Kategori: X-tra

Pejabat PUNB Wilayah Selatan dengan kerjasama Maxis telah mengadakan Sesi Teh Tarik Usahawan PUNB Wilayah Selatan R25 di Pejabat PUNB pada Khamis, 27 Jun 2024.

Pada program ini, Encik Azham Ardin Shah, Ketua Pejabat PUNB Wilayah Selatan menerangkan mengenai insentif padanan PUNB 2024, manakala Maxis memberi penerangan mengenai geran pendigitalan Madani Maxis.

Selain itu, turut diadakan sesi perkongsian pengalaman oleh Rakan Usahawan PUNB Johor dan sesi jaringan yang dihadiri lebih 30 usahawan Bumiputera.

PUNB dengan kerjasama Lembaga HASiL, TikTok, TikTok Shop, EasyStore dan CloudSpace (Google Malaysia) telah menganjurkan Program Retail Up! Roadshow Edisi Wilayah Utara pada 20 Jun 2024, Khamis di The Light Hotel, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Seramai 83 peserta telah menyertai sesi perkongsian ini bagi mengetahui tentang inisiatif e-invois nasional selain mendapatkan khidmat nasihat dalam sesi padanan perniagaan daripada penyedia perkhidmatan teknologi TikTok berkaitan perniagaan, kecerdasan buatan pintar (AI) serta Solusi POS menyeluruh dalam dan luar talian.

Turut hadir adalah Encik Amir Shazuan Adnan, Ketua Pejabat PUNB Wilayah Utara, Encik Khidzir Ahmad, Ketua Unit Kolaborasi & Pembangunan Usahawan (ECDU) serta para pegawai PUNB.

#RetailUpRoadshow

#RakanUsahawanPUNB

Majlis Qurban dan Silaturrahim PUNB 2024 anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK), Jabatan Pengalaman Pekerja (E.X) dan Unit Syariah yang diadakan di Masjid Jamek Abdullah Hukum, KL Eco City Bangsar, pada Rabu, 19 Jun 2024, berlangsung meriah.

Lebih 250 warga kerja dari Ibu Pejabat dan Pejabat PUNB Wilayah Tengah telah hadir ke program ini.

Sukarelawan yang terdiri daripada warga kerja bergotong royong melapah daging korban dan memasak hidangan untuk makan tengah hari.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi PUNB dan isteri, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa. Hadir sama, Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB; Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi; Encik Mohd Nor Shazali Mohd Idris, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan dan Encik Azman Abdullah; Pengurus Besar Bahagian Kewangan dan Transformasi PUNB yang juga Presiden KSK.

Pada program ini, YBhg Tan Sri Acryl turut menyampaikan sumbangan daging korban kepada wakil Pertubuhan Rahoma Darul Fakir dan Asrama Darul Falah.

YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi PUNB melawat ke premis Rakan Usahawan PUNB, Bateriku.com yang terletak di Shah Alam dan LonG Setia Auto di Kayu Ara, pada Khamis, 4 April 2024.

Program lawatan bermula di Bateriku.com yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam dengan Tan Sri Acryl dibawa melawat ke Bateriku Paddock dan pusat panggilan. Beliau diberi penerangan mengenai operasi syarikat oleh Encik Azarol Faizi Zakaria Ansari, Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com.

Lawatan kedua diteruskan di LonG Setia Auto Sdn Bhd iaitu Perodua 3S Kayu Ara. Tan Sri Acryl diberi penerangan mengenai operasi di Perodua 3S, selain berbincang mengenai cabaran yang dihadapi syarikat Rakan Usahawan PUNB dan sokongan yang diperlukan untuk memastikan usahawan terus berdaya saing dan berdaya tahan.

Ketibaan Tan Sri Acryl disambut Encik Abdul Muner Hanafiah, Pengarah Urusan LonG Setia Auto yang juga Presiden Persatuan Automotif PROSPER Malaysia (AUTOPRO). Lawatan ini turut disertai Encik Ahmad Nazlee Idris, Ketua Jabatan Pemasaran dan Komunikasi, Encik Taha Ibrahim, Ketua Unit Projek Khas Automotif (SPAU).

Program Kongsi Rezeki Ramadan PUNB 2024 Siri-2 telah diadakan di Pasar Raya Besar Mydin USJ, Subang Jaya pada Rabu, 3 April 2024.

Program tanggungjawab sosial korporat PUNB ini melibatkan seramai 17 anak-anak dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir cawangan USJ. Mereka dibawa membeli belah baju raya dan keperluan harian lain dengan dibantu warga kerja daripada Unit Komunikasi Korporat (C.C.U) dan Unit Shariah.

