{"id":3677,"date":"2022-01-24T16:41:00","date_gmt":"2022-01-24T16:41:00","guid":{"rendered":"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/?p=3677"},"modified":"2022-01-24T16:41:00","modified_gmt":"2022-01-24T16:41:00","slug":"suffy-dairy-pelopor-produk-susu-keluaran-muslim","status":"publish","type":"usahawanasional","link":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/usahawanasional\/suffy-dairy-pelopor-produk-susu-keluaran-muslim\/","title":{"rendered":"SUFFY DAIRY Pelopor Produk Susu Keluaran Muslim"},"content":{"rendered":"<p><strong>SUFFY DAIRY \u2013 Rakan Usahawan PUNB<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Siapa sangka idea untuk menceburi bidang perniagaan berasaskan susu tercetus apabila pemiliknya, Sofian bin Tajuddin mendapati ada dalam kalangan keluarga dan rakan-rakannya menyuarakan kesukaran untuk mendapatkan susu keluaran Muslim yang bersesuaian bagi golongan kanak-kanak. Bermula dari situ, bekas jurutera ini telah berusaha mencari kaedah dan formula susu terbaik untuk kanak-kanak. Ikuti temu bual bersama saudagar susu ini!<\/p>\n\n\n\n<p><strong>S:&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Ceritakan bagaimana\npermulaan anda <\/strong><strong>menceburi bidang<\/strong><strong> perniagaan?<br \/>\nJ:<\/strong>&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Sebelum saya menceburi bidang perniagaan, saya merupakan seorang jurutera\ndalam\nsektor &nbsp;perkilangan. Selepas lebih 18 tahun dalam bidang\nkejuruteraan, pada 2009 saya bersikap\nrealistik dengan membuat keputusan nekad berhenti kerja atas\ntiket <em>Volutery Surrender Scheme <\/em>(VSS) untuk menceburi bidang perniagaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya mencabar diri sendiri untuk mencuba\nsesuatu yang baru iaitu perniagaan tenusu, yang mana saya telah dapati sukarnya\nuntuk mendapatkan susu kanak-kanak keluaran Muslim. Ini kerana saya percaya\nbahawa perniagaan tenusu ini mampu\nberkembang maju dan mendapat permintaan tinggi. Akan tetapi, nasib tidak menyebelahi\nsaya apabila perniagaan yang saya\ntelah jalankan berakhir dengan kegagalan selepas tiga tahun beroperasi. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh yang demikian, pada 2012, saya telah memutuskan untuk bekerja \u2018makan gaji\u2019 semula sebagai seorang pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta. Di sinilah bermulanya langkah saya mempelajari tentang selok belok pemasaran, pembukaan pasaran baru dan teknik perniagaan. Segala ilmu yang diperolehi saya praktikkan sehinggalah tertubuhnya Suffy Dairy Group Sdn Bhd sehingga ke hari ini.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"226\" height=\"402\" src=\"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/Picture6.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-3680\" srcset=\"https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/Picture6.jpg 226w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/Picture6-169x300.jpg 169w\" sizes=\"(max-width: 226px) 100vw, 226px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n<p><strong>S: &nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Kongsikan <\/strong><strong>produk atau <\/strong><strong>perkhidmatan yang SUFFY\ntawarkan?<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>J:<\/strong> &nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Di\nSuffy Dairy Group, kami\nmengeluarkan produk susu formula berasaskan susu kambing dan lembu untuk\nkanak-kanak dan kini telah menambah produk tenusu, minuman tenaga dan coklat\nmalt untuk golongan dewasa dan warga emas juga. Semua produk keluaran muslim\nBumiputera di bawah jenama SUFFY dan mempunyai sijil HACPP dan halal Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara produk yang ditawarkan oleh SUFFY adalah\nBGenius (susu lembu untuk 1-3 tahun), Annis Nutritious (susu lembu untuk 1-3\ntahun), Suffy Goat (susu kambing untuk 1-3 tahun), Pure Goat (susu kambing\nuntuk 1-3+ tahun), Suffy Activated (minuman protein yang diperkaya dengan\nvitamin, mineral dan taurine untuk aktif bersukan) dan Fitt Up (serbuk minuman\nberperisa coklat yang sesuai untuk semua lapisan umur). <\/p>\n\n\n\n<p>Produk-produk ini boleh didapati secara dalam\ntalian di portal dan akaun rasmi Shopee SUFFY atau melalui ejen pengedar dan\npemborong di seluruh Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p><strong>S:&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Apakah keunikan produk\nkeluaran <\/strong><strong>SUFFY?