Sempena sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini, ADFIM diwakili oleh Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB merangkap Pengerusi ADFIM, bersama Setiausaha Agung ADFIM, Tuan Ir. Haji Mohd Prasad Hanif telah meraikan seramai 40 warga emas dan orang kurang upaya di Rumah Orang Tua Weng Da, Seremban.Tujuan lawatan adalah untuk menyantuni penghuni Rumah Weng Da selain memberi sumbangan dan merapatkan hubungan silaturahim selari dengan semangat Keluarga Malaysia.
Siapa sangka idea untuk menceburi bidang perniagaan berasaskan susu tercetus apabila pemiliknya, Sofian bin Tajuddin mendapati ada dalam kalangan keluarga dan rakan-rakannya menyuarakan kesukaran untuk mendapatkan susu keluaran Muslim yang bersesuaian bagi golongan kanak-kanak. Bermula dari situ, bekas jurutera ini telah berusaha mencari kaedah dan formula susu terbaik untuk kanak-kanak. Ikuti temu bual bersama saudagar susu ini!
S: Ceritakan bagaimana
permulaan anda menceburi bidang perniagaan?
J: Sebelum saya menceburi bidang perniagaan, saya merupakan seorang jurutera
dalam
sektor perkilangan. Selepas lebih 18 tahun dalam bidang
kejuruteraan, pada 2009 saya bersikap
realistik dengan membuat keputusan nekad berhenti kerja atas
tiket Volutery Surrender Scheme (VSS) untuk menceburi bidang perniagaan.
Saya mencabar diri sendiri untuk mencuba
sesuatu yang baru iaitu perniagaan tenusu, yang mana saya telah dapati sukarnya
untuk mendapatkan susu kanak-kanak keluaran Muslim. Ini kerana saya percaya
bahawa perniagaan tenusu ini mampu
berkembang maju dan mendapat permintaan tinggi. Akan tetapi, nasib tidak menyebelahi
saya apabila perniagaan yang saya
telah jalankan berakhir dengan kegagalan selepas tiga tahun beroperasi.
Oleh yang demikian, pada 2012, saya telah memutuskan untuk bekerja ‘makan gaji’ semula sebagai seorang pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta. Di sinilah bermulanya langkah saya mempelajari tentang selok belok pemasaran, pembukaan pasaran baru dan teknik perniagaan. Segala ilmu yang diperolehi saya praktikkan sehinggalah tertubuhnya Suffy Dairy Group Sdn Bhd sehingga ke hari ini.
S: Kongsikan produk atau perkhidmatan yang SUFFY
tawarkan?
J: Di
Suffy Dairy Group, kami
mengeluarkan produk susu formula berasaskan susu kambing dan lembu untuk
kanak-kanak dan kini telah menambah produk tenusu, minuman tenaga dan coklat
malt untuk golongan dewasa dan warga emas juga. Semua produk keluaran muslim
Bumiputera di bawah jenama SUFFY dan mempunyai sijil HACPP dan halal Malaysia.
Antara produk yang ditawarkan oleh SUFFY adalah
BGenius (susu lembu untuk 1-3 tahun), Annis Nutritious (susu lembu untuk 1-3
tahun), Suffy Goat (susu kambing untuk 1-3 tahun), Pure Goat (susu kambing
untuk 1-3+ tahun), Suffy Activated (minuman protein yang diperkaya dengan
vitamin, mineral dan taurine untuk aktif bersukan) dan Fitt Up (serbuk minuman
berperisa coklat yang sesuai untuk semua lapisan umur).
Produk-produk ini boleh didapati secara dalam
talian di portal dan akaun rasmi Shopee SUFFY atau melalui ejen pengedar dan
pemborong di seluruh Malaysia.
S: Apakah keunikan produk
keluaran SUFFY?
J: Keunikan produk SUFFY adalah penggunaan formula tertentu bagi setiap produk keluarannya. Bagi susu BGenius (susu lembu untuk 1-3 tahun), ia diformulasi dengan B3 iaitu Brilliant (mengandungi DHA yang merupakan antara kompenen utama dalam otak untuk membantu perkembangan otak kanak-kanak), Boost (dirumus istimewa dengan Prebiotik dari FOS dan Manna untuk membantu meningkatkan sistem penghadaman si manja) dan Balance (membantu memenuhi keperluan nutrisi seimbang yang membantu si manja membesar dengan lebih baik). Susu ini juga mempunyai khasiat tambahan sebenar daripada buah kurma dan juga madu.
Manakala bagi SUFFY Goat yang merupakan susu kambing asli tanpa gula tambahan (sukrosa), ia diformulasikan dengan tambahan makanan-makanan sunnah dan berkhasiat seperti delima, madu, kurma dan kolagen rumpai laut. Ia mempunyai khasiat yang tinggi untuk membantu tumbesaran dan memperbaiki pelbagai masalah kesihatan.
Bagi SUFFY Annis Nutritious pula, ia mempunyai formulasi Tri-Guide yang mengandungi campuran bahan-bahan istimewa seperti DHA, Prebiotik dari FOS, L-Lysine dan rantaian sederhana Triglyceride@MCT untuk menyokong meningkatkan perkembangan kanak-kanak terutamanya yang mempunyai perut sensitif dan kurang selera makan.
S: Bagaimana SUFFY melihat
persaingan perniagaan pada hari ini?
J: Meskipun
terdapat persaingan yang sengit
dalam pasaran susu di Malaysia, saya melihat itu adalah sesuatu perkara yang
sihat. Kunci utama adalah SUFFY sentiasa mencipta inovasi untuk mempelbagaikan
lagi produk, mengekalkan kualiti yang terbaik untuk kepuasan pelanggan dan
penggunaan teknik pemasaran yang kreatif untuk menarik perhatian pelanggan.