Hadir sama, Encik Ahmad Nazlee Idris, Ketua Jabatan Pemasaran dan Komunikasi dan Encik Mohd Yusri Aziz, Ketua Unit Shariah.

Sekitar Majlis Iftar & Penyerahan Sumbangan kepada Mahasiswa USIM yang telah diadakan di Executive Lounge, Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada Selasa, 26 Mac 2024.

PUNB yang diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Zakat, YBrs. Encik Fauzi Zakaria telah menyerahkan replika sumbangan berjumlah RM50,000 kepada Naib Canselor USIM, YBhg. Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani.

Sumbangan tersebut disalurkan bagi tujuan Projek Tabung It’am Muhtajin (Agihan Makanan) dan Projek Ibnu Sina (Bantuan Perubatan).

Turut hadir meraikan majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Zakat PUNB, Encik Ahmad Sabri Ismail; Timbalan-Timbalan Naib Canselor USIM, Pengarah dan Timbalan Pengarah Pusat Wakaf & Zakat USIM, delegasi PUNB serta kakitangan USIM.

Wajah-wajah ceria 35 anak-anak dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir yang dibawa membeli belah, persiapan menyambut Aidilfitri sempena Program Kongsi Rezeki Ramadan 2024 yang diadakan di Pasar Raya Besar Mydin di Subang Jaya, Khamis, 28 Mac 2024.

Program tanggungjawab sosial korporat PUNB ini turut disertai YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan isteri, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa. Hadir sama, Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif; Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi yang juga Pengerusi Zakat PUNB; Encik Nor Shazali Mohd Idris, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan, ketua-ketua Jabatan dan warga kerja dari Unit Komunikasi Korporat dan Unit Shariah.

Sekitar Majlis Iftar & Penyerahan Sumbangan kepada Mahasiswa UMPSA yang telah diadakan di Dewan Bankuet Canseleri Tun Abdul Razak, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Pekan, Pahang.

PUNB yang diwakili oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Zakat, YBrs. Encik Ahmad Sabri Ismail telah menyerahkan replika sumbangan berjumlah RM62,500 kepada Naib Canselor UMPSA, YH. Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin.

Sumbangan tersebut dianggarkan dapat membantu 250 orang mahasiswa yang terpilih bagi menampung kos keperluan untuk mereka memulakan semester baharu.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Pengurusan Tertinggi UMPSA turut hadir meraikan majlis tersebut.

Persatuan Usahawan Automotif Prosper Malaysia (AUTOPRO) bersama Unit Projek Khas Automotif (SPAU) mengadakan kunjungan hormat ke atas Persatuan Pengimport & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) pada Isnin, 11 Mac 2024 di Wisma Yayasan PEKEMA, Cyberjaya.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk menjalinkan kerjasama antara Rakan Usahawan automotif PUNB dan ahli-ahli PEKEMA. Jalinan kerjasama ini akan memberi peluang kepada Rakan Usahawan untuk mengembangkan lagi perniagaan dan berkongsi kepakaran.

Turut hadir adalah Ybhg Dato’ Haji Zainuddin Bin Abd Rahman, Pengerusi Koperasi PEKEMA; Tuan Haji Munir Hanafiah, Presiden AUTOPRO; Encik Halim Mutaref, Timbalan Presiden I AUTOPRO; Encik Zulkanin Jaharudin, Timbalan Presiden II AUTOPRO, wakil ahli AUTOPRO, wakil SPAU dan PEKEMA.

Seramai 4 warga kerja PUNB di Sabah bersama 5 Rakan Usahawan PUNB telah menyertai Persidangan Wanita IKS & Kepimpinan Wanita anjuran Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Wanita Bumiputra Sabah (IKSnita) yang telah berlangsung pada 10 Mac 2024 bertempat di Sabah International Conventional Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah.

Persidangan yang mengumpulkan usahawan wanita dari seluruh Sabah bersempena Hari Wanita Sedunia 2024 ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah, Encik Ahsim Haji Jamat. Turut hadir ialah Presiden IKSnita Sabah, Datuk Dayang Haja Khatijah.

Program ini bertujuan membantu usahawan wanita dalam usaha meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, cara pengurusan dan kepimpinan dalam perniagaan.

Pada sebelah malam, para peserta telah menghadiri majlis makan malam bagi menyambut dan meraikan wanita terutama para usahawan sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka dalam arena keusahawanan.

We Value Your Feedback!

    Question 1

    Overall Experience:

    How would you rate your overall experience on our website?

    Question 2

    Finding Information:

    How easy was it to find the information you were looking for?

    Question 3

    Helpful Section:

    Which part of our website was the most helpful for you?

    Question 4

    Website Expectations:

    Did our website meet your expectations?

    Question 5

    Likelihood to Return:

    How likely are you to return to our website in the future?