SCT turut menghadapi cabaran dalam memperkenalkan perkhidmatan mereka memandangkan tahap kesedaran masyarakat terhadap kitar semula e-waste masih rendah. Bagi mengatasi masalah ini, Abdul Haddis bersama pasukannya mengambil inisiatif mengadakan kempen kesedaran kitar semula e-waste. Secara tidak langsung, inisiatif ini bukan sahaja memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat malah turut memperkenalkan syarikat dan perkhidmatan SCT.

Pekerja SCT sentiasa memastikan setiap komponen dapat diguna semula sebaik mungkin

Selain itu, dalam memperkasa kesedaran kitar semula e-waste, SCT turut menyediakan pusat kitar semula e-waste dikenali sebagai ‘Recycling & Buy-Back’ yang terletak di AEON Bukit Raja, Klang. Ini untuk memupuk budaya kitar semula di kalangan masyarakat dan menyenangkan pengunjung ke pusat beli-belah ini yang ingin melupuskan peranti dan perkakasan elektrik. Daripada e-waste dibuang begitu sahaja, lebih baik dijual untuk kitar semula dan mendapat insentif dalam bentuk wang selain memelihara alam sekitar.

Langkah ke hadapan, SCT merancang untuk meningkatkan lagi kempen kesedaran kepentingan kitar semula e-waste. Selain itu, SCT juga ingin membuka peluang kepada mereka yang berkemahiran untuk menonjolkan bakat sekaligus mencipta peluang-peluang pekerjaan dalam bidang ini. Menurut Abdul Haddis, perniagaan ini bukan berkisar tentang pelupusan sahaja, bahkan memerlukan seseorang yang berpengetahuan dan mahir berkaitan ilmu elektrik dan elektronik dalam memastikan setiap barangan yang dikitar semula adalah bermanfaat. 

Sebelum mengakhiri temu bual ini, Abdul Haddis sempat menitipkan pesanan buat usahawan, “Menjalankan perniagaan tidak mudah kerana kita perlu sentiasa belajar dan ingat pelbagai perkara, namun dengan formula yang betul, saya percaya kita boleh mencapai matlamat utama,” akhiri Abdul Haddis.

PUNB bersama Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan lawatan ke 4 buah premis Rakan Usahawan PUNB iaitu Print Expert Sdn Bhd, SK Apparel Sdn Bhd, OSA Technology Sdn Bhd dan Restoran Me’nate di sekitar Bangi, Selangor pada hari ini.

Tujuan lawatan ini diadakan untuk melihat perkembangan perniagaan Rakan Usahawan PUNB yang telah menerima pembiayaan perniagaan dan khidmat sokongan korporat melalui program-program yang disediakan oleh PUNB.

Turut hadir adalah YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan) Jabatan Perdana Menteri; YBhg. Datuk Jazmanie bin Shafawi, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan, Jabatan Perdana Menteri; Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB dan kumpulan pengurusan serta pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Perdana Menteri dan PUNB.

Print Expert Sdn Bhd
SK Apparel Sdn Bhd
SK Apparel Sdn Bhd
OSA Technology Sdn Bhd
Restoran Me’nate

Pengerusi PUNB, YH Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris di Sesi Sembang Santai bersama Rakan Usahawan PUNB Tangkak dan Muar yang diadakan di Restoran Danisha Santai Corner, Tangkak pada hari ini, 14 November 2022.

Sesi yang berlangsung selama dua jam ini bertujuan untuk mengetahui perkembangan terkini Rakan Usahawan PUNB di Utara Johor.

Rakan Usahawan PUNB yang hadir ialah Hijrah Water Sdn Bhd, NZ Teguh Enterprise, Cleani 3 Cleaning Services, Klinik Pergigian Penawar Bakri dan Shah M Hitech.

