{"id":3283,"date":"2021-02-26T02:03:31","date_gmt":"2021-02-26T02:03:31","guid":{"rendered":"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/?p=3283"},"modified":"2021-02-26T02:03:31","modified_gmt":"2021-02-26T02:03:31","slug":"kat-technologies-dakian-ke-mercu-kejayaan","status":"publish","type":"usahawanasional","link":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/usahawanasional\/kat-technologies-dakian-ke-mercu-kejayaan\/","title":{"rendered":"KAT Technologies Dakian ke Mercu Kejayaan"},"content":{"rendered":"<p><strong>KAT TECHNOLOGIES SDN BHD \u2013 Rakan Usahawan PUNB<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>YBhg Datuk Ir. (Dr) Khairol Anuar bin Mohamad Tawi merupakan usahawan Bumiputera yang semakin dikenali dalam dunia perniagaan dan keusahawanan di Malaysia. Beliau dilahirkan di Melaka dan merupakan anak sulung kepada pasangan Allahyarham Mohamad Tawi, seorang pesara askar dan Hajjah Kamisah, seorang suri rumah.<\/p>\n\n\n\n<p>Memiliki pendidikan yang cemerlang sejak di bangku sekolah, beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Cranfield Institute of Technology dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari University College of Swansea, United Kingdom. Pada tanggal 25 Julai 2015, beliau telah mencipta sejarah di mana beliau merupakan warganegara Malaysia yang pertama menerima penganugerahan <em>Doctorate in Science<\/em> di universiti yang sama. Pengiktirafan yang diterima telah menjadikan beliau lebih bersemangat dalam mengatur langkah merangka strategi kerjaya dan seterusnya dapat menyumbangkan tenaga kepada komuniti masyarakat. Penglibatan beliau secara aktif di dalam kerja-kerja amal dan sukarela telah melayakkan beliau untuk dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang bergelar Datuk di hari Keputeraan Tuan Yang Pertama Yang Dipertua Negeri Melaka ke-72 pada Oktober 2020.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau telah memulakan kerjaya di Telekom Malaysia pada tahun 1983 sebelum berkhidmat di Syarikat Kumpulan Sapura Holdings selama 14 tahun. Semasa berkhidmat di Sapura Holdings, beliau telah melancarkan perkhidmatan prabayar pertama di Malaysia di bawah jenama UNIPHONEKAD untuk telefon awam di mana dalam tempoh tersebut juga, beliau telah diiktiraf sebagai Jurutera Profesional oleh Institut Jurutera Malaysia.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"661\" src=\"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/6064274787666078981_121-1-1024x661.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-3288\" srcset=\"https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/6064274787666078981_121-1-1024x661.jpg 1024w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/6064274787666078981_121-1-300x194.jpg 300w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/6064274787666078981_121-1-768x496.jpg 768w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/6064274787666078981_121-1.jpg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"> <em>YBhg Datuk Ir. (Dr) Khairol Anuar bin Mohamad Tawi pengasas  KAT Technologies Sdn Bhd  <\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n<p>Pada 1999, beliau telah menubuhkan syarikat KAT Technologies Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat pemborong dan pengedar kad prabayar telefon mudah alih di Malaysia. Di awal penubuhannya, seramai tiga orang kakitangan sahaja yang menjadi nadi penggerak operasi syarikat dengan nilai jualan tahunan sebanyak RM 600 ribu dan ia semakin pesat berkembang di bawah pengelolaan beliau dari tahun ke tahun sehinggalah mencacatkan nilai jualan tahunan tertinggi RM835 juta pada 2015.<\/p>\n\n\n\n<p>Kredibiliti beliau sebagai pengasas serta disokong oleh barisan pentadbiran yang mantap telah menjadikan syarikat semakin kukuh dan meluaskan pasaran di seluruh Semenanjung Malaysia dengan jumlah kakitangan seramai 160 orang yang bertempat di 12 cawangan iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Terenganu.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"669\" src=\"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/6064274787666078980_121-1024x669.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-3286\" srcset=\"https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/6064274787666078980_121-1024x669.jpg 1024w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/6064274787666078980_121-300x196.jpg 300w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/6064274787666078980_121-768x502.jpg 768w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/6064274787666078980_121.jpg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n<p>Industri syarikat bukan sahaja tertumpu pada pemborongan dan pengedaran kad prabayar, tetapi syarikat juga mengeluarkan produk perisian penyelesaian dalam sistem pengedaran seperti KATsys, Destini, Mobipos dan Aplikasi P2U Wallet.