Kategori: Malay

Penyerahan cek replika pembiayaan perniagaan PUNB di Majlis Penyerahan Bantuan Keusahawanan Johor 2022 sempena Festival Islam & Halal Antarabangsa Johor (FIJO) 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, hari ini, 1 Oktober 2022.

Penyerahan cek replika melibatkan jumlah keseluruhan pembiayaan sebanyak RM10,335,000.00 untuk 10 Rakan Usahawan PUNB ini, disampaikan oleh YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor.

Turut hadir, Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB.

Dapatkan idea daripada #RakanUsahawanPUNB, Faza Marketing dan Debob Coffee mengenai cara mereka menjalankan perniagaan mereka.

Tip perniagaan daripada Rakan Usahawan kepada usahawan!

Sesi Perbincangan Kumpulan Fokus (FGD) bagi Sektor Peruncitan dan Perdagangan Pengedaran telah diadakan pada 26 dan 27 September 2022 di Sepang, Selangor.

Aktiviti anjuran PUNB dengan kerjasama Persatuan Peruncit Bumiputera Malaysia (BRO), Persatuan Usahawan Automotif PROSPER (AUTOPRO) dan Rakan Usahawan PUNB ini, bertujuan membincangkan mengenai keadaan ekonomi semasa, isu dan cabaran yang dihadapi usahawan Bumiputera serta mencari jalan penyelesaiannya bagi memastikan usahawan terus berdaya saing.

Turut serta dalam perbincangan ini ialah, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, En Izwan Zainuddin; pengurusan PUNB, ketua-ketua unit dan wakil daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

DEBOB COFFEE – Rakan Usahawan PUNB

Saksikan kisah kejayaan Mohd Hafez Sorani, #RakanUsahawanPUNB, pengusaha restoran Debob Coffee yang menawarkan pelbagai menu kopi dan makanan citarasa barat pasti menambat hati.

Seramai 30 warga kerja PUNB menyertai program PUNB Exuberance Team Dynamic 2022 (Kumpulan 1) di Kuala Tahan, Jerantut, Pahang yang diadakan pada 20 hingga 22 September 2022.

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan, memupuk semangat setiakawan dan kerjasama dalam kalangan warga kerja PUNB.

Antara pengisian aktiviti ialah merentas hutan, ‘canopy walk’ dan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Kampung Orang Asli Dedari dan Kampung Tabung, Taman Negara Kuala Tahan. Pada program tersebut, PUNB menyerahkan sumbangan pek makanan serta lampu solar LED kepada penduduk kampung.

Pada hari terakhir program, peserta dibawa melawat ke Kompleks Galeri Mat Kilau di Pulau Tawar, Jerantut.

Kunjungan hormat Persatuan Peruncit Bumiputra Malaysia (BRO) yang diketuai Presidennya, YBhg Datuk Wira (Dr.) Hj Ameer Ali Mydin ke atas Pengerusi PUNB, YB Dato Hj Ahmad Nazlan Idris di Ibu Pejabat PUNB di Plaza Sentral, Kuala Lumpur, hari ini, 21 September 2022.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk memperkenalkan peranan BRO, selain membincangkan mengenai permasalahan serta jalan penyelesaian berkaitan isu yang dihadapi usahawan Bumiputera.

Turut menyertai perbincangan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, En Izwan Zainuddin.

Program latihan ‘Business Integrity and Ethics’ telah diadakan pada hari ini, 21 September 2022.

Latihan bertajuk Meningkatkan Kelestarian dalam Pengurusan Korporat dan Mengurangkan Rasuah Korporat itu bertujuan memberi pendedahan serta ilmu berkaitan jenayah rasuah kepada pengurusan tertinggi PUNB supaya budaya tadbir urus korporat yang berintegriti dan telus menjadi amalan warga kerja PUNB.

Turut hadir menyertai program latihan ini ialah Pengerusi PUNB, YB Dato Hj Ahmad Nazlan Idris; Ahli Lembaga Pengarah, Puan Sharifah Wahaida Lailatul Syed Hassan Sagaff, Ketua Pegawai Eksekutif, En Izwan Zainuddin, Pengurusan Kanan dan Ketua-Ketua Unit.

Jika dilihat pada hari ini, pengurusan perniagaan banyak bergantung kepada penggunaan digital bagi memastikan ‘the job is done!’.

Suka atau tidak, ia sudah menjadi suatu medium yang wajib ada dan merupakan pelaburan yang akan menguntungkan perniagaan.

Jom kita lihat antara perkembangan dalam perniagaan yang kini telah didominasi oleh digitalisasi:

Sekitar lawatan Pengerusi PUNB, YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris ke premis perniagaan Rakan Usahawan EM Malaysia Groups Sdn Bhd, NAF Gadgets Sdn Bhd dan Pusat Servis Kereta Auto Carriage di Johor Bahru pada 14 September 2022.

Kunjungan hormat YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris, Pengerusi PUNB ke atas YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor pada hari ini.

Turut hadir adalah YB Haji Anuar Abd Manap, Ahli Lembaga Pengarah PUNB; Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB; YB Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi Dan Sumber Manusia; Encik Mohd Radzi Haji Mohd Amin, Pengarah Eksekutif, Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd dan Encik Hasnul Atmam Othman, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor.

Kami Menghargai Maklum Balas Anda!

    Soalan 1

    Pengalaman Keseluruhan:

    Bagaimanakah anda menilai pengalaman keseluruhan anda di laman sesawang kami?

    Soalan 2

    Pencarian Maklumat:

    Adakah mudah untuk mencari maklumat yang anda cari?

    Soalan 3

    Bahagian Bantuan:

    Bahagian mana pada laman sesawang kami yang paling membantu anda?

    Soalan 4

    Jangkaan Laman Sesawang:

    Adakah laman sesawang kami memenuhi jangkaan anda?

    Soalan 5

    Kebarangkalian untuk Kembali:

    Adakah anda akan kembali ke laman sesawang kami pada masa hadapan?