Pengarang: mastura

Pihak kerajaan telah pun mengumumkan bahawa kebanyakan perniagaan kini boleh kembali beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.Pastikan anda mengambil langkah-langkah berikut sebelum membuka semula perniagaan anda dalam norma baharu.

Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Datuk Ahmad Nazlan Idris menjelaskan bahawa PUNB menyediakan peruntukan lebih RM500,000 menerusi beberapa inisiatif, antaranya program Rakan Usahawan PUNB @ 100 Go Digital anjuran bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Satu Program Taklimat bersama Usahawan Jerantut telah diadakan pada 18 Disember 2021 bertempat di Asia Camp Resort, Taman Negara, Pahang yang dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris.

PUNB juga turut memberi sumbangan kepada PIBG SK Kuala Tahan, PIBG SMK Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Tahan, anak-anak yatim dan orang yang memerlukan.

Satu Majlis Sesi Dialog Pengerusi PUNB bersama Usahawan Pahang telah diadakan pada 17.12.2021 bertempat di Hotel Darul Makmur, Jerantut, Pahang yang dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Nazri Ngah, Pengerusi Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Pahang merangkap ADUN Pulau Tawar.Sesi dialog ini bertujuan untuk berkongsi idea dan pendapat serta membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh Rakan Usahawan PUNB Pahang.

Kewujudan PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB) selama 30 tahun dalam arena keusahawanan telah melakar sejarah tersendiri dengan matlamat untuk meningkatkan penglibatan dan membangun usahawan serta perniagaan Bumiputera yang berkualiti agar mampu bersaing dan berdaya tahan baik di peringkat domestik mahupun antarabangsa.

Sehingga hari ini, dengan usaha dan perancangan strategik, perkhidmatan PUNB masih lagi relevan serta memainkan peranan penting dalam memastikan usahawan dan perniagaan Bumiputera berada di landasan yang betul. Penambahbaikan dalam pakej bantuan pembiayaan perniagaan sentiasa dilakukan agar PUNB dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menyediakan pinjaman kepada usahawan Bumiputera daripada dana sehingga RM200 juta disalurkan kerajaan bagi membantu mereka kekal berdaya maju, selain pinjaman langsung daripada pelbagai dana disediakan Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah hampir RM11 bilion.

Lawatan kerja YB Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) ke Ibu Pejabat PUNB yang disambut oleh YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris, Pengerusi PUNB pada 2 Disember 2021. Turut hadir YB Tuan Muslimin Yahaya, Timbalan Menteri MEDAC, YBhg. Dato’ Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha MEDAC dan wakil dari Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan).

Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) sudah meluluskan pembiayaan sebanyak RM3.5 bilion kepada seramai 11,564 usahawan melibatkan 8,086 syarikat sejak ia ditubuhkan pada Julai 1991 sehingga Oktober 2021.

Jelas Ahmad Nazlan, PUNB bukan saja sebagai pemberi biaya tetapi juga sebagai pusat pembangunan keusahawanan yang mampu melahirkan usahawan terkemuka setanding dengan usahawan di peringkat antarabangsa.

Malaysia boleh melalui peralihan fasa pandemik COVID-19 kepada fasa endemik jika kes harian semakin menurun.

Oleh itu, para usahawan harus bersiap sedia untuk berfikir secara kritis dan kreatif bagi memastikan perniagaan mereka dapat terus bertahan dalam mendepani cabaran fasa endemik.

Berikut adalah beberapa cara bagaimana anda boleh merancakkan kembali perniagaan anda dalam fasa endemik.

We Value Your Feedback!

    Question 1

    Overall Experience:

    How would you rate your overall experience on our website?

    Question 2

    Finding Information:

    How easy was it to find the information you were looking for?

    Question 3

    Helpful Section:

    Which part of our website was the most helpful for you?

    Question 4

    Website Expectations:

    Did our website meet your expectations?

    Question 5

    Likelihood to Return:

    How likely are you to return to our website in the future?