<\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan,  KAT Technologies Sdn Bhd kini semakin dikenali di pasaran dan diiktiraf sebagai syarikat Bumiputera yang berdaya saing oleh TERAJU iaitu sebuah agensi pelaksana di Jabatan Perdana Menteri dan sterusnya melayakkan syarikat diserap di dalam program TERAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-center\">Anugerah yang pernah diterima oleh  KAT Technologies Sdn Bhd  adalah:<br \/><strong>2009 &#8211; 2011<\/strong><br \/>Pengedar Terbaik oleh Celcom<br \/><strong>2010 &#8211; 2011<\/strong><br \/>Pengedar Terbaik oleh Telekom Malaysia<br \/><strong>            2010  <\/strong>         <br \/>Anugerah Gemilang Sedekad PROSPER (Skim Pemborong PROSPER oleh PUNB<br \/><strong>2010 &#8211; 2011<\/strong><br \/>Anugerah Prestasi Cemerlang oleh PUNB<br \/><strong>2012 &#8211; 2013<\/strong><br \/>Pemenang <em>Enterprise 50 Award<\/em><br \/><strong>         2013<\/strong>          <br \/><em>The Best in Malaysian Business Awards<\/em> oleh SOBA<br \/><strong>           2014 <\/strong>            <br \/>~ <em>Special Mention Entrepreneur of the Year<\/em> oleh SOBA<br \/>~ <em>Best Innovation Services<\/em> oleh SME Corporation<br \/><strong>         2015   <\/strong>         <br \/>Anugerah Khas &#8211; Usahawan Unggul PUNB (SPARK)<br \/><strong>          2016 <\/strong>            <br \/><em>Best Retail &amp; Supply Chain Management Solution<\/em> oleh APICTA<br \/><strong>        2018   <\/strong>       <br \/>Anugerah Usahawan Teknologi <em>Top 150 Award<\/em> di Kongres GMB<\/p>\n\n\n\n<p>Perkembangan dan kejayaan syarikat pada hari ini adalah hasil usaha beliau serta barisan pentadbiran yang kuat dan disokong oleh ahli keluarga. Liku-liku dan jatuh bangun dalam arena perniagaan menjadikan beliau lebih kuat serta bersikap optimis. Selain usaha, ikhtiar dan tawakal kepada Allah, beliau merasakan usaha beliau ini sebagai jihad ekonomi untuk menjenamakan produk Bumiputera di pasaran seiring dengan syarikat-syarikat yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau percaya rahsia kejayaan KAT Technologies hari ini berpaksikan kepada disiplin dan komitmen yang tinggi serta fokus dalam bidang perniagaan ini. Beliau sendiri terpaksa bekerja dengan gigih dan sanggup mengorbankan masa bekerja 18 hingga 20 jam sehari. &#8220;Tiada laluan mudah untuk berjaya. Setiap kejayaan itu memerlukan pengorbanan,&#8221; akhiri beliau.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/6064274787666078979_121-1024x682.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-3289\" srcset=\"https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/6064274787666078979_121-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/6064274787666078979_121-300x200.jpg 300w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/6064274787666078979_121-768x511.jpg 768w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/6064274787666078979_121.jpg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KAT TECHNOLOGIES SDN BHD \u2013 Rakan Usahawan PUNB YBhg Datuk Ir. (Dr) Khairol Anuar bin Mohamad Tawi merupakan usahawan Bumiputera yang semakin dikenali dalam dunia perniagaan dan keusahawanan di Malaysia. Beliau dilahirkan di Melaka dan merupakan anak sulung kepada pasangan Allahyarham Mohamad Tawi, seorang pesara askar dan Hajjah Kamisah, seorang suri rumah. Memiliki pendidikan yang [&hellip;]<\/p>","protected":false},"author":1,"featured_media":3293,"parent":0,"menu_order":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","template":"","usahawanasional_tag":[1332,1573],"usahawanasional_category":[1136,1374],"class_list":["post-3283","usahawanasional","type-usahawanasional","status-publish","has-post-thumbnail","hentry","usahawanasional_tag-kat-technologies","usahawanasional_tag-usahawanpunb","usahawanasional_category-kisah-kejayaan","usahawanasional_category-malay"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional\/3283","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional"}],"about":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/usahawanasional"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3283"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional\/3283\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3293"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3283"}],"wp:term":[{"taxonomy":"usahawanasional_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional_tag?post=3283"},{"taxonomy":"usahawanasional_category","embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional_category?post=3283"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}