Kategori: X-tra

Sekitar Majlis Perasmian Petronas AutoExpert, Jawi Tyre & Workshop, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada Jumaat, 28 Julai 2023.

Rakan Usahawan PUNB ini terpilih untuk membuka Pusat Servis Kenderaan, Petronas AutoExpert, kategori ‘flagship’ yang pertama di Pulau Pinang dengan kerjasama PUNB dan Petronas Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMMSB).

Majlis ini disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama�Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak,Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Hadir sama, Yang Berhormat Dato’ Abdul Halim Hussain, Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang; Encik Mohd Zameer Zahur Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif PLMMSB; Encik Abdul Muner Hanafiah, Presiden AUTOPRO Malaysia.

PUNB diwakili oleh Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB; Wakil Pejabat PUNB Wilayah Utara dan wakil Bahagian Perniagaan PUNB.

Tahniah Petronas AutoExpert, Jawi Tyre & Workshop. Selamat Maju Jaya!

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Encik Izwan Zainuddin dalam lawatan kerja ke Pejabat PUNB Wilayah Selatan berpeluang melawat premis perniagaan dua Rakan Usahawan PUNB di Bandar Baru Uda, Johor pada Ahad, 23 Julai 2023.

Lokasi pertama yang dikunjungi ialah Klinik Veterinar Family yang terletak di Jalan Padi Emas 2, Bandar Baru Uda. Klinik milik Dr Julyana Abu Sari ini menawarkan perkhidmatan rawatan dan surgeri untuk kucing. Klinik ini mempunyai lapan cawangan di seluruh Johor yang dikendalikan oleh doktor dan pembantu klinik yang berpengalaman.

Bagi mereka yang ingin melakukan pemeriksaan kesihatan dan rawatan untuk ‘si bulus comel’, boleh kunjungi Klinik Veterinar Family dan cawangannya.

Lokasi kedua ialah syarikat Utama Tyre & Exhause Enterprise yang juga terletak di Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda. Bengkel penyelenggaraan kenderaan ini dimiliki oleh Encik Othman Bin Basiron dan sudah beroperasi lebih daripada 15 tahun. Bagi mereka yang tinggal berhampiran, boleh kunjungi Kedai Rakan Usahawan PUNB ini untuk mendapatkan perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan.

Sekitar lawatan kerja Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Encik Izwan Zainuddin ke Pejabat PUNB Wilayah Selatan dan Cawangan Melaka, pada 24 Julai 2023, Isnin.

Lawatan turun padang ini, bertujuan untuk mengemaskini perkembangan terkini warga kerja di cawangan dan mengambil maklum balas pelbagai isu berkaitan pentadbiran dan rakan usahawan bagi memastikan peningkatan perkhidmatan PUNB di Wilayah Selatan.

Kehadiran Encik Izwan disambut Encik Azham Ardin Shah, Pengurus Cawangan Wilayah Selatan dan Encik Md Rasyidi Zainal Abidin, Pengurus Cawangan Melaka serta warga kerja PUNB Cawangan.

The courtesy visit of Senior Civil Servants from Pakistan to PUNB was welcomed by Encik Mohd Nor Shazali Mohd Idris, General Manager of Business Division and Puan Hazina Mohamad, Head of International Business Development on 20 July 2023 at PUNB Hall.

A total of nine (9) delegates from various Pakistan’s ministries and agencies attended and were led by Mr. Asim Iqbal, Directing Staff from the National School of Public Policy. Also in attendance was Mdm. Sughra Habib, First Secretary from the High Commission of Pakistan in Kuala Lumpur.

The objective of the visit was to brief the delegates on the role of PUNB in the development of entrepreneurship in the retail and distributive trade sector in Malaysia and at international level.

PUNB kini berada di Program Malaysia MADANI bersempena Program Sentuhan Kasih Desa bertempat di Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah.

Jutaan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri kerana telah berbesar hati melawat reruai pameran PUNB.

Jom hangpa kita pakat mai jumpa #TeamExhibitionPUNB di reruai pameran Jabatan Perdana Menteri (Malaysia MADANI)!

Rakan Usahawan PUNB, MH Wellness Group Sdn Bhd telah melancarkan sistem klinik MHCSys di Wisma My Health, Kuantan pada Jumaat, 14 Julai 2023.

Sistem pentadbiran klinik ini dibangunkan untuk menyeragamkan maklumat pentadbiran dan pesakit yang telah berdaftar dengan tujuh cawangan MHC Klinik dan lapan klinik rakan kongsi bersekutu di seluruh negara.

Antaranya, menerusi sistem ini, doktor di setiap cawangan dapat mengakses maklumat pesakit dan preskripsi ubat, sekali gus memantau serta melihat sejarah rawatan pesakit yang pernah mendapatkan rawatan di klinik di bawah jenama MHC. Selain itu, sistem ini juga digunakan untuk urusan pentadbiran klinik dan temu janji rawatan.

Sistem ini dibangunkan sepenuhnya oleh warga kerja MH Wellness Group dan difahamkan merupakan klinik swasta pertama di Malaysia yang membangunkan sistem klinik.

Pelancaran sistem ini telah disempurnakan oleh Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB. Hadir sama, Dr Mohd Haminuddin Hassan, Pengarah yang juga merangkap Ketua Pegawai Eksekutif dan Penasihat Klinikal MH Wellness Group bersama Encik Fahmirullah Ab Razak, Pengarah yang juga Ketua Pegawai Kewangan MH Wellness Group.

Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB berpeluang melawat premis Rakan Usahawan PUNB, AF Computer Centre yang terletak di Kuantan, Pahang pada Jumaat, 14 Julai 2023.

