Kategori: X-tra

Program JumPER GREAT (Graduate Entrepreneurship Training) PUNB 2023 dilancarkan secara rasmi pada Khamis, 2 November 2023.

Seramai 300 siswazah bumiputera terpilih untuk menyertai program latihan keusahawanan digital ini yang akan dilaksanakan selama tiga bulan, iaitu secara fizikal dan dalam talian.

Antara program yang dirancang ialah ‘boot camp’, program bina semangat, pembelajaran pemasaran digital dan sesi bimbingan serta pemantauan secara dalam talian.

Dalam tempoh latihan ini, peserta akan menerima elaun bulanan serta layak menerima Geran Dana Permulaan Perniagaan untuk peserta menjalankan perniagaan secara dalam talian.

Selain itu, PUNB akan menjalankan pemantauan dan memberi khidmat nasihat bagi memastikan teknik pemasaran yang dipelajari dan dipraktikkan sepenuhnya.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi PUNB. Hadir sama, Encik Ahmad Nazlee Idris, Ketua Jabatan Pemasaran & Komunikasi PUNB.

Satu Program Menembak Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields Kuala Lumpur telah diadakan di Lapang Sasar, Pasukan Gerakan Am, Briged Cheras, Kuala Lumpur pada Rabu, 1 November 2023.

Program julung kali dianjurkan PUNB ini bertujuan meningkatkan kemahiran, daya saing, disiplin serta jati diri warga kerja yang terlibat. Selain itu, ini adalah sesi perkenalan antara PUNB dengan warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Hadir sama, YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB serta pengurusan dan warga kerja, manakala polis diwakili YBhg Dato’ Azry Akmar Dato Haji Ayob, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur dan Asisten Komisioner Polis, Amihizam Abdul Shukor, Ketua Polis Daerah Brickfields.

PUNB ECOMM Clinic 2023 bertemakan ‘Bersama Kita Berjaya’ telah dihadiri oleh 38 #RakanUsahawanPUNB dan Pegawai PUNB di Ibu Pejabat PUNB, Kuala Lumpur pada 30 Oktober 2023.

Sesi ini menampilkan Puan Fatin Syamirra yang telah berkongsi strategi “Memahami Pengguna Masa Hadapan – Panduan kepada Tindakan!” dan Encik Qamarul Hassan, Pakar Pemasaran Produk Siti Khadijah yang turut berkongsi cadangan penyelesaian untuk “Mengatasi Cabaran Omnichannel”.

Hadir sama, Encik Khidzir Ahmad, Pemangku Ketua Unit Pembangunan Perniagaan Antarabangsa.

YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi PUNB dan Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB hadir ke Majlis Perasmian Minggu Amanah Saham Malaysia (MSAM) di Bertam, Pulau Pinang, pada Ahad, 1 Oktober 2023.

YBhg Tan Sri Acryl dan Encik Izwan meluangkan masa melawat ke reruai pameran PUNB yang terletak di khemah pameran B sejurus selesai majlis perasmian.

Hadir sama, Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi PUNB.

Majlis perasmian MSAM disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.

Jom pakat mai jumpa #TeamExhibitionPUNB untuk dapatkan konsultasi berkaitan Pembiayaan Perniagaan PUNB dan sertai pelbagai aktiviti menarik di reruai pameran PUNB.

Lekaih hangpa, mai la pakat buat ramai kat MSAM2023!

Sesi Teh Tarik telah diadakan antara 20 #RakanUsahawanPUNB Seremban, Negeri Sembilan bersama Pegawai PUNB dari Ibu pejabat dan Pejabat Wilayah Tengah di premis perniagaan #RakanUsahawanPUNB, Restoran MK Cafe, Senawang pada 26 September 2023.

Sesi sembang santai ini bertujuan untuk mendapatkan perkembangan terkini Rakan Usahawan, maklum balas mengenai perkhidmatan PUNB, berkongsi idea, dan berbincang mengenai trend terkini dalam perniagaan.

Bumiputera Retailers Organization (BRO) mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi PUNB di Ibu Pejabat PUNB di Plaza Sentral, Kuala Lumpur, pada Isnin, 25 September 2023.

Kunjungan yang diketuai oleh Presiden BRO, YBhg Datuk Wira Ameer Ali Mydin, bertujuan untuk berkenalan dengan pengerusi baharu PUNB dan menerangkan mengenai fungsi BRO dalam membantu membangunkan ekosistem keusahawanan bumiputera.

Hadir sama, Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB; Encik Azman Abdullah, Pengurus Besar Bahagian Kewangan & Transformasi; Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi, Puan Norilhami Sawai, Ketua Unit Pembangunan Perniagaan Strategik dan Encik Khidzir Ahmad, Ketua Unit Pembangunan Perniagaan Antarabangsa.

