Pengarang: mastura

Lawatan Pengerusi PUNB, YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris ke Pejabat PUNB Wilayah Utara dan premis perniagaan Rakan Usahawan PUNB Pulau Pinang, FZI Advance Ventures, Sinar Plastic Technology Sdn Bhd dan Puncak Utama Sdn Bhd pada 7 dan 8 Jun 2022.

Lawatan rasmi Persatuan Usahawan Automotif PROSPER Malaysia (AUTOPRO) ke Ibu Pejabat PUNB disambut oleh YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris, Pengerusi PUNB; Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB; Encik Abdul Jammi Abdul Karim, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PUNB merangkap Penaung AUTOPRO dan Pegawai daripada Jabatan Pembiayaan Perniagaan.

Turut hadir pada lawatan hari ini ialah Encik Zakariah Ahmad, Penasihat AUTOPRO dan Encik Karim Haji A Rahman, Pengerusi AUTOPRO serta Ahli Jawatankuasa AUTOPRO.

Majlis Hari Raya Persatuan Usahawan Automotif PROSPER Malaysia (AUTOPRO) yang berlangsung pada hari ini di premis Rakan Usahawan PUNB, Perodua Body & Paint Centre Mesizaman Auto (M) Sdn Bhd di Masjid Tanah, Melaka.Turut hadir Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB bagi merasmikan pembukaan Perodua Body & Paint Centre Mesizaman Auto (M) Sdn Bhd.

GADING KENCANA SDN BHD – Rakan Usahawan PUNB

Bermula hanya sebagai kontraktor elektrik dan perunding pengurusan tenaga, Gading Kencana kini merupakan salah satu penyedia perkhidmatan untuk tenaga boleh diperbaharui utama di Malaysia. Mula ditubuhkan pada 1993 oleh pengasasnya, Dato’ Ir. Muhamad Guntor Mansor Tobeng, kini Gading Kencana telah memiliki dua ladang solar sendiri yang terletak di Ayer Keroh, Melaka dan Bidor, Perak.

Pada awal pembabitannya dalam bidang ini, Malaysia masih kurang pengetahuan tentang tenaga solar ini. Melihat kepada keperluan untuk memperkenalkan lagi penggunaan tenaga boleh diperbaharui ini, Gading Kencana mula menjalankan program-program makluman dan kesedaran kepada masyarakat terutama pihak berkaitan untuk membuka ‘jalan’ kepada penghasilan tenaga melalui sumber ini.

Malaysia bertuah kerana kedudukan geografinya di garisan Khatulistiwa, memberi kelebihan pendedahan kepada sinaran matahari dan kawasan sesuai untuk tadahan air. Tenaga matahari boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik melalui enjin pemanasan dan panel solar fotovoltaik. Panel solar digunakan untuk menukar sinaran haba matahari kepada tenaga elektrik. Kaedah ini mampu menghasilkan voltan arus secara terus. Penggunaan sumber ini secara tidak langsung mengurangkan kebergantungan penghasilan tenaga elektrik daripada sumber tidak boleh diperbaharui seperti arang batu. Malah, tenaga solar dan tenaga angin tidak membebaskan karbon dioksida (CO2) dan gas rumah hijau lain yang menyumbang kepada perubahan iklim.

Transformasi perkhidmatan Gading Kencana bermula dari sistem solar lampu taman, jalanan,
off-grid, hibrid sehinggalah kini kepada ladang solar apabila semakin ramai yang mula menunjukkan minat dalam penggunaan tenaga ini termasuklah syarikat-syarikat swasta yang ingin mengurangkan perbelanjaan harian mereka terutama melibatkan penggunaan tenaga elektrik. “Kebanyakkan projek di bawah Gading Kencana memerlukan lesen dan pendaftaran yang sah daripada pihak berkaitan seperti Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia atau CIDB sebelum kami boleh meneruskan apa-apa projek. Walau bagaimanapun, ada juga projek lain yang tidak memerlukan perkara tersebut. Hal ini telah mendorong pihak kami untuk menubuhkan Gading Solar Sdn Bhd bagi memudahkan segala urusan dan perkhidmatan kami dijalankan secara terus kepada syarikat-syarikat swasta yang lain,” kata Dato’ Guntor.

