Kategori: X-tra

Pejabat PUNB Cawangan Jerantut telah mengadakan Sesi Teh Tarik bersama 9 #RakanUsahawanPUNB Jerantut dan Temerloh di Kedai Kopi Puteh, Jerantut, Pahang pada 18 September 2023.

Sesi sembang santai ini bertujuan untuk mendapatkan perkembangan terkini rakan usahawan, maklum balas mengenai perkhidmatan PUNB, berkongsi idea dan berbincang mengenai trend terkini dalam perniagaan.

Sesi sembang santai ini bertujuan untuk mendapatkan perkembangan terkini Rakan Usahawan, maklum balas mengenai perkhidmatan PUNB, berkongsi idea, dan berbincang mengenai trend terkini dalam perniagaan.

Sesi Kupi-Kupi telah diadakan antara 10 #RakanUsahawanPUNB Kota Kinabalu di Pejabat Wilayah Sabah pada 13 September 2023.

Sesi sembang santai ini bertujuan untuk mendapatkan perkembangan terkini Rakan Usahawan, maklum balas mengenai perkhidmatan PUNB, berkongsi idea, dan berbincang mengenai trend terkini dalam perniagaan.

#TeamExhibitionPUNB di Forum Keusahawanan dan Penjanaan Ekonomi anjuran Pejabat YB Senator Datuk Seri Zurainah Musa, Ahli Dewan Negara Parlimen Malaysia bertempat di Ibu Pejabat SIRIM, Shah Alam, Selangor pada 30 Julai 2023.

Forum ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, Setiausaha Politik kepada YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri. Turut hadir, Ahli Dewan Negara, YB Senator Datuk Seri Zurainah Musa dan Pengerusi Pertubuhan Hawa Kebangsaan, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Penganjuran forum ini bertujuan untuk memberi maklumat tentang keperluan dan elemen pembangunan keusahawanan dalam membantu para usahawan melalui pelbagai inisiatif, program serta aktiviti keusahawanan.

YB Datuk Wira Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, YB Senator Datuk Seri Zurainah Musa dan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil turut berkesempatan mengunjungi reruai pameran PUNB selepas perasmian.

Sekitar Majlis Perasmian Petronas AutoExpert, Jawi Tyre & Workshop, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada Jumaat, 28 Julai 2023.

Rakan Usahawan PUNB ini terpilih untuk membuka Pusat Servis Kenderaan, Petronas AutoExpert, kategori ‘flagship’ yang pertama di Pulau Pinang dengan kerjasama PUNB dan Petronas Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMMSB).

Majlis ini disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama�Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak,Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Hadir sama, Yang Berhormat Dato’ Abdul Halim Hussain, Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang; Encik Mohd Zameer Zahur Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif PLMMSB; Encik Abdul Muner Hanafiah, Presiden AUTOPRO Malaysia.

PUNB diwakili oleh Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB; Wakil Pejabat PUNB Wilayah Utara dan wakil Bahagian Perniagaan PUNB.

Tahniah Petronas AutoExpert, Jawi Tyre & Workshop. Selamat Maju Jaya!

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Encik Izwan Zainuddin dalam lawatan kerja ke Pejabat PUNB Wilayah Selatan berpeluang melawat premis perniagaan dua Rakan Usahawan PUNB di Bandar Baru Uda, Johor pada Ahad, 23 Julai 2023.

Lokasi pertama yang dikunjungi ialah Klinik Veterinar Family yang terletak di Jalan Padi Emas 2, Bandar Baru Uda. Klinik milik Dr Julyana Abu Sari ini menawarkan perkhidmatan rawatan dan surgeri untuk kucing. Klinik ini mempunyai lapan cawangan di seluruh Johor yang dikendalikan oleh doktor dan pembantu klinik yang berpengalaman.

Bagi mereka yang ingin melakukan pemeriksaan kesihatan dan rawatan untuk ‘si bulus comel’, boleh kunjungi Klinik Veterinar Family dan cawangannya.

Lokasi kedua ialah syarikat Utama Tyre & Exhause Enterprise yang juga terletak di Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda. Bengkel penyelenggaraan kenderaan ini dimiliki oleh Encik Othman Bin Basiron dan sudah beroperasi lebih daripada 15 tahun. Bagi mereka yang tinggal berhampiran, boleh kunjungi Kedai Rakan Usahawan PUNB ini untuk mendapatkan perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan.