Hari kedua Program CSR PUNB CelcomDigi, ‘Let’s Give Back’ bermula di Sekolah Kebangaan (SK) Bukit Mat Daling, Ulu Tembeling dengan PUNB menyampaikan sumbangan wang sebanyak RM2,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan peralatan memanah, manakala CelcomDigi menyumbangkan komputer riba serta simcard percuma untuk sekolah tersebut dan SK Gusai.

Aktiviti diteruskan di SK Kuala Sat, Ulu Tembeling dengan penyampaian sumbangan wang sebanyak RM2,000 kepada PIBG, peralatan memanah dan komputer riba kepada sekolah tersebut. Pasukan CSR PUNB dan CelcomDigi kemudian singgah di Masjid Kampung Kuala Sat untuk jamuan tengah hari bersama penduduk kampung dan menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada individu yang memerlukan.

Kemudian, pasukan CSR PUNB dan CelcomDigi meneruskan perjalanan menaiki bot ke Kampung Orang Asli Kucing dan Kampung Orang Asli Bengoi di Ulu Tembeling untuk menyampaikan sumbangan bakul makanan, lampu solar LED dan pakaian.

Program ini diketuai oleh Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB. Hadir sama, Encik Azman Abdullah, Pengurus Besar Bahagian Kewangan dan Transformasi; Puan Samsuhaili Samsudin, Ketua Jabatan Pengalaman Pekerja; Cik Norasyikin Mansor, Ketua Undang-Undang dan 20 warga kerja PUNB.

CelcomDigi diwakili oleh Encik Mohd Fadzly Kamaruzaman, Pegawai Perhubungan Kerajaan, Tanggungjawab Korporat dan Perhubungan Kerajaan.

Seramai 8 #RakanUsahawanPUNB sekitar Kuantan menghadiri Program Pengukuhan Mikro Madani SME Corp dan Sesi Jaringan Bersama Usahawan Pahang pada Jumaat, 22 September 2023.

Program yang dianjurkan oleh SME Corp ini bertujuan memperkenalkan kemudahan yang ditawarkan oleh mereka seperti Geran Perniagaan Mikro (GPM) dan Pembiayaan Perniagaan Mikro (MBF).

Selain itu, program ini dapat meluaskan jaringan kerjasama dengan usahawan yang hadir.

Pejabat PUNB Wilayah Sarawak telah mengadakan Sesi Teh Tarik bersama 6 #RakanUsahawanPUNB di premis perniagaan #RakanUsahawanPUNB, Canai Anjang di Kuching pada 22 September 2023.

Sesi sembang santai ini bertujuan untuk mendapatkan perkembangan terkini rakan usahawan, maklum balas mengenai perkhidmatan PUNB, berkongsi idea dan berbincang mengenai trend terkini dalam perniagaan.

PUNB dan CelcomDigi buat julung kalinya berganding bahu menjayakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), ‘Let’s Give Back’ di Kuala Tahan dan Ulu Tembeling di Jerantut, Pahang pada 20 dan 21 September 2023. Aktiviti pada hari pertama bermula di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Tahan dengan PUNB menyampaikan sumbangan wang berjumlah RM2,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan peralatan memanah kepada sekolah tersebut dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerantut, manakala CelcomDigi menyumbangkan dua komputer riba dan kad sim percuma kepada warga sekolah serta ibu bapa murid.

Program diteruskan dengan penyampaian sumbangan bakul makanan kepada 40 penduduk yang kurang berkemampuan di Kampung Pagi, Ulu Tembeling.

Pasukan CSR kemudian, meneruskan perjalanan menaiki bot selama kira-kira 45 minit ke Kampung Orang Asli Keniam di Ulu Tembeling untuk menyantuni masyarakat Orang Asli dengan menyampaikan sumbangan lampu solar LED, 35 bakul makanan dan pakaian. Aktiviti CSR hari pertama diakhiri dengan penyerahan 21 bakul makanan, pakaian dan lampu solar LED kepada penduduk Kampung Orang Asli Sungai Yong, Kuala Tahan.

Program ini diketuai oleh Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB. Hadir sama, Encik Azman Abdullah, Pengurus Besar Bahagian Kewangan dan Transformasi; Puan Samsuhaili Samsudin, Ketua Jabatan Pengalaman Pekerja; Cik Norasyikin Mansor, Ketua Undang-Undang dan 20 warga kerja PUNB. CelcomDigi diwakili oleh Encik Mohd Fadzly Kamaruzaman, Pegawai Perhubungan Kerajaan, Tanggungjawab Korporat dan Perhubungan Kerajaan.

We Value Your Feedback!

    Question 1

    Overall Experience:

    How would you rate your overall experience on our website?

    Question 2

    Finding Information:

    How easy was it to find the information you were looking for?

    Question 3

    Helpful Section:

    Which part of our website was the most helpful for you?

    Question 4

    Website Expectations:

    Did our website meet your expectations?

    Question 5

    Likelihood to Return:

    How likely are you to return to our website in the future?