Di PUNB, kami yakin bahawa keusahawanan memiliki kuasa untuk mengubah kehidupan dan merangsang pertumbuhan ekonomi. Organisasi kami komited untuk memperkasa usahawan Bumiputera dengan sumber dan sokongan yang diperlukan untuk merealisasikan impian mereka.
Chief Executive Officer
Pengurus Besar
Bahagian Perniagaan
Pengurus Besar
Bahagian Operasi
Pengurus Besar
Bahagian Kewangan & Transformasi
Ketua
Audit Dalaman & Pengurusan Risiko
Ketua
Undang-Undang
Ketua
Setiausaha Syarikat & Tadbir Urus
Ketua
Integriti & Tadbir Urus
Pengerusi
Ahli
Ahli
Tan Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani dilantik sebagai Pengerusi PUNB berkuat kuasa 1 September 2023.
Tan Sri Acryl Sani merupakan mantan Ketua Polis Negara yang ke-13 dari 4 Mei 2021 hingga 22 Jun 2023 selepas menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara dari 14 Ogos 2020 hingga 3 Mei 2021.
Anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor ini memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau telah memulakan kerjaya bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Kadet Penolong Penguasa Polis (ASP) pada 2 Februari 1986.
Sepanjang perkhidmatannya, beliau pernah menjadi Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (2018-2020), Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (2017-2018), Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (2016-2017), Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Polis Komuniti (2014-2016), Ketua Polis Perak (2013), Pesuruhjaya Polis Sarawak (2011-2013), Timbalan Pengerusi (2010-2011) dan Bendahari Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (2005-2010), Timbalan Pengarah di Jabatan Siasatan Jenayah (2007), Ketua Polis Terengganu (2006), Ketua Forensik Polis (2005), Komandan Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu (2004) dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kampar (2002-2003).
Khidmat Tan Sri Acryl Sani turut diiktiraf apabila dikurniakan Pingat Kesatria Mangku Negara (K.M.N) pada 1995, Pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) pada 1997, Pingat Panglima Setia Pasukan Polis (P.S.P.P) pada 2011, Pingat Darjah Pahlawan Taming Sari (D.P.T.S) pada 2014, Pingat Panglima Gagah Pasukan Polis (P.G.P.P) pada 2016, Pingat Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P) pada 2017, Pingat Panglima Jasa Negara (P.J.N) pada 2019, Pingat Darjah Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S) pada 2020, Pingat Darjah Panglima Pangkuan Negeri (D.P.P.N), Pingat Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M) dan Pingat Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ pada 2021.
Kini, beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah dan Timbalan Pengerusi bagi Dagang NeXchange Berhad (DNeX) sejak 1 Ogos 2023.
Datuk Abd Shukor Mahmood dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah PUNB berkuat kuasa 15 Oktober 2023.
Datuk Abd Shukor memulakan kerjayanya pada 1994 sebagai Penolong Setiausaha, Cawangan Tatatertib, Bahagian Sumber Manusia di Kementerian Kesihatan sebelum berpindah ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Bahagian Pentadbiran Perancangan, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada tahun 2000.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini kemudiannya berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah di Unit Perancangan dan Pembangunan Mahkamah, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang JPM sebelum bertugas di Seksyen Perundangan dan Prosiding, Bahagian Pengurusan Dewan Negara, Parlimen Malaysia.
Kerjaya dan pengalaman anak kelahiran Selangor ini terus berkembang khususnya dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia apabila berpindah ke beberapa kementerian, jabatan dan agensi lain seperti Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dari tahun 2007 hingga 2019 sebelum menyandang jawatan sebagai Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang pada 2022.
Sepanjang perkhidmatan Datuk Abd Shukor, beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada 2010 selain turut dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka pada 2019.
Kini, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan di Jabatan Perdana Menteri.
Sharifah Wahaida Lailatul Syed Hassan Sagaff dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah PUNB berkuat kuasa 10 Mac 2021.
Sharifah Wahaida memulakan kerjayanya sebagai Penolong Setiausaha, Bahagian Perancangan dan Penilaian di Kementerian Pembangunan Usahawan pada 1996 hingga 2002 sebelum memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah di Seksyen Tenaga dan Ketua Penolong Pengarah di Seksyen Bantuan Luar di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada 2004 hingga 2005.
Pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ini kemudiannya berkhidmat di bawah Kementerian Penerangan sebelum berpindah ke Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) sebagai Timbalan Pengarah di Seksyen Kewangan dan Pentadbiran. Sharifah juga pernah berkhidmat di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai Timbalan Setiausaha Bahagian, Cawangan Latihan dan Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia sebelum menyertai Kementerian Kewangan pada 2014 dengan memegang jawatan sebagai Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Seksyen Dasar, Sektor Dasar Pelaburan di Bahagian Pelaburan Strategik. Kini, Sharifah merupakan Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Pengurusan dan Pemantauan Pelaburan di bahagian yang sama.
Sepanjang kerjayanya, beliau pernah menerima penghargaan sebagai Ahli Mangku Negara (AMN) pada 2015 selain pernah mewakili Kementerian Kewangan sebagai Jawatankuasa Pelaburan Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) pada 2018, Jawatankuasa Kumpulan Wang Industri Elektrik (JKWIE), Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor dan Ahli Lembaga Pengarah Forest Plantation Development Sdn Bhd.
Sharifah juga merupakan Ahli Seumur Hidup Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) selain pernah dilantik sebagai Jawatankuasa Siasatan Khas Susulan Laporan Ketua Audit Negara tahun 2017.
Zarir Mohd Salleh was appointed as PUNB Board Member on 24th September 2018.
Zarir Mohd Salleh holds a Bachelor of Commerce (Accounting) from La Trobe University, Melbourne, Australia. He started his career in 1997 with an international accounting firm, BDO Binder Public Accountants and PricewaterhouseCoopers.
As a Chartered Accountant with the Chartered Accountants Australia and New Zealand equipped with wide experience of more than 20 years in financial-focused career involving financial reporting, client relationship management, project management, debt restructuring, corporate banking, investment banking and transaction banking, he used to serve in the Corporate Finance Department of CIMB Investment Bank Berhad (formerly known as Commerce International Merchant Bankers Berhad) in 2002, Investment Banking Department of CIMB in 2004, HSBC Bank Malaysia Berhad’s Global Banking Department in 2011 and MUFG Bank (Malaysia) Berhad (formerly known as Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia) Berhad) as Director of Global Corporate Banking in 2016.
Currently, he is a Managing Director of Corporate Strategy at Affin Bank Berhad.
Azwan Nazri Baharuddin was appointed as PUNB Board Member on 24th September 2018.
He holds a Master’s degree in Business Administration from the University of Leicester, United Kingdom and has spent over 20 years implementing, managing and consulting projects around the world, delivering business solutions to clients while growing sales.
Azwan worked in the United Kingdom and Europe for almost four years in the banking industry before moving back to Malaysia. He has held various leadership positions within Asia Pacific with Ernst & Young over the last 10 years, most recently as Partner, Asia Pacific Advisory Business Development Leader, implementing strategic initiatives to grow the business in the region.
He keeps abreast of the latest digital trends and is passionate about leveraging the potential of digital innovation for Malaysia’s transformation. His interest in digital has led him to be a certified Java J2EE Programmer and an active social media influencer.
Azwan joined Accenture as its Country Managing Director in 2017 and has focused on driving digital as an industry and national transformation agenda.