{"id":2641,"date":"2021-06-03T11:47:47","date_gmt":"2021-06-03T11:47:47","guid":{"rendered":"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/?p=2641"},"modified":"2021-06-03T11:47:47","modified_gmt":"2021-06-03T11:47:47","slug":"sejauh-manakah-customer-is-always-right","status":"publish","type":"usahawanasional","link":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/usahawanasional\/sejauh-manakah-customer-is-always-right\/","title":{"rendered":"Sejauh Manakah \u2018Customer Is Always Right\u2019?"},"content":{"rendered":"<p>Pelanggan adalah nadi\nkepada sesebuah perniagaan. Sebagai pelanggan, mereka sentiasa inginkan\nperkhidmatan yang terbaik walaupun adakalanya permintaan mereka sukar untuk\ndipenuhi.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelanggan percaya yang \u2018Customer Is Always Right\u2019, tidak kira dalam apa jua situasi. Namun, prinsip ini bukanlah tiket kepada mereka untuk memberi arahan sesuka hati. Hubungan dua hala yang paling berkesan adalah apabila terdapat \u2018win-win situation\u2019 di mana ia memberi keuntungan dan rasa puas hati kepada kedua-dua belah pihak.<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, sejauh manakah frasa \u2018Customer Is Always Right\u2019 ini boleh diguna pakai? <\/p>\n\n\n\n<p>Sebenarnya, pelanggan\nadalah betul sekiranya pelanggan mengetahui dan memahami peraturan, polisi,\ncara kerja penyedia perkhidmatan, jenis perkhidmatan ditawarkan dan batasan\npermintaan terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Pelanggan anda bukanlah\npakar. Siapa yang lebih tahu tentang produk dan perkhidmatan kalau bukan anda\ndan pekerja anda sendiri? <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam perniagaan, anda\npasti akan bertemu dengan pelanggan yang merasakan mereka lebih pakar daripada\nanda. Pelanggan hanya tahu apa yang mereka mahu tetapi tidak bermakna mereka\npakar dalam hal berkenaan. Jika pakar, tidak mungkin mereka bertemu dan\nmenggunakan perkhidmatan anda.<\/p>\n\n\n\n<p>Disinilah pentingnya untuk\nanda memiliki piagam pelanggan. Apa itu?<\/p>\n\n\n\n<p>Secara ringkasnya, piagam\npelanggan adalah sebuah komitmen bertulis sesebuah organisasi\/syarikat terhadap\npenyampaian keluaran atau perkhidmatan yang ditawarkan. Ia juga adalah sebuah\njaminan dalam memastikan setiap perkhidmatan mengikut standard kualiti yang\ntelah ditetapkan serta memenuhi kemahuan dan citarasa pelanggan.<\/p>\n\n\n\n<p>Piagam pelanggan juga\nmenerangkan kepada pelanggan jenis perkhidmatan dan hak yang diperolehi mereka.\npiagam ini haruslah jelas, senang disebar, kebolehpercayaan, praktikal, khusus\ndan boleh ditambah baik.<\/p>\n\n\n\n<p><em>Antara contoh piagam pelanggan boleh didapati di pautan portal rasmi PUNB berikut:<\/em><br \/><a href=\"https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/piagam-perkhidmatan\">https:\/\/www.punb.com.my\/ms\/piagam-perkhidmatan<\/a><\/p>\n\n\n\n<p>Bergantung kepada industri\ndan sektor perniagaan anda, agak \u2018bahaya\u2019 jika anda membenarkan pelanggan anda\nfikir mereka sentiasa betul. Penyelesaian terbaik adalah dengan menunjukkan\nkepada mereka anda arif tentang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Walau bagaimanapun, jangan\nmelayan mereka dengan cara yang kurang menyenangkan tetapi dengan cara yang\nmembantu mereka memenuhi permintaan diinginkan. Bantu mereka untuk memahami\ncara terbaik untuk mengguna pakai produk dan perkhidmatan anda sebaik mungkin.\nIni boleh mengelakkan anda dari menjadi \u2018gila\u2019 dengan pelanggan anda, malah\npelanggan anda juga akan gembira dengan perkhidmatan yang anda tawarkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang paling penting, jangan\nsesekali merungut dengan permintaan pelanggan dan sentiasa beringat untuk\nmelayan pelanggan anda seolah-olah dialah pelanggan terakhir dalam menentukan\nkelangsungan syarikat anda. Siapa tahu kan,jika pelanggan puas hati, dia akan\ncerita pula pada orang lain. Cantikkan kalau dapat \u2018marketing\u2019 percuma begitu?<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pelanggan adalah nadi kepada sesebuah perniagaan. Sebagai pelanggan, mereka sentiasa inginkan perkhidmatan yang terbaik walaupun adakalanya permintaan mereka sukar untuk dipenuhi. Pelanggan percaya yang \u2018Customer Is Always Right\u2019, tidak kira dalam apa jua situasi. Namun, prinsip ini bukanlah tiket kepada mereka untuk memberi arahan sesuka hati. Hubungan dua hala yang paling berkesan adalah apabila terdapat [&hellip;]<\/p>","protected":false},"author":1,"featured_media":2645,"parent":0,"menu_order":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","template":"","usahawanasional_tag":[],"usahawanasional_category":[1374,1137],"class_list":["post-2641","usahawanasional","type-usahawanasional","status-publish","has-post-thumbnail","hentry","usahawanasional_category-malay","usahawanasional_category-tahukah-anda"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional\/2641","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional"}],"about":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/usahawanasional"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2641"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional\/2641\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2645"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2641"}],"wp:term":[{"taxonomy":"usahawanasional_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional_tag?post=2641"},{"taxonomy":"usahawanasional_category","embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional_category?post=2641"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}