Kategori: X-tra

Hari kedua delegasi PUNB di Pakistan Agri Expo 2022, Lahore, Pakistan, 19 Jun 2022.

Lawatan selama dua hari ini memberi peluang kepada Rakan Usahawan PUNB untuk meluaskan rangkaian perniagaan dan membuat padanan perniagaan dengan pempamer yang menyertai ekspo tersebut.

Pakistan Agri Expo 2022 telah disertai 150 pempamer terdiri daripada syarikat tempatan dan luar negara. Ekspo ini turut dihadiri 70 delegasi luar negara serta 2,000 pengusaha pertanian dan hortikultur.

Pengerusi PUNB, YB Dato’ Hj Ahmad Nazlan Idris mengetuai lawatan delegasi PUNB ke Pakistan Agri Expo 2022 di Lahore, Pakistan pada 18 Jun 2022.

Turut hadir Encik Izwan Zainuddin, Ketua Eksekutif PUNB, YBrs. Deddy Faisal Ahmad Salleh, ‘Charge d Affaire’ Pesuruhjaya Tinggi Kedutaan Malaysia di Islamabad, Pakistan dan delagasi daripada kumpulan pengurusan serta Rakan Usahawan PUNB, Palace Butcher Resources Sdn Bhd, Smart Food Venture Networking Sdn Bhd, Puncak RM Sdn Bhd, Suffy Diary Group Sdn Bhd, Fieldmart Sdn Bhd, Mya Padu Enterprise, Airaz Technologies Sdn Bhd dan Siti Khadijah Sdn Bhd.

Pada lawatan tersebut, Rakan Usahawan PUNB mengadakan padanan perniagaan bersama usahawan Pakistan dan program diakhiri dengan majlis perasmian.

Lawatan Pengerusi PUNB, YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris ke Pejabat Satelit Ipoh, Perak dan premis perniagaan Rakan Usahawan PUNB Perak, Suffy Dairy Group Sdn Bhd, Rizqan Frozen Food Sdn Bhd, Inflow Global Marketing (M) Sdn Bhd dan Gading Kencana Sdn Bhd pada hari ini.

Lawatan Pengerusi PUNB, YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris ke Pejabat PUNB Wilayah Utara dan premis perniagaan Rakan Usahawan PUNB Pulau Pinang, FZI Advance Ventures, Sinar Plastic Technology Sdn Bhd dan Puncak Utama Sdn Bhd pada 7 dan 8 Jun 2022.

Lawatan rasmi Persatuan Usahawan Automotif PROSPER Malaysia (AUTOPRO) ke Ibu Pejabat PUNB disambut oleh YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris, Pengerusi PUNB; Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB; Encik Abdul Jammi Abdul Karim, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PUNB merangkap Penaung AUTOPRO dan Pegawai daripada Jabatan Pembiayaan Perniagaan.

Turut hadir pada lawatan hari ini ialah Encik Zakariah Ahmad, Penasihat AUTOPRO dan Encik Karim Haji A Rahman, Pengerusi AUTOPRO serta Ahli Jawatankuasa AUTOPRO.

Majlis Hari Raya Persatuan Usahawan Automotif PROSPER Malaysia (AUTOPRO) yang berlangsung pada hari ini di premis Rakan Usahawan PUNB, Perodua Body & Paint Centre Mesizaman Auto (M) Sdn Bhd di Masjid Tanah, Melaka.Turut hadir Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB bagi merasmikan pembukaan Perodua Body & Paint Centre Mesizaman Auto (M) Sdn Bhd.

Lawatan Pengerusi PUNB, YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris ke Pejabat Satelit Kota Bharu dan premis perniagaan Rakan Usahawan PUNB, Ayam Putih Sdn Bhd, Akademi Memandu Nasrom Sdn Bhd serta Berkat Group Resources di Kota Bharu pada hari ini. Pada lawatan ini, YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan turut berkesempatan merasmikan cawangan pertama kedai tayar jenama Timsum milik Berkat Group Resources di Kota Bharu, Kelantan.

Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) bersedia membantu usahawan di bawahnya yang terjejas akibat kenaikan harga barang yang tidak menentu ketika ini.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata pihaknya bersedia mendengar permasalahan usahawan dengan membantu bersama-sama mencari jalan untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Lawatan Pengerusi PUNB, YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris ke Pejabat PUNB Wilayah Pantai Timur dan premis perniagaan Rakan Usahawan PUNB, AZ Continental Centre Sdn Bhd, Kedai Emas Le Long Maya Sdn Bhd serta Tokku Leko Sdn Bhd di Kuala Terengganu pada 22 Mei 2022.

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) kini melaksanakan pelbagai inisiatif dalam memastikan pihaknya terus komited membantu para usahawan yang masih memerlukan bantuan.

Pengerusi PUNB, Datuk Ahmad Nazlan Idris menyatakan PUNB turut mengambil kira keperluan untuk moratorium bagi mereka yang tertentu di mana para usahawan boleh datang ke PUNB untuk berbincang apa keperluan dari segi moratorium itu, jangka masa dan sebagainya.

We Value Your Feedback!

    Question 1

    Overall Experience:

    How would you rate your overall experience on our website?

    Question 2

    Finding Information:

    How easy was it to find the information you were looking for?

    Question 3

    Helpful Section:

    Which part of our website was the most helpful for you?

    Question 4

    Website Expectations:

    Did our website meet your expectations?

    Question 5

    Likelihood to Return:

    How likely are you to return to our website in the future?