Kategori: Malay

Kunjungan hormat YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris, Pengerusi PUNB ke atas YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada hari ini di Sama-Sama Hotel, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Turut hadir adalah Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB dan kumpulan pengurusan MAHB.

Kunjungan hormat YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris, Pengerusi PUNB kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari ini di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Turut hadir adalah Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB.

PUNB bersama Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan Program CSR di empat buah kampung di Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang pada Jumaat, 15 Julai 2022.

Sumbangan disampaikan kepada JPKK kampung, masjid dan PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) di Kampung Gusai, Kampung Bantal dan Kampung Kuala Sat.

Di Kampung Orang Asli Bengoi pula, PUNB menyumbangkan barangan keperluan kepada 30 keluarga dan beg sekolah kepada 25 murid orang asli, manakala Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), agensi di bawah JPM turut menyumbangkan pakaian dan kasut sekolah.

Sumbangan disampaikan oleh YBhg. Datuk Mohammad Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), JPM bersama YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris, Pengerusi PUNB, Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, kumpulan pengurusan PUNB dan wakil Jabatan Perdana Menteri.

PUNB bersama Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyampaikan sumbangan barang keperluan kepada penduduk Kampung Orang Asli Tabong, Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang pada hari ini.

Sumbangan disampaikan oleh Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, kumpulan pengurusan PUNB dan wakil Jabatan Perdana Menteri.

Majlis Penyerahan Van Sumbangan PUNB kepada Maahad Tahfiz Qiraat An-Nur di Kampung Bukit Puas, Jerantut, Pahang pada 14 Julai 2022.

Sumbangan disampaikan oleh Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif kepada Encik Abdul Rafid Fatteh Mohammed, Pengerusi Maahad Tahfiz Qiraat An-Nur.

Turut hadir adalah YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris, Pengerusi PUNB, Pengurusan PUNB dan Maahad Tahfiz Qiraat An-Nur serta wakil Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perdana Menteri.

Dengan kos sara hidup pada masa kini yang kian meningkat terutama bagi mereka yang menetap di bandar besar, bukanlah sesuatu perkara yang baru jika ada individu yang melakukan dua hingga tiga pekerjaan sampingan pada satu masa seperti pemandu GrabCar dan menjalankan perniagaan dalam talian selain pekerjaan utama mereka di pejabat.

Di samping dapat menambah pendapatan bulanan, kesungguhan ini juga bertujuan menyahut saranan Kerajaan untuk mempunyai lebih daripada satu sumber pendapatan bagi meringankan bebanan kewangan.

Ramai mengharapkan keuntungan yang besar namun tidak ramai yang mampu mengeluarkan modal yang banyak bagi memulakan sesuatu perniagaan. Jadi, apakah antara jenis pekerjaan dan perniagaan yang memerlukan modal rendah namun masih memberikan pulangan yang lumayan? Mari kita lihat:

Pembeli-belah Peribadi

Anda gemar mencuci mata? Tidak penat menghabiskan masa berjam-jam di pusat beli-belah fizikal atau maya? Sudah tentu ini perniagaan yang terbaik untuk orang seperti anda. Pembeli-belah peribadi ialah seseorang yang akan menguruskan segalanya, daripada proses pembelian dan pembungkusan, hinggalah proses penghantaran barang.

Pelanggan hanya perlu memberikan pautan laman sesawang atau spesifikasi beserta gambar yang menjual barangan dikehendaki kepada anda dan tunggu barangan idaman mereka sampai ke pintu rumah dalam masa tiga atau empat hari (Andalah yang membantu mereka mendapatkan barangan tersebut!).

Perkhidmatan ini sangat diperlukan pada masa kini dek kesibukan warga kota bekerja dan menguruskan rumah tangga terutama golongan ibu yang bekerjaya. Sememangnya mereka kesempitan masa untuk keluar membeli-belah.

Masa lapang pula kebiasaannya diperuntukkan untuk dihabiskan di rumah bersama insan tersayang berbanding bersesak di pusat beli-belah atau mengharungi kesesakan lalu lintas, lebih-lebih lagi pada waktu cuti hujung minggu.

Nota: Profesion ini mempunyai golongan klien yang sangat spesifik. Oleh itu, anda perlu membuat kajian pasaran dengan teliti terlebih dahulu untuk menentukan kewujudan permintaan yang mampan.