Bagi perniagaan yang berteraskan alam semulajadi sebagai sumber utama, aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar amat dititik beratkan sebelum ingin membina dua ladang solar seperti yang ada di lokasi pada hari ini. Pelbagai kajian serta rujukan telah dilakukan dan dicapai sebelum sesebuah ladang solar itu boleh dibina. “Mana-mana pembangunan tanah melebihi 20 hektar haruslah membuat Environmental Impact Assessment atau EIA mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar, jadi Gading Kencana mematuhi peraturan ini,” jelas Dato’ Guntor. Malah, kompleks yang dikenali sebagai Kompleks Solar Hijau ini juga menghasilkan net zero carbon memandangkan keseluruhan tenaga operasi menggunakan sumber tenaga dari matahari.

Selain itu juga, Gading Kencana turut membuat kajian sosial di mana pihak syarikat bertemu dengan penduduk tempatan untuk mendapatkan maklum balas dan kesan sekiranya terdapat sebuah ladang solar dibina di kawasan mereka terutama terhadap kelangsungan hidup, tanaman dan ternakan sekiranya ada. Ini adalah bagi memastikan matlamat Gading Kencana dalam usaha untuk mempergiatkan tenaga solar ini tidak memudaratkan sebaliknya mampu membantu masyarakat dalam meningkatkan lagi taraf hidup mereka. 

Kini, ladang solar itu telah menjadi antara sumber tarikan bagi industri pelancongan pendidikan terutama di Melaka apabila banyak pihak menjadikannya sebagai sumber kajian dan rujukan selain sebagai pusat latihan bagi institusi pendidikan yang berkaitan. “Kompleks ini telah mewujudkan impak berganda kerana ia bukan sahaja sebagai pusat penghasilan tenaga solar sahaja, tetapi juga boleh dimanfaatkan bagi pembangunan intelek komuniti,” tambah Dato’ Guntor.

Aspek keselamatan memainkan peranan amat penting kepada mana-mana individu yang melangkah masuk ke kawasan ladang solar. “Peraturan keselamatan amat ketat terutama kepada pekerja, jadi dengan kerjasama dari pihak Jabatan Penyelamat dan Bomba Malaysia, kami menyediakan latihan berkala agar keselamatan dan kesihatan terpelihara,” ujar beliau.

Malah, Gading Kencana juga turut memberi keutamaan peluang pekerjaan kepada tenaga kerja tempatan terutama lepasan graduan agar golongan ini memperoleh pengalaman bekerja dan mampu meningkatkan kemahiran diri agar mampu menyumbang kepada pembangunan industri pada masa hadapan.

Dalam mendekati masyarakat untuk memperkenalkan perkhidmatan tenaga solar ini pasti ada cabaran tersendiri. Stigma pemikiran masyarakat berkenaan penggunaan tenaga solar ini selalunya hanyalah untuk mereka yang berkemampuan sahaja. “Masyarakat sukar untuk menerima maklumat baharu sekiranya perkara itu bukan kebiasaan dan kefahaman mereka. Jadi, kami di Gading Kencana menggunakan langkah pendekatan ‘masyarakat mendekati masyarakat’ di mana kami mengadakan program SuriaKU,” ujar Dato’ Guntor. SuriaKU merupakan sebuah projek kerjasama antara Gading Kencana bersama Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dalam usaha membantu golongan kurang berkemampuan.

Dalam mendekati masyarakat untuk memperkenalkan perkhidmatan tenaga solar ini pasti ada cabaran tersendiri. Stigma pemikiran masyarakat berkenaan penggunaan tenaga solar ini selalunya hanyalah untuk mereka yang berkemampuan sahaja. “Masyarakat sukar untuk menerima maklumat baharu sekiranya perkara itu bukan kebiasaan dan kefahaman mereka. Jadi, kami di Gading Kencana menggunakan langkah pendekatan ‘masyarakat mendekati masyarakat’ di mana kami mengadakan program SuriaKU,” ujar Dato’ Guntor. SuriaKU merupakan sebuah projek kerjasama antara Gading Kencana bersama Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dalam usaha membantu golongan kurang berkemampuan.

