Pengarang: mastura

Lawatan rasmi Kedutaan Suruhanjaya Tinggi Tajikistan ke Ibu Pejabat PUNB yang disambut oleh YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris, Pengerusi PUNB, Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB dan kumpulan pengurusan PUNB pada hari ini. Turut hadir adalah H.E. Ardasher Saeedjaafar Qadiri, Pesuruhjaya Tinggi Tajikistan, bersama Encik Alisher Pustiev, Setiausaha Ketiga.

DON’S BURGER – Rakan Usahawan PUNB

Ikuti perkongsian kisah kejayaan seorang Rakan Usahawan PUNB yang berjaya di Sarawak. Kejayaannya boleh dijadikan contoh buat anda yang sedang bertatih dalam bidang perniagaan. Don’s Burger menawarkan pelbagai pilihan menu burger yang menyelerakan!

Program Kongsi Rezeki Ramadan PUNB di Ulu Tembeling, Jerantut yang disampaikan oleh YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris, Pengerusi PUNB dan Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB serta Kumpulan Pengurusan pada 18 & 19 April 2022.

Program Jom Jadi Perantis (JUMPER) anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah berjaya meningkatkan keyakinan salah seorang usahawan belia iaitu Muhd Hafiz yang juga merupakan pemilik Crispy Fried Chicken (CFC) Sarawak.

Perniagaan serbuk minuman yang diusahakan oleh pasangan suami isteri, Hazizi Halena,35, dan Norasikin Rambli, 37, menerusi HN Varitas Company ini mempunyai cita rasa tersendiri. Selain itu, perniagaan ini diharap mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada orang lain.

Lawatan rasmi Kedutaan Suruhanjaya Tinggi Pakistan ke Ibu Pejabat PUNB yang disambut oleh YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris, Pengerusi PUNB, Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB dan kumpulan pengurusan PUNB pada hari ini. Turut hadir adalah H.E. Madam Amna Baloch, Pesuruhjaya Tinggi Pakistan, bersama kumpulan pengurusan.

Keperluan modal sebenarnya bergantung kepada jenis dan skala perniagaan yang ingin dijalankan. Jika besar perniagaan, maka besarlah modal yang diperlukan dan sebaliknya. Mendapatkan modal yang diperlukan merupakan salah satu cabaran besar bagi individu yang baru berjinak dalam dunia perniagaan.

Berikut adalah perbandingan antara penggunaan modal sendiri dan pembiayaan kewangan untuk perniagaan anda.

Modal Sendiri
Apabila menggunakan modal sendiri, anda boleh mengurangkan risiko kerugian atau hutang yang tinggi kerana anda tidak perlu membayar sebarang bentuk pembiayaan dan caj-caj lain sekiranya perniagaan diusahakan tidak atau lambat mencapai sasaran keuntungan ditetapkan. Modal sendiri ini boleh diperolehi melalui simpanan kewangan sendiri atau penjualan aset dan barangan berharga.

Apabila menggunakan modal sendiri, anda mengetahui kedudukan kewangan dan dapat mengawal sejauh mana perniagaan boleh dilaksanakan. Ini secara tidak langsung anda boleh merancang dengan lebih teliti sasaran dan strategi perniagaan secara berperingkat bergantung kepada hasil keuntungan dan modal pusingan yang ada.

Modal sendiri juga dapat mendisiplinkan diri untuk berbelanja mengikut keperluan sahaja kerana anda perlu berjimat untuk memastikan perniagaan mampu berkembang selain tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan modal tambahan berbanding membuat pembiayaan bagi kelangsungan perniagaan.

Walau bagaimanapun, modal sendiri juga besar kemungkinan anda perlu melakukan banyak perkara sendiri sekiranya modal yang ada tidak cukup untuk mengupah atau menggaji pekerja. Seeloknya, anda perlu dapatkan sokongan dari penasihat kewangan bertauliah agar dapat memastikan kewangan anda berada pada tahap yang baik dan stabil.

