Memperkasa Impian Usahawan, Membentuk Masa Depan Malaysia
PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB) diwujudkan untuk meningkatkan penyertaan dan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan dan melahirkan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan, progresif dan berjaya.
Ia ditubuhkan pada 17 Julai 1991 di bawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB). PUNB beroperasi sebagai sebuah syarikat patuh syariah sepenuhnya pada 2010. Sejak 2018, PUNB disenaraikan sebagai syarikat di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Visi Kami
Menjadi sebuah organisasi pembangunan keusahawanan terulung Malaysia.
Misi Kami
Menjadi rakan kongsi pilihan usahawan Bumiputera untuk solusi pembiayaan dan khidmat sokongan perniagaan.
Objektif
01
Mendukung Komuniti Usahawan Bumiputera yang Berkembang
Menambah jumlah dan meningkat kualiti usahawan Bumiputera dalam sektor industri dan komersil.
02
Memupuk Usahawan Berdaya Tahan dalam Sektor Utama
Menggalakkan pembentukan usahawan Bumiputera yang berdaya tahan di dalam industri strategik.
03
Memperkasa Usahawan Bumiputera dengan Pengetahuan dan Kemahiran
Menyalurkan budaya keusahawanan di kalangan usahawan Bumiputera dan melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman.
Fungsi Kami
Beretika
Integriti
Cekap
Keikhlasan
Kejujuran
Profesionalisme
Amanah
Model perniagaan PUNB tertumpu kepada penawaran pakej keusahawanan bersepadu merangkumi pembiayaan perniagaan dan sokongan perniagaan.
Pakej ini membantu usahawan Bumiputera memantapkan aspek-aspek perniagaan mereka, mengekalkan usaha perniagaan yang menguntungkan dan membentuk kecemerlangan perniagaan.
Inilah asas kewujudan PUNB.
Kekuatan Kami
01
Pemerkasaan Bumiputera
Pusat Kecemerlangan untuk Agenda Pembangunan Keusahawanan Bumiputera
02
Hab Pembiayaan Perniagaan
Menyediakan solusi pembiayaan perniagaan secara menyeluruh dan khidmat sokongan perniagaan
03
Perintis Sektor Runcit
Peneraju dalam Sektor Peruncitan dan Perdagangan Pengedaran