Pusat sehenti bagi jualan komputer, aksesori berkaitan komputer dan gajet elektronik ini turut menawarkan perkhidmatan membaik pulih komputer serta menjual komputer riba ‘second hand’ berkualiti dengan harga berpatutan.

Perniagaan yang bermula sejak 2010 ini, kini mempunyai empat cawangan di Kuantan, dan satu cawangan di Pekan, Pahang.

Rakan Usahawan PUNB ini juga terlibat dalam mengusahakan enam cawangan perniagaan francais ais krim dan enam cawangan pusat dobi.

Sekitar lawatan kerja Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Encik Izwan Zainuddin ke Pejabat PUNB Cawangan Kuantan, Pahang pada 14 Julai 2023, Jumaat.

Lawatan turun padang ini, bertujuan untuk mengemaskini perkembangan terkini warga kerja di cawangan dan mengambil maklum balas pelbagai isu berkaitan pentadbiran dan rakan usahawan bagi memastikan peningkatan perkhidmatan PUNB di Pahang.

Kehadiran En Izwan disambut En Shahrum Ibrahim, Pengurus Cawangan dan warga kerja PUNB Cawangan Kuantan dan Jerantut.

Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB berpeluang melawat Rakan Usahawan PUNB di Terengganu sempena lawatannya ke Pejabat PUNB Wilayah Pantai Timur pada Khamis, 13 Julai 2023.

NMZ Muamalat di Dataran Austin, Jalan Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

Rakan Usahawan PUNB ini terkenal dengan jenama BYNIKS yang menghasilkan Baju Melayu, Kurta dan pakaian kasual untuk lelaki dewasa dan kanak-kanak. Jenama BYNIKS mempertaruhkan rekaan Baju Melayu tradisional, selain menerapkan motif batik dalam beberapa rekaan pakaian kasual.

Rakan Usahawan PUNB ini turut mempunyai kedai menjual pakaian dan aksesori lelaki, One Jean Store yang terletak di lokasi berhampiran.

Tokku Leko Sdn Bhd Pusat Komersial Cabang Tiga, Kuala Terengganu.

Jenama ‘Kephok’, keropok segera keluaran Tokku Lekor Sdn Bhd ini boleh didapati di lebih 50 outlet pasar raya dan pasar raya besar di sekitar Terengganu, Lembah Klang dan Sabah. Selain terkenal dengan ‘Khepok’, Tokku turut mengeluarkan produk keropok lekor sejuk beku, keropok keping, isi ikan, bebola dan satar. Rakan Usahawan PUNB ini merancang untuk membuka kira-kira 100 outlet di seluruh negara menjelang 2025 dan menembusi pasaran Indonesia pada hujung tahun ini.

Faiz91 PG Enterprise di Pusat Komersial Cabang Tiga, Kuala Terengganu.

Kedai Rakan Usahawan PUNB, Faiz Gold ini menjual pelbagai rekaan barangan kemas 916 dan menawarkan perkhidmatan tukar dan beli emas, mereka bentuk barang kemas rekaan sendiri, tembaga dan berlian serta menawarkan perkhidmatan membaiki barangan kemas, tembaga dan menyadur emas. Faiz Gold ini diusahakan oleh usahawan muda yang sudah berkecimpung dalam perniagaan emas sejak 2017. Kedai emas ini juga aktif menjalankan aktiviti jual beli menerusi platform jual beli media sosial.

Hippie Baby House di Pusat Komersial Cabang Tiga, Kuala Terengganu.

Bagi mereka yang tinggal di sekitar Kuala Terengganu, boleh berkunjung ke Hippie Baby House untuk mendapatkan pelbagai barangan bayi dan kanak-kanak dengan harga berpatutan. Syarikat Rakan Usahawan PUNB ini layak digelar ‘pusat sehenti’ kerana premis tiga tingkat yang menempatkan Hippie Baby House ini lengkap dengan pelbagai barangan bayi, kanak-kanak, pakaian, kasut, aksesori dan barangan keperluan ibu.

Nok tunggu mende lagi, nok caghi kepokk, beli emah, caghi baju lakki, baju baby mari la ke kedda Rakang Usahawang PUNB.

Sekitar lawatan kerja Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Encik Izwan Zainuddin ke Pejabat PUNB Wilayah Pantai Timur pada 13 Julai 2023, Khamis.

Lawatan turun padang ini bertujuan untuk mengemaskini perkembangan terkini warga kerja di cawangan dan mengambil maklum balas pelbagai isu berkaitan pentadbiran dan rakan usahawan bagi memastikan peningkatan perkhidmatan PUNB di Terengganu.

Kehadiran En Izwan disambut En Khairul Rizal Abdullah, Pengurus Cawangan dan warga kerja PUNB Wilayah Pantai Timur.

Read Policy

Kami Menghargai Maklum Balas Anda!

    Soalan 1

    Pengalaman Keseluruhan:

    Bagaimanakah anda menilai pengalaman keseluruhan anda di portal rasmi kami?

    Soalan 2

    Pencarian Maklumat:

    Adakah mudah untuk mencari maklumat yang anda cari?

    Soalan 3

    Bahagian Bantuan:

    Bahagian mana pada portal rasmi kami yang paling membantu anda?

    Soalan 4

    Jangkaan Laman Sesawang:

    Adakah portal rasmi kami memenuhi jangkaan anda?

    Soalan 5

    Kebarangkalian untuk Kembali:

    Adakah anda akan kembali ke portal rasmi kami pada masa hadapan?