Kategori: X-tra

Sekitar lawatan kerja Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Encik Izwan Zainuddin ke Pejabat Wilayah Utara pada 23 Jun 2023, Jumaat.

Tujuan lawatan adalah bagi meninjau keadaan pejabat serta beramah mesra dengan warga kerja selain berbincang penyelesaian bagi isu dihadapi dalam usaha mempertingkatkan lagi perkhidmatan PUNB di wilayah utara.

Sekitar Majlis Perasmian Penang International Halal Expo & Conference 2023 (PIHEC 2023) yang telah disempurnakan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. PIHEC 2023 bermula hari ini hingga 25 Jun 2023 di Setia SPICE Convention Centre.

Turut hadir, YB Dato’ Haji Abdul Halim Hussain, EXCO Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan merangkap Pengerusi Penang Halal International; Encik Fazil Irwan Som, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Halal International; Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB; Encik Mohd Nor Shazali Mohd Idris, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan PUNB dan Encik Ahmad Nazlee Idris, Ketua Jabatan Pemasaran & Komunikasi PUNB.

YAB Tuan Chow Kon Yeow turut berkesempatan mengunjungi reruai pameran PUNB selepas perasmian.

Seramai 10 #RakanUsahawanPUNB menyertai reruai pameran bersama PUNB di lot A63 – A66 & A75 – A78. Rakan usahawan yang terlibat ialah Ameen Products Sdn Bhd, Harapan Food Manufacturing Sdn Bhd, Nab Industri Enterprise, Mutiara Jingga Marketing, Meloris Legasi Enterprise, Ulfah Chem Engineering Sdn Bhd, Kopiah Industry Sdn Bhd, Tanamera Tropical Spa Sdn Bhd, WIRDORA dan Siti Khadijah.

PIHEC 2023 menumpukan kepada sektor perniagaan halal dalam industri makanan dan minuman, pelancongan, fesyen dan teknologi di samping menjadi platform pertemuan bagi pemain industri untuk meneroka potensi perniagaan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Encik Izwan Zainuddin hadir ke Majlis Perasmian dan Pelancaran Fandi Motor Sports Sdn Bhd (Petronas AutoExpert) di Kamunting, Taiping, Perak pada Sabtu, 17 Jun 2023.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Salbiah Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Koperasi dan Pembangunan Usahawan Exco WakeUp Negeri Perak, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temengor. Hadir sama, Encik M. Zameer Zahur Husib, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd dan Encik Mohd Nor Shazali Mohd Idris, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan PUNB.

Fandi Motor Sports Sdn Bhd adalah Rakan Usahawan automotif PUNB kelima yang menyertai Program Petronas AutoExpert bagi tahun 2023. PUNB bekerjasama dengan Petronas Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd melalui Program Petronas AutoExpert untuk menjalankan perniagaan pusat servis berkonsep di bawah jenama syarikat minyak utama Malaysia ini. Melalui kerjasama ini, Rakan Usahawan yang layak akan mendapat sokongan pembiayaan daripada PUNB serta bimbingan oleh pihak Petronas untuk menyediakan perkhidmatan pusat servis berkualiti tinggi kepada pelanggan.

Tahniah Fandi Motor Sports Sdn Bhd Petronas AutoExpert Kamunting! Selamat Maju Jaya.

Mesyuarat Ahli Majlis (1/2023) dan Mesyuarat Agung Tahunan 2023 Persatuan Institusi-Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) telah berlangsung di Ibu Pejabat PUNB, di Plaza Sentral hari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi ADFIM yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PUNB Encik Izwan Zainuddin turut dihadiri barisan Ahli Majlis dan Sakretariat ADFIM.

Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah pemilihan Jawatan Pengerusi, Naib Pengerusi 1, Naib Pengerusi II, Bendahari dan Setiausaha untuk sesi 2023-2025.

Warga kerja PUNB mengucapkan tahniah kepada Encik Izwan Zainuddin apabila mengekalkan jawatan sebagai Pengerusi ADFIM untuk penggal kedua.

Majlis pelancaran program ‘Empowering Orang Asli Communities’ (ECO), Through Skills and Training’ telah dirasmikan oleh Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif di dewan utama PUNB pada hari ini.

Program ECO ini bertujuan memperkasa belia Orang Asli melalui kemahiran dan latihan dalam bidang automotif.

Seramai 10 orang belia Orang Asli berpeluang menjalani latihan sambil bekerja di bengkel kenderaan milik 5 Rakan Usahawan PUNB selama 6 bulan yang akan bermula pada Jun 2023. Rakan Usahawan PUNB yang terlibat ialah Awie Tayar & Services, Maxipura Sdn Bhd, Kah Millenium Work Sdn Bhd, Azam MM Sdn Bhd dan Wan Nor Auto Services Sdn Bhd.

ECO merupakan usaha PUNB dalam meneruskan agenda menyokong dan mempromosikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) sebagai bahagian penting dalam operasi syarikat sejajar dengan agenda utama SDG PUNB untuk mencapai keseimbangan keperluan pembangunan operasi dan menyumbang kepada perkembangan positif masyarakat.

Turut hadir adalah Encik Abdul Muner bin Hanafiah, Presiden Persatuan Automotif PROSPER Malaysia (AUTOPRO), Encik Zulkarnin Jaharudin, Naib Presiden AUTOPRO, Puan Mastinah binti Mohd Sani, Setiausaha AUTOPRO, Encik Mohd Nor Sazali Mohd Idris, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan, Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi, Encik Azman Abdullah, Pengurus Besar Bahagian Kewangan & Transformasi, Rakan Usahawan ECO dan para peserta ECO serta warga kerja PUNB.