<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>J:<\/strong>&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Keunikan produk SUFFY adalah penggunaan formula tertentu bagi setiap produk keluarannya. Bagi susu BGenius (susu lembu untuk 1-3 tahun), ia diformulasi dengan B3 iaitu <em>Brilliant<\/em> (mengandungi DHA yang merupakan antara kompenen utama dalam otak untuk membantu perkembangan otak kanak-kanak), <em>Boost<\/em> (dirumus istimewa dengan Prebiotik dari FOS dan Manna untuk membantu meningkatkan sistem penghadaman si manja) dan <em>Balance<\/em> (membantu memenuhi keperluan nutrisi seimbang yang membantu si manja membesar dengan lebih baik). Susu ini juga mempunyai khasiat tambahan sebenar daripada buah kurma dan juga madu.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" width=\"718\" height=\"840\" src=\"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/Picture1-1.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-3683\" srcset=\"https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/Picture1-1.jpg 718w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/Picture1-1-256x300.jpg 256w\" sizes=\"(max-width: 718px) 100vw, 718px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n<p>Manakala bagi SUFFY Goat yang merupakan susu kambing asli tanpa gula tambahan (sukrosa), ia diformulasikan dengan tambahan makanan-makanan sunnah dan berkhasiat seperti delima, madu, kurma dan kolagen rumpai laut. Ia mempunyai khasiat yang tinggi untuk membantu tumbesaran dan memperbaiki pelbagai masalah kesihatan.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" width=\"561\" height=\"723\" src=\"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/Picture3.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-3682\" srcset=\"https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/Picture3.jpg 561w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/Picture3-233x300.jpg 233w\" sizes=\"(max-width: 561px) 100vw, 561px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n<p>Bagi SUFFY Annis Nutritious pula, ia mempunyai formulasi Tri-Guide yang mengandungi campuran bahan-bahan istimewa seperti DHA, Prebiotik dari FOS, L-Lysine dan rantaian sederhana Triglyceride@MCT untuk menyokong meningkatkan perkembangan kanak-kanak terutamanya yang mempunyai perut sensitif dan kurang selera makan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"918\" height=\"689\" src=\"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/Picture7.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-3685\" srcset=\"https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/Picture7.jpg 918w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/Picture7-300x225.jpg 300w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/Picture7-768x576.jpg 768w\" sizes=\"(max-width: 918px) 100vw, 918px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>S:&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; <\/strong><strong>Bagaimana SUFFY melihat\npersaingan perniagaan pada hari ini?<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>J:<\/strong>&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Meskipun\nterdapat persaingan yang sengit\ndalam pasaran susu di Malaysia, saya melihat itu adalah sesuatu perkara yang\nsihat. Kunci utama adalah SUFFY sentiasa mencipta inovasi untuk mempelbagaikan\nlagi produk, mengekalkan kualiti yang terbaik untuk kepuasan pelanggan dan\npenggunaan teknik pemasaran yang kreatif untuk menarik perhatian pelanggan.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, SUFFY juga dalam usaha\nmelakukan penambahbaikan\npromosi dan pemasaran di platform media sosial bagi meningkatkan keupayaan\npenjualan yang lebih maksimum kerana kini boleh dikatakan semua orang mempunyai\nakaun media sosial dan penggunanya adalah dari pelbagai peringkat umur serta\ntanpa batas sempadan dan masa.