Kategori: Malay

PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB) adalah antara 14 institusi kewangan yang terpilih untuk melaksanakan Program Pembiayaan Vendor TM yang dikenali sebagai ‘PERINTIS’.

Kerjasama itu diumumkan Telekom Malaysia Berhad (TM) dalam satu majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung di Pusat Konvensyen TM, Menara TM, Kuala Lumpur, pada 7 September 2020 (Isnin).

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Encik Izwan Zainuddin menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak PUNB.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Pengerusi PUNB, YB Tan Sri Noh Omar, Pengerusi TM, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Bakke Salleh dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Sri Haji Mohammad Mentek.

PERINTIS menawarkan kemudahan pembiayaan yang komprehensif dan fleksibel serta khidmat rundingan untuk vendor PKS tempatan TM.

Pengerusi PUNB, YB Tan Sri Noh bin Haji Omar merasmikan Ayaq World Leadership Summit 2020 bertempat di Dewan Merdeka, PWTC pada 31 Ogos 2020. Ayaq World Sdn Bhd turut melancarkan Projek Balang 2.0.

Dalam majlis ini, turut diadakan penyampaian cek replika pembiayaan perniagaan PUNB bernilai RM1 juta kepada Ayaq World Sdn Bhd.

Bumiputera Relief Financing (BRF) setakat 25 September 2020, 87 permohonan sudah diluluskan membabitkan pembiayaan perniagaan sebanyak RM31.1 Juta.

Permohonan BRF masih dibuka sehingga Disember 2020 dan usahawan Bumiputera yang terbabit dalam segmen perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bekerjasama dengan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) untuk berkongsi peluang runcit yang tersedia di lapangan terbang bersama-sama ahli Organisasi Peruncit Bumiputera (BRO).

Ia menyediakan sebanyak 15 hingga 20 lot runcit kepada peruncit Bumiputera sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggung jawab sosial korporat.

Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah mengumumkan konsep Rent To Own untuk hartanah di bawah PUNB.

Ia adalah usaha untuk membantu usahawan Bumiputera memiliki hartanah yang sedang disewakan dan membeli bangunan baharu mengikut permintaan usahawan pada masa akan datang.

Diskaun 50 peratus bagi pembayaran sewa untuk semua 220 premis perniagaan milik PUNB di seluruh negara selama tiga bulan akan bermula Oktober depan.

Diskaun itu inisiatif PUNB susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu yang memberi pengecualian pembayaran sewa berjumlah RM1.3 juta.

Kunjungan hormat Pengerusi PUNB, YB Tan Sri Noh bin Haji Omar bersama pihak pengurusan PUNB kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar pada 10 Ogos 2020 yang bertempat di Menara Kembar Bank Rakyat.

Agenda yang telah dibincangkan merangkumi bantuan sokongan bagi meningkatkan keusahawanan Bumiputera dari aspek pembiayaan, kemahiran, latihan & pembangunan usahawan serta mengenalpasti industri strategik untuk ditembusi.

Budaya berniaga sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita pada hari ini. Malah, jika dilihat, semakin ramai khususnya golongan belia yang memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya. Ini mungkin disebabkan oleh faktor seperti tidak mahu hanya bergantung kepada ‘makan gaji’ selain ingin memiliki kebebasan dalam menjalankan sesuatu pekerjaan.

Namun, ingin memulakan sesebuah perniagaan bukanlah perkara yang mudah. Berniaga bukan setakat jual beli barangan sahaja sebaliknya melibatkan banyak proses dan langkah-langkah yang perlu diambil kira.

Bagi belia yang berminat untuk menjadi seorang usahawan tetapi masih kurang keyakinan, JUMPER PUNB boleh membantu anda!

Apa itu JUMPER PUNB?

JUMPER merupakan sebuah program latihan keusahawanan bagi golongan belia yang ingin mendapatkan ilmu pengetahuan tentang perniagaan. JUMPER PUNB terbahagi kepada dua iaitu JUMPER Start Up dan JUMPER 2.0.

JUMPER Start Up

Anda merupakan siswazah muda Bumiputera? Berminat untuk menjadi seorang usahawan?

JUMPER Start Up sememangnya terbaik untuk anda!

Program keusahawanan berkonsepkan Latihan Sangkut selama 8 bulan ini memberi peluang kepada anda untuk mempelajari selok-belok menguruskan perniagaan daripada seorang mentor (Rakan Usahawan PUNB & syarikat lantikan PUNB) selain dapat menjalani program latihan dan kursus penyediaan Rancangan Perniagaan.

Istimewanya program ini, anda turut menerima elaun sara diri setiap bulan serta berpeluang mendapatkan geran berjumlah RM10,000 dan pembiayaan minimum sebanyak RM40,000* setelah tamat latihan.

Program ini secara tidak langsung meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anda serta sebagai persediaan awal dalam perjalanan anda bergelar seorang usahawan nanti.

JUMPER 2.0

Anda sudah memiliki perniagaan? Mencari platform pengetahuan tentang perniagaan?

JUMPER 2.0 adalah penyelesaiannya!

Program latihan ini mensasarkan kepada usahawan muda Bumiputera yang berminat untuk mendapatkan pendedahan, kefahaman dan pengetahuan dengan lebih lagi bagi mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi. 

Melalui modul-modul latihan berkesan yang dirangka pasti dapat memberi peluang kepada anda untuk mempelajari dan menguruskan perniagaan dengan lebih sistematik serta berpeluang menjalin jaringan perniagaan dengan para usahawan dan agensi perniagaan terpilih. Malah, anda juga layak untuk memohon pembiayaan PUNB minimum RM100,000* setelah tamat latihan.

Apa yang perlu dilakukan hanyalah menghantar Rancangan Perniagaan anda kepada PUNB.

Yang paling menarik… penyertaan kedua-dua program JUMPER ini adalah PERCUMA!

Untuk maklumat lanjut tentang syarat kelayakan, cara memohon dan sebagainya, anda boleh layari www.punb.com.my atau emel kepada jumper@punb.com.my sekarang!

Sekiranya ada sebarang pertanyaan lain, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUNB di 1300 13 7862.

Jadi, tunggu apa lagi! Mari bina kerjaya keusahawanan anda bersama JUMPER PUNB.

Tan Sri Noh Omar telah dilantik sebagai Pengerusi PUNB yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Satu majlis serah terima tugas Pengerusi PUNB dan sambutan ulang tahun ke-29 dianjurkan bagi meraikan pelantikan Noh dan serah tugas oleh Datuk Hazimah.

We Value Your Feedback!

    Question 1

    Overall Experience:

    How would you rate your overall experience on our website?

    Question 2

    Finding Information:

    How easy was it to find the information you were looking for?

    Question 3

    Helpful Section:

    Which part of our website was the most helpful for you?

    Question 4

    Website Expectations:

    Did our website meet your expectations?

    Question 5

    Likelihood to Return:

    How likely are you to return to our website in the future?