Delegasi PUNB mengadakan lawatan ke Pameran Tekstil Antarabangsa ke-4 (TEXPO) 2023 di Karachi, Pakistan pada 26-28 Mei 2023.

Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Datuk Wira (Dr.) Hj. Ameer Ali bin Mydin, Presiden Bumiputera Retailers Organisation (BRO); Encik Ahmad Nazlee Idris, Ketua Jabatan Pemasaran & Komunikasi PUNB; Puan Hazina Mohamad, Ketua Unit Pembangunan Perniagaan Antarabangsa PUNB dan seramai 21 Rakan Usahawan PUNB serta ahli-ahli BRO.

TEXPO merupakan pameran tekstil terbesar di Pakistan dan lapan terbesar di dunia, menyediakan platform utama bagi pakar industri yang terlibat dari bahan mentah hingga produk siap dengan menawarkan harga yang berdaya saing global dan memastikan kualiti terbaik.

Lawatan ini memberi peluang kepada Rakan Usahawan PUNB untuk meluaskan rangkaian perniagaan dan membuat padanan perniagaan dengan pempamer yang menyertai ekspo tersebut.

Turut mengiringi lawatan ini ialah Encik Muhamad Ameer Hassan Butt, wakil Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Kuala Lumpur.

PUNB telah menerima Anugerah Khas ‘Best Sustainability Report’ bagi laporan yang bertajuk ‘Aspiring Sustainability for a Brighter Tomorrow 2021’ di Malam Anugerah Persatuan Institusi Kewangan dan Pembangunan di Asia Serta Pasifik (ADFIAP) 2023 yang diadakan bersempena Mesyuarat Tahunan ADFIAP ke-46 bertempat di Almaty, Kazakhstan pada 16 Mei 2023.

Anugerah ini telah disampaikan oleh Ben Aris, Pengasas dan Ketua Pengarang BNE Intellinews kepada Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB dengan disaksikan oleh Mominul Islam, Pengerusi ADFIAP/ Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif IPDC Finance Limited Bangladesh dan H.E. Dr. Thach Kao, Ketua Pegawai Eksekutif Agricultural and Rural Development Bank (ARDB) Cambodia.

Laporan SDG 2021 PUNB boleh dimuat turun di portal rasmi PUNB, https://www.punb.com.my/ms/sdg.

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB Encik Izwan Zainuddin mengetuai kunjungan hormat ke pengurusan Battersea Power Station (BPS) di South West London.

Kunjungan delegasi PUNB disambut Sam Cotton, Ketua Pengurusan Aset Battersea Power Station Development Company (BPSDC) dan Marina Chung, 𝘊𝘩𝘪𝘦𝘧 𝘋𝘦𝘴𝘪𝘨𝘯 𝘙𝘦𝘷𝘪𝘦𝘸 𝘖𝘧𝘧𝘪𝘤𝘦𝘳.

Tujuan kunjungan adalah untuk meneroka peluang perniagaan dan potensi kerjasama di antara Rakan Usahawan PUNB dan BSPDC.

Hadir sama, Datuk Mohammad Ismail, Pengerusi Interim PUNB; Encik Azman Abdullah, Pengurus Besar Bahagian Kewangan & Transformasi; Puan Hazina Mohamad, Ketua Unit Pembangunan Perniagaan Antarabangsa dan Rakan Usahawan PUNB, Puan Rina Abdullah Pengasas Serai Group Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, merangkap Pengerusi ADFIM, Encik Izwan Zainuddin sebagai moderator di dalam forum bertajuk Infrastruktur Digital sempena Mesyuarat Tahunan ADFIAP Ke-46 di Almaty, Kazakhstan, Isnin, 15 Mei 2023.

Forum yang berlangsung selama satu jam ini membincangkan mengenai inisiatif yang diambil Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) dalam mengadaptasi penggunaan penyelesaian digital dan kemajuan teknologi untuk menyokong aktiviti kewangan dan pelaburan institusi masing-masing.

Ahli panel forum ini terdiri daripada Cecelia C. Borromeo, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Land Bank of Filippine; Shri Shaji K V, Pengerusi Bank Pembangunan Luar Bandar dan Pertanian Kebangsaan (NABARD) India; Tigran Sargysan, Timbalan Pengerusi Bank Pembangunan Eurasian (EDB) dan Adam Mariko, Timbalan Pengarah Mobilisasi, Kerjasama dan Komunikasi Agence Francaise de Development (AFD).

Meet Bros Steakhouse merupakan kerjasama dua syarikat #RakanUsahawanPUNB, Palace Butcher Resources Sdn Bhd dan Serai Group Sdn Bhd di bawah rangkaian restoran mereka yang terkenal iaitu Me’nate Steak Hub dan Jibby & Co dengan pembukaan restoran usaha sama pertama di Paddington, London pada Jumaat, 12 Mei 2023.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan mencemar duli berangkat menyempurnakan perasmian restoran tersebut.

Turut berangkat ke perasmian yang diadakan di Meet Bros Steakhouse adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut adalah YBhg Datuk Mohammad Ismail, Pengerusi Interim PUNB; Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB; Encik Azman Abdullah, Pengurus Besar Bahagian Kewangan & Transformasi PUNB; wakil Palace Butcher Resources Sdn Bhd dan wakil Serai Group Sdn Bhd.

We Value Your Feedback!

    Question 1

    Overall Experience:

    How would you rate your overall experience on our website?

    Question 2

    Finding Information:

    How easy was it to find the information you were looking for?

    Question 3

    Helpful Section:

    Which part of our website was the most helpful for you?

    Question 4

    Website Expectations:

    Did our website meet your expectations?

    Question 5

    Likelihood to Return:

    How likely are you to return to our website in the future?