Modal Pembiayaan Perniagaan
Memohon pembiayaan dari institusi kewangan merupakan langkah yang sering diambil oleh usahawan yang ingin memulakan perniagaan. Hasil bantuan kewangan ini dapat membina perniagaan dengan lebih cepat kerana usahawan mampu untuk menyediakan segala keperluan dalam perniagaan.

Apabila membuat pembiayaan, secara tidak langsung anda telah mewujudkan sebuah skor kredit bagi memudahkan perniagaan untuk membuat pembiayaan tambahan pada masa hadapan dengan syarat anda merupakan pembayar balik pinjaman yang baik.

Modal pembiayaan juga memberi peluang kepada usahawan untuk meningkatkan produktiviti dan pengeluaran produk kerana mempunyai sokongan kewangan yang kukuh dan ini dapat melipat ganda keuntungan untuk membayar semula pembiayaan yang diterima. Apatah lagi, terdapat banyak agensi keusahawanan seperti PUNB yang bukan sahaja memberi pembiayaan tetapi juga khidmat nasihat, pemantauan, kursus dan latihan perniagaan yang sememangnya membantu perniagaan untuk berada di landasan yang betul.

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan kelulusan pembiayaan memakan masa dan tenaga selain juga berpotensi untuk tidak mendapat jumlah keseluruhan yang diinginkan. Mulakan dengan membuat pembiayaan dalam skala yang kecil bagi mengelakkan bebanan komitmen bulanan yang tinggi. Jika perniagaan semakin berjaya, barulah anda boleh memikirkan untuk modal tambahan.

Apa-apa pun, dengan membuat pembiayaan dapat memotivasikan diri usahawan untuk berusaha dengan lebih gigih dalam mengembangkan perniagaaan kerana mereka sedar terdapat pembiayaan yang perlu dibayar.

Apa jua bentuk modal yang dipilih, yang penting anda perlu berusaha dengan bersungguh-sugguh dan jangan pernah mengalah. Ingatlah bahawa perniagaan merupakan suatu taruhan dan memerlukan banyak pengorbanan sebelum dapat menikmati imbuhan dari usaha yang telah dicurahkan.

Usahawan wanita berkongsi idea dan tip perniagaan untuk dijadikan inspirasi bersama.

Dapatkan idea daripada #RakanUsahawanPUNB, Glowsy Empire dan Anggun Aesthetic Sdn Bhd mengenai cara mereka menjalankan perniagaan mereka.

SUFFY DAIRY – Rakan Usahawan PUNB

· Ubah strategi perniagaan mengikut keadaan semasa dan arus teknologi moden. Contoh: Pemasaran secara langsung dilanjutkan kepada pemasaran secara atas talian.

· Baik pulih cara kerja. Contoh: Mewujudkan sistem komisen untuk menaikkan semangat pekerja agar dapat menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli.

· Bijak menjana idea dan kreativiti yang pelbagai untuk kelancaran perniagaan. Contoh: Salah satu cara adalah dengan menjalin jaringan keusahawanan dengan usahawan lain agar dapat bertukar idea dan pendapat.

KLAMBI KL – Rakan Usahawan PUNB

Mempunyai minat yang mendalam dalam industri fesyen telah mendorong pengasas jenama pakaian wanita iaitu Encik Fadzlan Nor menubuhkan empayar perniagaannya dibawah jenama KLAMBI KL.

Mula ditubuhkan pada 2015, KLAMBI KL menampilkan gabungan koleksi pakaian yang diinspirasikan dari pakaian tradisi Melayu seperti Kurung Kedah yang dipadankan dengan pareo moden mudah pakai namun masih mengekalkan keselesaan, kesederhanaan serta sesuai dipakai oleh wanita di pelbagai peringkat umur.

Menurut Fadzlan, pada awal penglibatan pembukaan KLAMBI KL amat sukar kerana tidak mempunyai hala tuju yang tepat ekoran kurangnya ilmu pengetahuan dalam perniagaan. Keadaan itu menyebabkan beliau terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran sebelum selesa dengan kejayaan yang dicapai seperti hari ini. “Dalam perniagaan, kita perlu mempunyai ilmu,” kata Fadzlan.