Guru Peribadi

Sekiranya anda mempunyai minat, bakat dan kelayakan untuk mengajar, inilah perniagaan yang paling sesuai untuk anda. Selain dapat dijalankan pada waktu senggang (malam atau hujung minggu), kos yang diperlukan sangat minimum, yakni, hanya untuk pengangkutan dan keperluan alat tulis. Kos lain seperti buku latihan dan buku rujukan adalah di bawah tanggungan pelanggan.

Bayaran bagi seorang guru peribadi juga agak lumayan iaitu bermula daripada RM30 hingga RM200 sejam, namun harus diingat! Ia bergantung kepada pengalaman, subjek yang diajar, tempoh pembelajaran serta tahap pembelajaran (rendah, menengah atau universiti). Anda boleh mengenakan bayaran lebih jika boleh memberi jaminan anak didikan anda akan memperoleh keputusan yang cemerlang.

Jika anda kurang yakin untuk memulakan perniagaan ini, anda boleh menimba pengalaman sebagai guru tuisyen sementara di mana-mana pusat tuisyen berdekatan terlebih dahulu. Dengan cara ini, anda boleh membina keyakinan diri.

Ada guru peribadi yang dituduh ‘mencuri’ pelajar daripada pusat tuisyen selepas bekerja sementara sebagai guru tuisyen. Hah! Biar apa jua halnya, janganlah pula berbuat begitu. Nanti dilabel tidak beretika pula.

Penulis Kandungan Bebas

Penulisan kandungan secara bebas merupakan sebuah perkhidmatan yang mampu memberikan pulangan yang amat lumayan. Pendapatan daripada sebuah projek penulisan buku bebas boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit sebulan.

Selain penulis buku, penulis bebas dan penulis siluman (ghost writer) juga diperlukan untuk pelbagai projek, seperti penulisan ucapan, makalah atau rencana, artikel majalah dan akhbar serta kandungan laman sesawang.

Dengan bantuan teknologi masa kini, proses untuk mendapatkan pelanggan serta bahan-bahan rujukan untuk penulisan sangat mudah. Apakah pula modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan ini? Anda cuma perlu mempunyai ilmu dalam bidang penulisan dan minat yang mendalam. Mudah, bukan?

Bidang ini juga amat sesuai bagi mereka yang mempunyai ilmu dan pengalaman dalam bidang-bidang teknikal seperti kewangan, kejuruteraan, penyelidikan sains dan agama. Jika anda dapat mencipta kelas tersendiri, nescaya masa depan anda sebagai penulis kandungan cerah.

Penterjemah

Berbeza dengan penulis kandungan bebas yang perlu melakukan proses penyelidikan untuk menghasilkan kandungan sendiri, penterjemah hanya perlu menterjemah kandungan sedia ada daripada bahasa tulisan asal ke bahasa lain yang diperlukan.

Penterjemah boleh dibayar mengikut jumlah perkataan teks asal atau secara pukal, mengikut bilangan muka surat. Bayaran yang diterima oleh seseorang yang menceburi bidang ini juga tidak kurang hebatnya.

Seorang penterjemah profesional mampu membeli sebuah kenderaan serba guna (MPV) secara tunai selepas menerima bayaran projek penterjemahan hanya untuk sebuah buku! Selain ilmu berkaitan terjemahan, bidang ini juga memerlukan daya fokus yang sangat tinggi serta penguasaan menyeluruh bahasa asal dan bahasa terjemahan sasaran.

Ejen Takaful

Anda berminat untuk bertemu dengan orang ramai, bermulut manis dan mahukan pendapatan yang tidak terhad? Perniagaan ini sangat sesuai untuk anda. Walaupun kebiasaannya seorang ejen takaful tiada gaji pokok dan hanya bergantung pada komisen, pulangan yang diterima sangat lumayan, namun harus diingat! Ia haruslah berdasarkan jumlah peratusan jualan anda.

Ramai yang memilih bidang ini sebagai sumber pendapatan sampingan dan ada yang menjadikannya sebagai sumber rezeki utama untuk menyara kehidupan sebagai ejen takaful. Selain memiliki kebebasan waktu bekerja, mereka juga bebas bercuti pada bila-bila masa yang diinginkan. Geram pula mendengarnya!

