Hari ke-2: PUNB Trade Fair Dubai 2023

Hari kedua PUNB Trade Fair Dubai 2023 bertempat di Souk Al Marfa, Dubai Island, Dubai berlangsung meriah dengan pertunjukan fesyen dan demo masakan daripada pempamer.

Usahawan yang terlibat dengan pertunjukan fesyen ialah Milymaryam, Dolsa, Wirdora dan Kapten Batik, manakala Nubhan yang terkenal dengan jenama Mak Jenny menunjukkan demo masakan menggunakan produk Ready To Eat keluarannya.

Pameran yang berlangsung bermula Jumaat, 1 Disember hingga Ahad, 3 Disember ini membawakan 12 pempamer terdiri daripada Rakan Usahawan PUNB dan usahawan Bumiputera yang terkenal dengan jenama masing-masing.

Jenama yang terlibat dalam pameran ini ialah Kopiah Malaysia, Wirdora, Keef & Nish, Tamu Gold, Mimpi Kita, Kapten Batik, Dolsa, Mak Jenny, Yosh, Nims Chocotub, Milymaryam dan Mokti’s.

Warga Malaysia yang berada di Dubai, temui rakan-rakan pempamer PUNB Trade Fair Dubai 2023 di Souk Al Marfa! Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan produk jenama terkenal Malaysia di Dubai.

#PUNBTakesDubai#PUNBTradeFairDubai2023#PUNBGoInternational#RakanUsahawanPUNB

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Kami Menghargai Maklum Balas Anda!

    Soalan 1

    Pengalaman Keseluruhan:

    Bagaimanakah anda menilai pengalaman keseluruhan anda di laman sesawang kami?

    Soalan 2

    Pencarian Maklumat:

    Adakah mudah untuk mencari maklumat yang anda cari?

    Soalan 3

    Bahagian Bantuan:

    Bahagian mana pada laman sesawang kami yang paling membantu anda?

    Soalan 4

    Jangkaan Laman Sesawang:

    Adakah laman sesawang kami memenuhi jangkaan anda?

    Soalan 5

    Kebarangkalian untuk Kembali:

    Adakah anda akan kembali ke laman sesawang kami pada masa hadapan?