Melalui SuriaKU, setiap rumah terpilih akan dipasang dengan sistem panel solar dan penghasilan tenaga ini akan dijual kepada syarikat elektrik berkaitan. Separuh daripada pendapatan diperolehi akan diberikan kepada pemilik rumah manakala selebihnya adalah kepada pengurusan sistem panel solar itu. Ini secara tidak langsung, dapat memberi pendedahan tentang penggunaan tenaga solar kepada masyarakat setempat yang lain apabila melihatkan kepada manfaat yang diterima oleh pemilik rumah yang memiliki sistem ini. Kini, lebih dari 400 buah rumah telah mengguna pakai sistem ini sejak ia mula dilaksanakan pada 2015.

Inisiatif ini tidak hanya terhad dipasang di kawasan perumahan sahaja, malah sebaliknya diperluaskan hingga ke pusat ibadat seperti masjid secara wakaf. Masjid-masjid di daerah Johor merupakan negeri pertama yang menerima manfaat ini. “Banyak masjid sudah dipasang dengan sistem solar ini antaranya Masjid Bandar Baru UDA, Masjid Kampung Dato’ Sulaiman Menteri dan Surau Taman Sri Tebrau. Masyarakat akan lebih cenderung untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu perkara sekiranya mereka dengar sendiri dari pihak yang mereka percaya. Justeru, ini memudahkan kami untuk memberi lebih pendedahan tentang kebaikan penggunaan sistem solar,” tambah Dato’ Guntor.

Tidak terhenti setakat itu, Gading Kencana turut merancang untuk merakyatkan penggunaan sistem solar ini untuk membebaskan golongan seperti asnaf daripada kemiskinan. Ini kerana matlamat Gading Kencana bukan sahaja untuk meraih keuntungan dan meningkatkan kuantiti penggunaan tenaga ini semata-mata tetapi juga untuk membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat sekeliling dengan memperkenalkan strategi yang sama seperti SuriaKU selain menawarkan pekerjaan bersesuaian agar golongan ini dapat meraih pendapatan dan mampu mengubah corak kehidupan mereka.

Dengan pelbagai barisan penghargaan dan anugerah yang telah diterima atas perkhidmatan cemerlang, Gading Kencana terus maju ke hadapan dengan membekalkan tenaga ke rantau Asia seperti Indonesia, Kemboja dan Jepun.

Setiap usahawan dan perniagaan ada rahsia tersendiri untuk kekal relevan dan bertahan, begitu juga Dato’ Guntor. “Dalam apa jua perniagaan, usahawan itu perlulah mempunyai sifat ingin berubah dan harus ikut peredaran masa serta teknologi. Ia sukar dilaksanakan namun perlu dilakukan agar perniagaan juga mampu berkembang,” akhiri beliau.

Rakan Usahawan PUNB: Gading Kencana Sdn Bhd

Lawatan Pengerusi PUNB, YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris ke Pejabat Satelit Kota Bharu dan premis perniagaan Rakan Usahawan PUNB, Ayam Putih Sdn Bhd, Akademi Memandu Nasrom Sdn Bhd serta Berkat Group Resources di Kota Bharu pada hari ini. Pada lawatan ini, YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan turut berkesempatan merasmikan cawangan pertama kedai tayar jenama Timsum milik Berkat Group Resources di Kota Bharu, Kelantan.

Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) bersedia membantu usahawan di bawahnya yang terjejas akibat kenaikan harga barang yang tidak menentu ketika ini.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata pihaknya bersedia mendengar permasalahan usahawan dengan membantu bersama-sama mencari jalan untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Persekitaran ergonomik di tempat kerja memberi kesan jangka masa panjang yang baik kepada kesihatan pekerja dan produktiviti sesebuah syarikat secara amnya.

Ergonomik merupakan kajian tentang hubungan antara pekerja dengan persekitaran tempat kerja. Secara mudahnya, ergonomik merangkumi kemampuan pekerja menggunakan sesuatu peralatan berkaitan tugasan untuk menghasilkan kualiti kerja yang optimum dalam persekitaran yang selamat dan berkesan.