Kesimpulan

Selain daripada pekerjaan dan perniagaan yang disenaraikan di atas, anda juga boleh mempertimbangkan pilihan lain seperti pembuat kek (satu pilihan yang sangat popular) dan pereka bentuk grafik jika mempunyai kemahiran dan keyakinan.

Oleh itu, eloklah sekiranya anda mula meneroka minat anda sekarang. Adakah terdapat pekerjaan di atas yang menarik serta bersesuaian dengan anda? Tepuk dada, tanyalah selera. Tidak kiralah apa jua minat anda, ia boleh mendatangkan pendapatan sampingan yang lumayan. Dengan modal yang minimum, tidak mustahil untuk anda menjana pendapatan bulanan yang selesa.

GENIUS AULAD INTERNATIONAL GROUP SDN BHD – Rakan Usahawan PUNB

Pengasas kepada Genius Aulad International Group Sdn Bhd, Puan Zaliza Alias sungguh tidak menyangka langkah berani beliau untuk meninggalkan kerjaya sebagai pensyarah sepenuh masa dan membuka sebuah pusat pendidikan awal kanak-kanak membuahkan hasil yang membanggakan. Melalui jenama Genius Aulad, pusat pendidikan ini telah berkembang sehingga mampu menjadi antara pilihan utama jenama pendidikan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Indonesia sehingga hari ini.

“Ini adalah perjuangan saya sebagai seorang pendidik. Saya mahukan sebuah pusat pendidikan yang mampu memberi impak kepada perkembangan diri kanak-kanak selain menyediakan keperluan pendidikan berkualiti yang berterusan untuk mereka,” kata Zaliza. Matlamat Genius Aulad adalah kemenjadian diri seseorang itu pada masa hadapan selain ingin membentuk sebuah generasi yang bukan sahaja celik intelek, malah juga memiliki sifat peribadi cemerlang setelah tamat pembelajaran.

Setiap kanak-kanak di pusat pendidikan Genius Aulad bukan sahaja dididik dengan pendidikan ilmiah tetapi turut didedahkan dengan kemahiran berkomunikasi dengan rakan sebaya selain turut diajar tentang kebaikan dan keburukan bagi setiap tindakan yang diambil. Ini secara tidak langsung merangsang minda mereka dan dapat membina keyakinan diri agar tidak kekok berhadapan dengan masyarakat apabila meningkat dewasa.

Selain modul pembelajaran sedia ada, Genius Aulad turut memastikan setiap pusat pendidikannya merupakan sebuah tempat yang selesa dan selamat untuk setiap individu. “Ciri-ciri keselamatan dan kesihatan amat dititik beratkan memandangkan berurusan dengan kanak-kanak memerlukan perhatian yang lebih bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini,” tambah Zaliza.

Dalam usaha untuk membentuk keperibadian yang baik, Genius Aulad turut mengadakan beberapa program yang melibatkan masyarakat setempat termasuklah ibu bapa pelajar itu sendiri. Melalui program seperti ‘First We Need Love’, setiap cawangan pusat pendidikan mengadakan aktiviti bersama komuniti setempat seperti kerja pembersihan dan program bercerita agar pelajar terdedah dengan aktiviti kemasyarakatan selain mengeratkan lagi hubungan antara komuniti dengan pusat Genius Aulad. 

Selain itu juga, Genius Aulad turut mengadakan program ‘Student Parent Activities’ (SPA) di mana ibu bapa para pelajar akan hadir ke sekolah dan merasai pengalaman selama satu hari sebagai seorang guru. Melalui aktiviti seperti ini, ibu bapa dapat memahami proses pembelajaran yang diterapkan dan matlamat pendidikan yang cuba disampaikan kepada anak-anak selain kepentingan memiliki keputusan pelajaran yang bagus, tetapi juga menyemai kemahiran-kemahiran lain yang bermanfaat untuk diterapkan dalam kehidupan seharian. “Antara aktiviti SPA yang kami jalankan adalah seperti cara perapian diri bagi anak-anak, nampak mudah namun ramai dalam kalangan ibu bapa yang kurang mengambil perhatian perkara ini dan Alhamdulillah, sambutan dari mereka amat menggalakkan,” jelas Zaliza.

