{"id":4494,"date":"2023-04-25T16:42:00","date_gmt":"2023-04-25T16:42:00","guid":{"rendered":"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/?p=4494"},"modified":"2023-04-25T16:42:00","modified_gmt":"2023-04-25T16:42:00","slug":"rakan-usahawan-punb-kapten-batik-m-sdn-bhd","status":"publish","type":"usahawanasional","link":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/usahawanasional\/rakan-usahawan-punb-kapten-batik-m-sdn-bhd\/","title":{"rendered":"Kapten Batik Beri Sentuhan Batik Moden dan Kontemporari"},"content":{"rendered":"<p><strong>KAPTEN BATIK (M) SDN BHD \u2013 Rakan Usahawan PUNB<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Batik merupakan identiti warisan bangsa yang sinonim dengan negeri pantai timur di Malaysia, khususnya di Terengganu dan Kelantan. Secara umumnya, pemakaian batik telah menjadi sebahagian daripada budaya di Malaysia kerana ia sering dipakai dalam majlis-majlis rasmi dan keramaian.&nbsp;&nbsp; Seiring peredaran zaman dan peralihan generasi, batik kini telah diperhalusi menjadi lebih moden bagi memenuhi cita rasa masyarakat semasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Kehadiran pereka fesyen duo iaitu Ekram Faiz dan Farhan Omar dalam memartabat warisan seni batik Malaysia ternyata berjaya menambat hati masyarakat dengan mengetengahkan corak dan rekaan moden yang eksklusif. Perjalanan mereka bermula apabila Kapten Batik ditubuhkan pada Mac 2017 dengan hasrat untuk menjadikan batik sebagai pakaian harian yang boleh digayakan pada bila-bila masa dan untuk pelbagai acara. Pengalaman bercuti ke beberapa negara telah memberi inspirasi untuk menghasilkan motif batik moden kontemporari yang kemudiannya diadaptasi pada fabrik mengikut potongan <em>Tailored Fit<\/em>, <em>Custom Slim<\/em> <em>Fit<\/em> dan <em>Modern Fit,<\/em> sesuai dengan cita rasa generasi muda sekali gus mampu menarik minat pelbagai masyarakat untuk menggayakannya.&nbsp;&nbsp;<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-large is-resized\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" src=\"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/05\/KB-1-1024x773.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-4495\" width=\"619\" height=\"468\" srcset=\"https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/05\/KB-1-1024x773.jpg 1024w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/05\/KB-1-300x226.jpg 300w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/05\/KB-1-768x580.jpg 768w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/05\/KB-1.jpg 1285w\" sizes=\"(max-width: 619px) 100vw, 619px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n<p>Kapten Batik tekad untuk mengubah tanggapan masyarakat, khususnya kaum lelaki, tentang pakaian batik yang tradisional ke premium dan moden eksklusif. Menurut Ekram, untuk memanifestasikan hasrat ini, Kapten Batik amat mementingkan kualiti setiap produk yang dihasilkan bermula dari pemilihan fabrik yang kebanyakan ditempah khas dari Indonesia dan India. Proses penghasilan rekaan yang teliti amat diutamakan bertepatan dengan harga jualan sasaran bermula dari RM100 sehingga RM700.<\/p>\n\n\n\n<p>Sudah menjadi adat berniaga, pasti akan ada cabaran dan ujian yang perlu dilalui. \u201cCabaran dalam berniaga adalah lumrah dan Kapten Batik tidak terlepas daripadanya. Tatkala penularan pandemik Covid-19, Kapten Batik diuji apabila kerajaan mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan dan semua perniagaan diarahkan tutup demi keselamatan masyarakat. Pada waktu itu kami telah menyiapkan koleksi lebaran tahun 2020. &nbsp;Namun, di sebalik kesulitan itu merupakan satu titik tolak kepada Kapten Batik untuk berada dalam talian,\u201d ujar Farhan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-media-text alignwide is-stacked-on-mobile\" style=\"grid-template-columns:47% auto\"><figure class=\"wp-block-media-text__media\"><img decoding=\"async\" width=\"725\" height=\"968\" src=\"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/05\/KB-2-1.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-4497 size-full\" srcset=\"https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/05\/KB-2-1.jpg 725w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/05\/KB-2-1-225x300.jpg 225w\" sizes=\"(max-width: 725px) 100vw, 725px\" \/><\/figure><div class=\"wp-block-media-text__content\">\n<p>Bagi memastikan koleksi tersebut terjual, Kapten Batik mula mempromosi secara dalam talian menerusi beberapa platform digital seperti laman rasmi syarikat, aplikasi WhatsApp, Facebook dan Instagram. \u201cNasib menyebelahi kami kerana kebetulan pada masa itu trend pembelian secara dalam talian mengalami peningkatan mendadak. Alhamdulillah, sejak itu jenama Kapten Batik semakin dikenali hinggakan ada yang mula menawarkan untuk menjadi ejen atau <em>dropship<\/em>. Namun begitu, kami sepakat untuk tidak menggunakan konsep tersebut kerana ingin mengukuhkan jenama Kapten Batik dalam kelas tersendiri. Meskipun demikian, Kapten Batik membuka peluang kepada usahawan yang berminat dalam perniagaan francais namun bergantung kepada pemilihan lokasi,\u201d tambah Farhan.