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>S:&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Apakah cabaran <\/strong><strong>dan pencapaian terbesar\nSUFFY?<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>J:<\/strong>&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Meskipun pelbagai cabaran perlu dilalui sebelum\nmengecapi kejayaan, saya tidak pernah menyesal meneroka bidang yang dipilih. Antara cabaran terbesar dalam industri ini adalah pengawalan sumber dan harga bahan\nmentah utama iaitu susu. Adakalanya pengimport susu kambing SUFFY dari Belanda dan susu lembu dari New Zealand tidak mempunyai bekalan\nbahan mentah yang mencukupi dan kadar kenaikan harga yang tidak menentu.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala cabaran lain adalah SUFFY terpaksa\nberhenti mengeksport produk ke pasaran antarabangsa sejak penularan wabak\nCOVID-19. Mendalami proses mengeksport produk ke luar negara juga merupakan sebuah cabaran yang besar.\nSepanjang proses tersebut, banyak perkara yang perlu dipelajari dan difahami\nsebelum produk dieksport ke sesebuah negara. Sebagai contoh, syarat kemasukan\nproduk, harga serta kajian pasaran dan citarasa penduduk di negara berkenaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sememangnya bukan mudah untuk mengharungi\ncabaran yang mendatang, namun kejayaan tidak datang bergolek. Semuanya\nmemerlukan usaha dan semangat yang jitu. Berkat kegigihan tersebut, SUFFY\npernah memenangi beberapa anugerah antaranya Anugerah Digital Free Trade Zone (DFTZ)\nsebagai pengeksport kali pertama dan tersenarai dalam buku <em>Future of Asean,\n50 Success stories of Digitalisation of Asean MSMEs<\/em> pada 2018, Anugerah \u201cAsean Business Award\u201d (Digitalized MSME) 2019 di Bangkok yang merupakan satu-satunya wakil tunggal dari\nMalaysia dan Anugerah LANG\nINTERNATIONAL \u2013 <em>Corporate Titan Awards <\/em>2020. <\/p>\n\n\n\n<p><strong>S:&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Nasihat atau kata-kata\nsemangat kepada orang ramai yang ingin memulakan perniagaan yang sama?<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>J:<\/strong>&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Untuk\nmemulakan perniagaan yang sama, pastikan anda benar-benar minat dengan apa yang\nanda lakukan. Anda hendaklah melakukan kajian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menceburi\nbidang ini. Saya juga terbuka jika ada yang ingin\nmendapatkan tunjuk ajar dan\nnasihat bagi perniagaan seperti ini. Insha Allah.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SUFFY DAIRY \u2013 Rakan Usahawan PUNB Siapa sangka idea untuk menceburi bidang perniagaan berasaskan susu tercetus apabila pemiliknya, Sofian bin Tajuddin mendapati ada dalam kalangan keluarga dan rakan-rakannya menyuarakan kesukaran untuk mendapatkan susu keluaran Muslim yang bersesuaian bagi golongan kanak-kanak. Bermula dari situ, bekas jurutera ini telah berusaha mencari kaedah dan formula susu terbaik untuk [&hellip;]<\/p>","protected":false},"author":1,"featured_media":3678,"parent":0,"menu_order":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","template":"","usahawanasional_tag":[1198,1242,1474,1539],"usahawanasional_category":[1136,1374],"class_list":["post-3677","usahawanasional","type-usahawanasional","status-publish","has-post-thumbnail","hentry","usahawanasional_tag-bgenius","usahawanasional_tag-dha","usahawanasional_tag-produkmuslim","usahawanasional_tag-suffydairy","usahawanasional_category-kisah-kejayaan","usahawanasional_category-malay"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional\/3677","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional"}],"about":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/usahawanasional"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3677"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional\/3677\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3678"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3677"}],"wp:term":[{"taxonomy":"usahawanasional_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional_tag?post=3677"},{"taxonomy":"usahawanasional_category","embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional_category?post=3677"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}