Tahukah anda persekitaran yang kurang ergonomik boleh membawa kepada penyakit seperti muskuloskeletal (MSD) yang mengganggu fungsi sendi, ligamen, otot, saraf dan lebih parah tulang belakang.

Sebagai usahawan dan majikan, amat penting untuk mewujudkan persekitaran ergonomik ini. Mengapa? Berikut adalah beberapa kelebihannya:

a) Mengurangkan kos

Pelaburan dalam mewujudkan persekitaran yang ergonomik untuk pekerja dapat mengurangkan kos tambahan yang mungkin perlu ditanggung oleh majikan sekiranya berlaku sebarang kecederaan disebabkan oleh kurang mempraktikkan langkah ini.

b) Meningkatkan produktiviti

Tempat kerja yang ergonomik mempengaruhi semangat pekerja untuk menjadi lebih produktif dalam menjalankan tugasan memandangkan mereka berasa selesa dan selamat.

c) Mengekalkan kesetiaan

Pekerja akan berasa lebih dihargai apabila majikan sanggup membuat pelaburan bagi memastikan keselesaan dan kesihatan mereka dipelihara. Ini mendorong mereka berkhidmat lebih lama dan memberikan hasil serta kualiti kerja yang terbaik untuk perniagaan anda.

Jadi, sebagai usahawan dan majikan, tidak rugi untuk anda menitikberatkan hal ini kerana ia dapat memberi ‘pulangan’ yang baik untuk perniagaan anda.

Jika belum mempraktikkan langkah ergonomik ini, anda boleh mulakan dengan stesen kerja bagi setiap pekerja. Minta pandangan mereka serta gabungkan dengan idea ergonomik yang anda miliki agar dapat mewujudkan persekitaran tempat kerja yang lebih sihat.

Selamat mencuba!

Lawatan Pengerusi PUNB, YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris ke Pejabat PUNB Wilayah Pantai Timur dan premis perniagaan Rakan Usahawan PUNB, AZ Continental Centre Sdn Bhd, Kedai Emas Le Long Maya Sdn Bhd serta Tokku Leko Sdn Bhd di Kuala Terengganu pada 22 Mei 2022.

Mengawal emosi ketika bekerja merupakan tanggungjawab kendiri kepada pekerja dan majikan. Bijak mengawal emosi dapat mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan kondusif selain mampu meningkatkan produktiviti syarikat serta perkhidmatan pelanggan.

Kegagalan mengawal emosi seperti egois, panas baran, terlalu sensitif dan sukar menerima pendapat mahupun teguran akan menyebabkan diri tidak dapat berfikir dan membuat keputusan yang baik selain membawa kepada kemudaratan terutama dalam menjalankan tugas akibat tekanan emosi. Jika ini berlaku, ia boleh membawa kepada masalah seperti pekerja sering berhenti kerja, tidak berani menyuarakan pendapat dan lebih memburukkan keadaan lagi, boleh berlaku perbalahan baik antara majikan dan pekerja mahupun dengan pelanggan. Ini ternyata akan menjejaskan prestasi dan imej syarikat.

Jadi, apakah cara terbaik untuk mengawal emosi di tempat kerja? Ikuti tip berikut:

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) kini melaksanakan pelbagai inisiatif dalam memastikan pihaknya terus komited membantu para usahawan yang masih memerlukan bantuan.

Pengerusi PUNB, Datuk Ahmad Nazlan Idris menyatakan PUNB turut mengambil kira keperluan untuk moratorium bagi mereka yang tertentu di mana para usahawan boleh datang ke PUNB untuk berbincang apa keperluan dari segi moratorium itu, jangka masa dan sebagainya.

We Value Your Feedback!

    Question 1

    Overall Experience:

    How would you rate your overall experience on our website?

    Question 2

    Finding Information:

    How easy was it to find the information you were looking for?

    Question 3

    Helpful Section:

    Which part of our website was the most helpful for you?

    Question 4

    Website Expectations:

    Did our website meet your expectations?

    Question 5

    Likelihood to Return:

    How likely are you to return to our website in the future?