<\/p>\n<\/div><\/div>\n\n\n\n<p>Melihatkan kepada kejayaan yang dikecapi, sejak dari itu mereka memutuskan untuk lebih aktif mempromosi Kapten Batik secara dalam talian. Strategi lain yang dilakukan untuk mempromosi Kapten Batik adalah menyertai bazar hujung minggu di pusat membeli-belah yang melibatkan barisan selebriti tempatan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-media-text alignwide has-media-on-the-right is-stacked-on-mobile\" style=\"grid-template-columns:auto 52%\"><div class=\"wp-block-media-text__content\">\n<p>Berbicara tentang perancangan masa hadapan pula, kedua-dua rakan kongsi ini ingin mensasarkan pembukaan tiga lagi cawangan Kapten Batik iaitu di KLIA pada penghujung Ogos, Tun Razak Exchange (TRX) dan Menara PNB 118 pada suku keempat tahun ini. Sehingga kini, Kapten Batik telah memiliki sebanyak tujuh kedai di pusat beli belah terkemuka Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang. Selain itu, Kapten Batik juga berhasrat untuk tembusi pasaran antarabangsa seperti Singapura dan London.<\/p>\n<\/div><figure class=\"wp-block-media-text__media\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"758\" src=\"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/05\/KB-3-1024x758.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-4498 size-full\" srcset=\"https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/05\/KB-3-1024x758.jpg 1024w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/05\/KB-3-300x222.jpg 300w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/05\/KB-3-768x569.jpg 768w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/05\/KB-3.jpg 1283w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Bukan itu sahaja, Kapten Batik menetapkan untuk mengeluarkan tiga koleksi baharu setiap tahun iaitu pada Mac, Jun dan Julai, selain musim perayaan. &nbsp;\u201cUntuk tahun ini, Kapten Batik mendapat inspirasi menghasilkan rekaan daripada bangunan ikonik di Malaysia tetapi masih mengekalkan warisan batik itu sendiri,\u201d jelas Farhan lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Ekram dan Farhan tidak lokek berkongsi tip kepada usahawan lain dengan menyatakan bahawa usahawan perlu lebih kreatif dan sentiasa memikirkan strategi bagi memajukan perniagaan. Selain itu, para usahawan perlu berani dan tahu saingan dalam pasaran untuk mencapai matlamat dalam perniagaan.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KAPTEN BATIK (M) SDN BHD \u2013 Rakan Usahawan PUNB Batik merupakan identiti warisan bangsa yang sinonim dengan negeri pantai timur di Malaysia, khususnya di Terengganu dan Kelantan. Secara umumnya, pemakaian batik telah menjadi sebahagian daripada budaya di Malaysia kerana ia sering dipakai dalam majlis-majlis rasmi dan keramaian.&nbsp;&nbsp; Seiring peredaran zaman dan peralihan generasi, batik kini [&hellip;]<\/p>","protected":false},"author":1,"featured_media":4839,"parent":0,"menu_order":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","template":"","usahawanasional_tag":[1209,1271,1455,1478,1490,1567],"usahawanasional_category":[1136,1374],"class_list":["post-4494","usahawanasional","type-usahawanasional","status-publish","has-post-thumbnail","hentry","usahawanasional_tag-business","usahawanasional_tag-entrepreneur","usahawanasional_tag-perniagaan","usahawanasional_tag-punb","usahawanasional_tag-rakanusahawanpunb","usahawanasional_tag-usahawan","usahawanasional_category-kisah-kejayaan","usahawanasional_category-malay"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional\/4494","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional"}],"about":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/usahawanasional"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4494"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional\/4494\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4839"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4494"}],"wp:term":[{"taxonomy":"usahawanasional_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional_tag?post=4494"},{"taxonomy":"usahawanasional_category","embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional_category?post=4494"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}