Walau bagaimanapun, bagi Fadzlan itu semua adalah suatu pengalaman dan pengajaran bermakna yang menjadikan beliau lebih fokus dalam merancang strategi perniagaan. Justeru, berdasarkan apa yang pernah dilalui, Fadzlan amat menyarankan kepada para usahawan untuk mengambil inisiatif menimba ilmu perniagaan selengkap mungkin dan rajinkan diri mengkaji keadaan pasaran semasa sebelum memulakan perniagaan.

Sebagai seorang usahawan, Fadzlan juga tidak terlepas dari diuji terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan akibat penularan wabak COVID-19. Walaupun sudah dijangka, namun perniagaannya amat terkesan apabila mengalami hasil jualan yang menurun secara drastik memandangkan tidak boleh beroperasi secara fizikal. Pada ketika itu, beliau perlu memikirkan inisiatif lain untuk menghabiskan stok sedia ada bagi menampung semula modal yang telah dikeluarkan. Lebih membimbangkan apabila pelanggan juga lebih berhati-hati dalam berbelanja dan kurang untuk membeli pakaian sepanjang tempoh itu.

KLAMBI KL bernasib baik kerana selain dari perniagaan secara fizikal, Fadzlan juga telah mewujudkan perniagaan secara dalam talian dalam usaha memastikan kelangsungan perniagaan. Melalui platform digital, Fadzlan bersama kru giat merangka beberapa strategi promosi bagi menarik perhatian pelanggan. “Antara yang dilakukan adalah menawarkan harga jualan yang lebih murah, pemberian baucar kepada pelanggan yang telah membeli sebagai langkah memastikan mereka terus berminat untuk mendapatkan koleksi pakaian KLAMBI KL dan meningkatkan kualiti produk serta perkhidmatan pelanggan kami,” jelas beliau. Fadzlan bersyukur kerana langkah diambil sedikit sebanyak telah membantu perniagaannya untuk mengharungi saat getir itu.

Fadzlan tidak menafikan bahawa persaingan dalam perniagaan terutama industri fesyen ini amat tinggi walaupun pasarannya amat meluas. Beliau perlu memastikan KLAMBI KL mampu berdaya tahan dan berdaya saing tidak kira apa jua cabaran dan halangan yang dihadapi. Setakat ini, jenama KLAMBI KL telah pun mempunyai portal beli-belah sendiri dikenali sebagai KLAMBI KL selain telah memasuki platform e-dagang seperti Shopee dan ZALORA. KLAMBI KL juga aktif menggunakan Facebook dan Instagram bagi memperkenal dan mempromosi koleksi terbaru mereka. Langkah ini mendekatkan lagi hubungan dengan pelanggan di samping memudahkan mereka mendapatkan maklumat terkini tentang KLAMBI KL.

Berbicara mengenai perancangan masa hadapan, KLAMBI KL memperkenalkan sistem ‘dropship’ bagi membuka peluang kepada mereka yang ingin bergelar usahawan. Fadzlan mencari mereka yang sentiasa bersedia untuk mengharungi liku-liku dunia perniagaan, positif walaupun berdepan dengan kesukaran dan tidak mudah mengalah.

Kami Menghargai Maklum Balas Anda!

    Soalan 1

    Pengalaman Keseluruhan:

    Bagaimanakah anda menilai pengalaman keseluruhan anda di laman sesawang kami?

    Soalan 2

    Pencarian Maklumat:

    Adakah mudah untuk mencari maklumat yang anda cari?

    Soalan 3

    Bahagian Bantuan:

    Bahagian mana pada laman sesawang kami yang paling membantu anda?

    Soalan 4

    Jangkaan Laman Sesawang:

    Adakah laman sesawang kami memenuhi jangkaan anda?

    Soalan 5

    Kebarangkalian untuk Kembali:

    Adakah anda akan kembali ke laman sesawang kami pada masa hadapan?