Kewujudan rangkaian 5G semestinya membuatkan segala urusan terutamanya perniagaan kini lebih cepat dan pantas. Ini membuatkan ramai orang ingin mengambil peluang untuk memulakan perniagaan sendiri terutama perniagaan dalam talian.

Berikut adalah senarai trend perniagaan 2022 yang boleh anda ceburi:

Lawatan Pengerusi PUNB, YH Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris ke premis perniagaan Rakan Usahawan PUNB, Ziaf Resources Sdn Bhd (Stesen Minyak Shell Machang, Kelantan) pada 11 November 2022.

PUNB dengan kerjasama Persatuan Usahawan Automotif PROSPER Malaysia (AUTOPRO) telah menganjurkan Auto Forum 2022 pada 2 November 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Bertemakan ‘Meneroka Peluang Memacu Kelestarian’, Auto Forum siri ke-6 ini telah dihadiri oleh 510 peserta terdiri daripada Rakan Usahawan PUNB, usahawan Bumiputera dan para pelajar institusi kemahiran tinggi yang terlibat dalam industri automotif.

Di kesempatan ini, PUNB ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para peserta, penceramah, ahli panel jemputan serta semua pihak terlibat atas sokongan serta kerjasama yang telah diberi dalam menjayakan Auto Forum 2022.

Tahniah juga diucapkan kepada para pemenang Anugerah Usahawan Automotif Auto Forum 2022. Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kejayaan kepada anda dan usahawan lain untuk terus maju dalam perniagaan.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PUNB telah diadakan di Kampung Rimba Raja, Parit, Perak hari ini, 4 November 2022.

Seramai 55 keluarga kurang berkemampuan di Kampung Rimba Raja telah menerima sumbangan barangan keperluan.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi PUNB, YBhg. Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris dan YBhg. Dato’ Mohd Nizar Haji Zakaria, Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Sekitar lawatan Pengerusi PUNB, YBhg. Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris ke Pejabat PUNB Cawangan Alor Setar, Kedah dan premis perniagaan Rakan Usahawan PUNB Irdeco Sdn Bhd pada 19 Oktober 2022.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PUNB telah diadakan di Kuala Kerpan, Ayer Hitam, Kedah hari ini, 18 Oktober 2022.

Seramai 80 keluarga kurang berkemampuan di sekitar Kuala Kerpan telah menerima sumbangan barangan keperluan dan 20 OKU telah menerima sumbangan kerusi roda.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi PUNB, YBhg. Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris dan Ahli Dewan Negara, YB Senator Dato’ Wira Othman Aziz.

Majlis persaraan YBhg. Datuk Mohammad Ismail, Ahli Lembaga Pengarah PUNB yang akan bersara pada 30 Oktober 2022.

PUNB ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Datuk Mohammad Ismail atas segala sumbangan, jasa dan komitmen serta khidmat cemerlang yang telah diberikan.

Besarlah harapan kami agar ikatan ukhuwah yang terjalin akan terus berkekalan dan menjadikan PUNB sebagai kenangan terindah.

Kami mendoakan agar YBhg. Datuk Mohammad Ismail sentiasa maju jaya dalam semua lapangan diceburi dan terus memberi sokongan dalam memperjuangkan martabat keusahawanan Bumiputera di Malaysia.

Kami Menghargai Maklum Balas Anda!

    Soalan 1

    Pengalaman Keseluruhan:

    Bagaimanakah anda menilai pengalaman keseluruhan anda di laman sesawang kami?

    Soalan 2

    Pencarian Maklumat:

    Adakah mudah untuk mencari maklumat yang anda cari?

    Soalan 3

    Bahagian Bantuan:

    Bahagian mana pada laman sesawang kami yang paling membantu anda?

    Soalan 4

    Jangkaan Laman Sesawang:

    Adakah laman sesawang kami memenuhi jangkaan anda?

    Soalan 5

    Kebarangkalian untuk Kembali:

    Adakah anda akan kembali ke laman sesawang kami pada masa hadapan?