Sepanjang penutupan sekolah akibat penularan COVID-19 tidak menghalang Zaliza dan pasukannya meneruskan aktiviti kemasyarakatan. Bersama dengan ibu bapa para pelajar, beliau telah mengadakan sebuah program melukis yang menggambarkan aktiviti para pelajarnya sepanjang berada di rumah selain mengikuti pembelajaran secara dalam talian. Setiap lukisan yang terhasil dilelongkan dan hasil kutipan yang diperolehi dijadikan sumbangan untuk membeli peralatan perubatan di Hospital Sungai Buloh. Kesemua aktiviti yang dijalankan sudah pastinya dapat memupuk sifat positif kepada para pelajar dan diharap menjadikan mereka insan yang berguna bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga kepada masyarakat. 

Tidak dinafikan kerjaya dalam bidang pendidikan terutama pendidikan awal kanak-kanak lebih cenderung kepada wanita. Justeru, sebagai seorang usahawan dan wanita, Zaliza ingin menguatkan lagi penguasaan wanita dalam bidang berkaitan agar lebih ramai golongan ini dapat menjadi penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi masyarakat. Selain itu, misi Zaliza juga kini sedang bergerak ke arah global dengan memperluaskan lagi khidmat modul pendidikan ke negara seperti Qatar disamping ingin meningkatkan lagi strategi dan modul pembelajaran serta struktur kerja sedia ada agar dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih mantap.

“Pendidikan adalah keutamaan, perniagaan hanyalah kenderaan yang menggerakkan pendidikan. Jangan kita jadikan pendidikan untuk mengejar keuntungan perniagaan kerana pendidikan adalah untuk selamanya,” nasihat Zaliza mengakhiri temubual.

Pada hari keenam, 23 Jun 2022, delegasi PUNB di Pakistan mengadakan kunjungan hormat ke Sialkot Chamber of Commerce & Industry (SCCI) yang disambut oleh Sheikh Zohaib Rafique Sethi, Timbalan Presiden Kanan dan ahli SCCI.

Delegasi PUNB juga mengadakan lawatan industri ke Silver Star Enterprises dan Elmed Instruments di Sialkot, Pakistan. Silver Star Enterprises diwakili oleh Jahangir Iqbal, Ketua Pegawai Eksekutif dan Elmed diwakili oleh Baber Iqbal, Ketua Pegawai Eksekutif.

Antara perkara yang dibincangkan dalam kunjungan tersebut ialah mengenai peluang perniagaan dan potensi kerjasama antara Rakan Usahawan PUNB dan usahawan di Sialkot, Pakistan.

Pada hari kelima, 22 Jun 2022, delegasi PUNB di Pakistan mengadakan kunjungan hormat ke Faisalabad Industrial Estate Development & Management Company (FIEDMC). FIEDMC diwakili oleh Manver Javed Ali, Ketua Pegawai Eksekutif dan ahli FIEDMC.

Delegasi PUNB juga mengadakan lawatan industri ke Gohar Textile Mills dan Klash Textile Private Limited, antara industri tekstil terbesar di Pakistan. Gohar Textile Mills diwakili oleh Alta Gohar, Pengurus Besar dan Klash Textile Private Limited diwakili oleh Farrah Khan, Pengarah.

Antara perkara yang dibincangkan dalam kunjungan tersebut ialah mengenai peluang perniagaan dan potensi kerjasama antara Rakan Usahawan PUNB dan usahawan di Faisalabad, Pakistan.

Malaysian delegation has earlier visited Pakistan Agri Expo 2022 in Lahore and now Faisalabad to identify new suppliers for Malaysian markets. Among the matters discussed during the visit were business opportunities and potential cooperation between PUNB Entrepreneur Partners and entrepreneurs in Faisalabad, Pakistan.

In addition, it also provides an opportunity for PUNB Entrepreneur Partners to expand their business network and make business matching with exhibitors participating in the expo.

We Value Your Feedback!

    Question 1

    Overall Experience:

    How would you rate your overall experience on our website?

    Question 2

    Finding Information:

    How easy was it to find the information you were looking for?

    Question 3

    Helpful Section:

    Which part of our website was the most helpful for you?

    Question 4

    Website Expectations:

    Did our website meet your expectations?

    Question 5

    Likelihood to Return:

    How likely are you to return to our website in the future?