{"id":3805,"date":"2022-02-16T15:41:00","date_gmt":"2022-02-16T15:41:00","guid":{"rendered":"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/?p=3805"},"modified":"2022-02-16T15:41:00","modified_gmt":"2022-02-16T15:41:00","slug":"4-cara-elak-pelanggan-lari","status":"publish","type":"usahawanasional","link":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/usahawanasional\/4-cara-elak-pelanggan-lari\/","title":{"rendered":"4 Cara Elak Pelanggan Lari!"},"content":{"rendered":"<p>Pelanggan yang setia adalah mereka yang kembali membeli produk\natau menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan dalam sesebuah perniagaan. Bukan\nsekali, malah berulang kali kerana berpuas hati dengan sesuatu produk dan perkhidmatan.\nMalah, golongan ini juga merupakan \u2018bonus\u2019 kepada peniaga melalui testimoni\nbaik yang diberikan sama ada secara perbualan mulut ke mulut mahupun di platform\nmedia sosial. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak dinafikan, bukan mudah untuk mengekalkan kesetiaan pelanggan\nmemandangkan kini mereka mempunyai\nbanyak pilihan dalam pasaran pelbagai platform. Sebagai usahawan, anda perlu\nmempunyai strategi untuk membina dan memastikan kepercayaan serta hubungan baik\ndengan pelanggan secara berterusan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimana untuk tawan hati dan kekalkan\nkesetiaan mereka? 4 cara ini boleh membantu:<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Promosi<br \/> <\/strong>Anda boleh mengadakan jualan promosi sekurang-kurangnya sebulan sekali sebagai tarikan selain untuk mengingatkan pelanggan akan jenama perniagaan anda. Melalui kaedah ini, anda juga boleh menawarkan diskaun tambahan bagi memberi kepuasan membeli kepada pelanggan agar mereka merasakan perlu merebut peluang keemasan ditawarkan. Ini dapat menarik perhatian pelanggan untuk kekal setia bersama syarikat anda dalam masa jangka panjang.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"1024\" src=\"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/05\/promotion-1024x1024.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-3806\" srcset=\"https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/05\/promotion-1024x1024.jpg 1024w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/05\/promotion-300x300.jpg 300w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/05\/promotion-150x150.jpg 150w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/05\/promotion-768x768.jpg 768w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/05\/promotion-1536x1536.jpg 1536w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/05\/promotion-2048x2048.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n<p><strong>Peraduan di media sosial<\/strong><strong><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Mengadakan peraduan secara dalam talian merupakan salah satu cara terkini dalam mengekalkan kesetiaan kepada pelanggan anda kerana ianya lebih mudah dan interaktif. Apa yang penting, anda perlu tahu tentang kehendak pelanggan sebelum muat naik peraduan di media sosial. Sebagai contoh, peraduan tersebut haruslah berkaitan dengan perniagaan anda, peraduan terbuka untuk pelanggan tetap supaya mereka berasa lebih berkepentingan, penyertaan terhad agar pelanggan tidak membuang masa untuk sertai dan hadiah yang ditawarkan pula harus bernilai. <\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"995\" src=\"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/05\/contest-1024x995.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-3807\" srcset=\"https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/05\/contest-1024x995.jpg 1024w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/05\/contest-300x292.jpg 300w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/05\/contest-768x747.jpg 768w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/05\/contest-1536x1493.jpg 1536w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/05\/contest.jpg 1903w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n<p><strong>Panggilan telefon<\/strong><strong><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Sebenarnya kuasa pemasaran melalui panggilan telefon telah lama digunakan dan ia masih relevan sehingga hari ini. Cara ini secara tidak langsung dapat membina hubungan lebih erat antara usahawan dan pelanggan. Sebagai contoh, anda membuat panggilan untuk bertanya pendapat tentang produk yang telah dibeli. Ini dapat membuat pelanggan berasa sangat dihargai apabila kepentingan dan maklum balas mereka diutamakan. Justeru, kepercayaan akan terus meningkat dan mereka akan terus menyokong produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"1024\" src=\"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/05\/phone-call-1024x1024.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-3808\" srcset=\"https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/05\/phone-call-1024x1024.jpg 1024w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/05\/phone-call-300x300.jpg 300w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/05\/phone-call-150x150.jpg 150w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/05\/phone-call-768x768.jpg 768w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/05\/phone-call-1536x1536.jpg 1536w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/05\/phone-call.jpg 2000w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n<p><strong>Menjaga kualiti produk dan perkhidmatan<\/strong><strong><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Untuk mengekalkan kesetiaan, anda perlu menjaga\nkualiti setiap produk dan perkhidmatan ditawarkan selain memberi pengalaman\npelanggan terbaik kepada setiap individu yang berurusan dengan perniagaan anda.\nFaktor ini amat penting kerana naluri seorang pelanggan sentiasa mahukan\nkualiti yang terbaik walaupun mereka sekadar bertanya dan tidak membuat\nsebarang pembelian. Jika produk berkualiti, secara tidak langsung dapat membina\nkeyakinan pelanggan seterusnya mewujudkan jaringan pelanggan yang setia.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pelanggan yang setia adalah mereka yang kembali membeli produk atau menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan dalam sesebuah perniagaan. Bukan sekali, malah berulang kali kerana berpuas hati dengan sesuatu produk dan perkhidmatan. Malah, golongan ini juga merupakan \u2018bonus\u2019 kepada peniaga melalui testimoni baik yang diberikan sama ada secara perbualan mulut ke mulut mahupun di platform media sosial. [&hellip;]<\/p>","protected":false},"author":1,"featured_media":3857,"parent":0,"menu_order":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","template":"","usahawanasional_tag":[],"usahawanasional_category":[1135,1374],"class_list":["post-3805","usahawanasional","type-usahawanasional","status-publish","has-post-thumbnail","hentry","usahawanasional_category-idea-niaga","usahawanasional_category-malay"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional\/3805","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional"}],"about":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/usahawanasional"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3805"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional\/3805\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3857"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3805"}],"wp:term":[{"taxonomy":"usahawanasional_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional_tag?post=3805"},{"taxonomy":"usahawanasional_category","embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional_category?post=3805"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}