Kategori: X-tra

Satu Program Taklimat bersama Usahawan Jerantut telah diadakan pada 18 Disember 2021 bertempat di Asia Camp Resort, Taman Negara, Pahang yang dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris.

PUNB juga turut memberi sumbangan kepada PIBG SK Kuala Tahan, PIBG SMK Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Tahan, anak-anak yatim dan orang yang memerlukan.

Satu Majlis Sesi Dialog Pengerusi PUNB bersama Usahawan Pahang telah diadakan pada 17.12.2021 bertempat di Hotel Darul Makmur, Jerantut, Pahang yang dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Nazri Ngah, Pengerusi Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Pahang merangkap ADUN Pulau Tawar.Sesi dialog ini bertujuan untuk berkongsi idea dan pendapat serta membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh Rakan Usahawan PUNB Pahang.

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menyediakan pinjaman kepada usahawan Bumiputera daripada dana sehingga RM200 juta disalurkan kerajaan bagi membantu mereka kekal berdaya maju, selain pinjaman langsung daripada pelbagai dana disediakan Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah hampir RM11 bilion.

Lawatan kerja YB Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) ke Ibu Pejabat PUNB yang disambut oleh YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris, Pengerusi PUNB pada 2 Disember 2021. Turut hadir YB Tuan Muslimin Yahaya, Timbalan Menteri MEDAC, YBhg. Dato’ Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha MEDAC dan wakil dari Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan).

Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) sudah meluluskan pembiayaan sebanyak RM3.5 bilion kepada seramai 11,564 usahawan melibatkan 8,086 syarikat sejak ia ditubuhkan pada Julai 1991 sehingga Oktober 2021.

Jelas Ahmad Nazlan, PUNB bukan saja sebagai pemberi biaya tetapi juga sebagai pusat pembangunan keusahawanan yang mampu melahirkan usahawan terkemuka setanding dengan usahawan di peringkat antarabangsa.

Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) memperuntukkan RM100 juta menggunakan dana dalaman PUNB untuk inisiatif baharu, ‘Sustainable Accelerate Scheme’ (Skim Pecutan Mampan) (SUCCESS), bagi 200 Rakan Usahawan perbadanan sedia ada yang telah dikenal pasti.

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin berkata, inisiatif SUCCESS bagi memastikan kelangsungan dan kelestarian perniagaan usahawan dalam mendepani cabaran era pandemik serta fasa pemulihan ekonomi negara.

Temerloh Catering merupakan restoran ­berasaskan masakan ikan patin. “Kini, Temerloh Catering memiliki enam cawangan dan merancang untuk membuka tiga cawangan baharu di sekitar Lembah Klang pada tahun depan,” jelas Pengarah Urusan Temerloh Catering Sdn. Bhd., Khairul Izwandy Abdul Jazam.

1) Impressive Wood Sdn Bhd, sebuah syarikat Bumiputera yang membekalkan kayu getah serta menghasilkan perabot kayu.

2) Ikfa Wawasan Enterprise, menjalankan perniagaan menjual pintu daripada pelbagai jenis kayu seperti merpauh, nyatoh dan lain-lain.

3) Kristal Agro, Sulaiman & Rokiah Enterprise dan HNH Construction & Services.

Kempen ‘Maju Bersama’ anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-30 PUNB.

Tujuan kempen ini dilancarkan adalah untuk menyemarakkan semangat usahawan-usahawan Bumiputera untuk terus Maju Bersama PUNB dalam situasi semasa yang mencabar.

Ikuti perkembangan kempen ‘Maju Bersama’ PUNB untuk mendapatkan pelbagai maklumat yang boleh manfaatkan perniagaan anda!

Ketahui lebih lanjut tentang kempen ini di: www.punb.com.my

“Pemberian moratorium bagi tempoh Januari hingga Disember 2021 ini diharap mampu memberi manfaat kepada hampir 3,300 syarikat Rakan Usahawan PUNB dengan nilai berjumlah RM118.51 juta,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif, Izwan Zainuddin.

Tambah beliau, penambahbaikan tersebut dibuat ke atas pelaksanaan moratorium sebelum ini yang hanya melibatkan pembayaran prinsipal dan tawaran diskaun 50 peratus bagi sewa premis perniagaan.

We Value Your Feedback!

    Question 1

    Overall Experience:

    How would you rate your overall experience on our website?

    Question 2

    Finding Information:

    How easy was it to find the information you were looking for?

    Question 3

    Helpful Section:

    Which part of our website was the most helpful for you?

    Question 4

    Website Expectations:

    Did our website meet your expectations?

    Question 5

    Likelihood to Return:

    How likely are you to return to our website in the future?