Selain itu, SUFFY juga dalam usaha
melakukan penambahbaikan
promosi dan pemasaran di platform media sosial bagi meningkatkan keupayaan
penjualan yang lebih maksimum kerana kini boleh dikatakan semua orang mempunyai
akaun media sosial dan penggunanya adalah dari pelbagai peringkat umur serta
tanpa batas sempadan dan masa.
S: Apakah cabaran dan pencapaian terbesar
SUFFY?
J: Meskipun pelbagai cabaran perlu dilalui sebelum
mengecapi kejayaan, saya tidak pernah menyesal meneroka bidang yang dipilih. Antara cabaran terbesar dalam industri ini adalah pengawalan sumber dan harga bahan
mentah utama iaitu susu. Adakalanya pengimport susu kambing SUFFY dari Belanda dan susu lembu dari New Zealand tidak mempunyai bekalan
bahan mentah yang mencukupi dan kadar kenaikan harga yang tidak menentu.
Manakala cabaran lain adalah SUFFY terpaksa
berhenti mengeksport produk ke pasaran antarabangsa sejak penularan wabak
COVID-19. Mendalami proses mengeksport produk ke luar negara juga merupakan sebuah cabaran yang besar.
Sepanjang proses tersebut, banyak perkara yang perlu dipelajari dan difahami
sebelum produk dieksport ke sesebuah negara. Sebagai contoh, syarat kemasukan
produk, harga serta kajian pasaran dan citarasa penduduk di negara berkenaan.
Sememangnya bukan mudah untuk mengharungi
cabaran yang mendatang, namun kejayaan tidak datang bergolek. Semuanya
memerlukan usaha dan semangat yang jitu. Berkat kegigihan tersebut, SUFFY
pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Anugerah Digital Free Trade Zone (DFTZ)
sebagai pengeksport kali pertama dan tersenarai dalam buku Future of Asean,
50 Success stories of Digitalisation of Asean MSMEs pada 2018, Anugerah “Asean Business Award” (Digitalized MSME) 2019 di Bangkok yang merupakan satu-satunya wakil tunggal dari
Malaysia dan Anugerah LANG
INTERNATIONAL – Corporate Titan Awards 2020.
S: Nasihat atau kata-kata
semangat kepada orang ramai yang ingin memulakan perniagaan yang sama?
J: Untuk
memulakan perniagaan yang sama, pastikan anda benar-benar minat dengan apa yang
anda lakukan. Anda hendaklah melakukan kajian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menceburi
bidang ini. Saya juga terbuka jika ada yang ingin
mendapatkan tunjuk ajar dan
nasihat bagi perniagaan seperti ini. Insha Allah.
Program Temu Bual & Lawatan Rasmi YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris, Pengerusi PUNB ke SelangorFM dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada hari ini.Turut hadir Encik Abdul Jammi Abdul Karim, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Puan Farreza Buang, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat.
Majlis Apresiasi Usahawan Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) yang berlangsung sebentar tadi dirasmikan oleh YB Tan Sri Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Grand Hyatt Kuala Lumpur.Turut hadir adalah Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB.
Perniagaan yang teguh dan berdaya tahan menjadi impian kepada semua usahawan. Lebih menguntungkan sekiranya perniagaan diusahakan mampu diwariskan kepada generasi keluarga yang seterusnya.
Namun begitu, bagaimana ingin memastikan perniagaan yang diusahakan kekal berdaya tahan dan mampu mendepani sebarang jenis cabaran serta halangan bagi mengelakkan anda daripada gulung tikar?
Lawatan rasmi Sabah Credit Corporation (SCC) dan Association of Development Finance Institutions of Malaysia (ADFIM) ke Ibu Pejabat PUNB yang disambut oleh Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB merangkap Pengerusi ADFIM pada hari ini.Turut hadir adalah Encik George Taitim Tulas, Ketua Pegawai Eksekutif SCC bersama kumpulan pengurusan dan wakil-wakil dari ADFIM.
Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) memperkenalkan sistem ‘e-mohon’ untuk permohonan pembiayaan perniagaan bermula hari ini. Sistem e-mohon bersesuaian dengan perkembangan era digitalisasi masa kini.
Pengerusi PUNB, Datuk Ahmad Nazlan Idris, berkata sistem e-mohon dapat mempercepat dan meningkatkan kecekapan proses permohonan secara dalam talian daripada penerimaan permohonan lengkap sehingga status akhir permohonan.
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menawarkan moratorium serta pinjaman kepada 53 syarikat atau Rakan Usahawan PUNB dikenal pasti terbabit dengan banjir iaitu di Selangor, Pahang, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan yang terjejas teruk bencana banjir dua minggu lalu.
Pengerusinya, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, inisiatif pinjaman tambahan juga akan diberikan kepada rakan usahawan tersebut untuk membeli peralatan seperti mesin dan peralatan elektrikal termasuk membaik pulih bengkel atau premis dalam tempoh pemulihan untuk membangunkan semula perniagaan mereka.
Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) menawarkan bantuan moratorium sehingga enam bulan bermula 1 Januari 2022 berikutan 53 syarikat Rakan Usahawan PUNB dilaporkan terjejas akibat banjir.
Pengerusi PUNB, Datuk Ahmad Nazlan Idris, inisiatif itu dilaksanakan
atas keprihatinan terhadap rakan usahawan yang terkesan dengan bencana
banjir.