Sekitar lawatan kerja Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Encik Izwan Zainuddin ke Pejabat PUNB Wilayah Selatan dan Cawangan Melaka, pada 24 Julai 2023, Isnin.

Lawatan turun padang ini, bertujuan untuk mengemaskini perkembangan terkini warga kerja di cawangan dan mengambil maklum balas pelbagai isu berkaitan pentadbiran dan rakan usahawan bagi memastikan peningkatan perkhidmatan PUNB di Wilayah Selatan.

Kehadiran Encik Izwan disambut Encik Azham Ardin Shah, Pengurus Cawangan Wilayah Selatan dan Encik Md Rasyidi Zainal Abidin, Pengurus Cawangan Melaka serta warga kerja PUNB Cawangan.

The courtesy visit of Senior Civil Servants from Pakistan to PUNB was welcomed by Encik Mohd Nor Shazali Mohd Idris, General Manager of Business Division and Puan Hazina Mohamad, Head of International Business Development on 20 July 2023 at PUNB Hall.

A total of nine (9) delegates from various Pakistan’s ministries and agencies attended and were led by Mr. Asim Iqbal, Directing Staff from the National School of Public Policy. Also in attendance was Mdm. Sughra Habib, First Secretary from the High Commission of Pakistan in Kuala Lumpur.

The objective of the visit was to brief the delegates on the role of PUNB in the development of entrepreneurship in the retail and distributive trade sector in Malaysia and at international level.

PUNB kini berada di Program Malaysia MADANI bersempena Program Sentuhan Kasih Desa bertempat di Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah.

Jutaan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri kerana telah berbesar hati melawat reruai pameran PUNB.

Jom hangpa kita pakat mai jumpa #TeamExhibitionPUNB di reruai pameran Jabatan Perdana Menteri (Malaysia MADANI)!

Rakan Usahawan PUNB, MH Wellness Group Sdn Bhd telah melancarkan sistem klinik MHCSys di Wisma My Health, Kuantan pada Jumaat, 14 Julai 2023.

Sistem pentadbiran klinik ini dibangunkan untuk menyeragamkan maklumat pentadbiran dan pesakit yang telah berdaftar dengan tujuh cawangan MHC Klinik dan lapan klinik rakan kongsi bersekutu di seluruh negara.

Antaranya, menerusi sistem ini, doktor di setiap cawangan dapat mengakses maklumat pesakit dan preskripsi ubat, sekali gus memantau serta melihat sejarah rawatan pesakit yang pernah mendapatkan rawatan di klinik di bawah jenama MHC. Selain itu, sistem ini juga digunakan untuk urusan pentadbiran klinik dan temu janji rawatan.

Sistem ini dibangunkan sepenuhnya oleh warga kerja MH Wellness Group dan difahamkan merupakan klinik swasta pertama di Malaysia yang membangunkan sistem klinik.

Pelancaran sistem ini telah disempurnakan oleh Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB. Hadir sama, Dr Mohd Haminuddin Hassan, Pengarah yang juga merangkap Ketua Pegawai Eksekutif dan Penasihat Klinikal MH Wellness Group bersama Encik Fahmirullah Ab Razak, Pengarah yang juga Ketua Pegawai Kewangan MH Wellness Group.

Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB berpeluang melawat premis Rakan Usahawan PUNB, AF Computer Centre yang terletak di Kuantan, Pahang pada Jumaat, 14 Julai 2023.

Pusat sehenti bagi jualan komputer, aksesori berkaitan komputer dan gajet elektronik ini turut menawarkan perkhidmatan membaik pulih komputer serta menjual komputer riba ‘second hand’ berkualiti dengan harga berpatutan.

Perniagaan yang bermula sejak 2010 ini, kini mempunyai empat cawangan di Kuantan, dan satu cawangan di Pekan, Pahang.

Rakan Usahawan PUNB ini juga terlibat dalam mengusahakan enam cawangan perniagaan francais ais krim dan enam cawangan pusat dobi.

We Value Your Feedback!

    Question 1

    Overall Experience:

    How would you rate your overall experience on our website?

    Question 2

    Finding Information:

    How easy was it to find the information you were looking for?

    Question 3

    Helpful Section:

    Which part of our website was the most helpful for you?

    Question 4

    Website Expectations:

    Did our website meet your expectations?

    Question 5

    Likelihood to Return:

    How likely are you to return to our website in the future?