{"id":2467,"date":"2020-05-29T06:23:09","date_gmt":"2020-05-29T06:23:09","guid":{"rendered":"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/?p=2467"},"modified":"2020-05-29T06:23:09","modified_gmt":"2020-05-29T06:23:09","slug":"estetika-medispa-bukan-pusat-rawatan-kecantikan-biasa","status":"publish","type":"usahawanasional","link":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/usahawanasional\/estetika-medispa-bukan-pusat-rawatan-kecantikan-biasa\/","title":{"rendered":"Estetika Medispa &#8211; Bukan Pusat Rawatan Kecantikan Biasa"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"box-sizing: border-box; font-weight: 700; color: rgb(51, 51, 51); font-family: Poppins, sans-serif; font-size: 14px; white-space-collapse: collapse;\">ESTETIKA MEDISPA \u2013 Rakan Usahawan PUNB<\/span><\/p>\n\n\n\n<p>Wanita\nsememangnya sinonim dengan kecantikan. Malah, kini lelaki juga turut menjaga\nketerampilan agar kelihatan kemas dan menarik. Namun, adakah mencukupi dengan\nmenjaga wajah saja? Adakah perlu juga menjalani rawatan terutama bagi yang\ningin sentiasa kelihatan muda? Pelbagai servis rawatan kecantikan semakin\nbanyak ditawarkan di pasaran dan pemilihan\nmenggunakan perkhidmatan spa merupakan salah satu alternatif untuk\nmenghilangkan tekanan melalui kaedah rawatan dan urutan kerana ia dapat\nmeredakan ketegangan urat dan wajah juga akan kembali segar. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi Abdul Haq bin Ab Wasa, pengasas Estetika\nMedispa, idea untuk menubuhkan spa ini timbul apabila melihat pasaran spa yang\nsangat meluas di sekitar tahun 2015. Hasil daripada itu, beliau telah membuka\npusat rawatan dan kecantikan berstatus spa perubatan wajah yang mula beroperasi\nsejak 5 tahun lalu pada Ogos 2015. <\/p>\n\n\n\n<p>Melihat kepada industri kecantikan yang\nberkembang pesat, beliau semakin fokus menceburi bidang ini demi membantu orang\nramai yang mempunyai masalah kulit wajah seperti jerawat, jeragat, kulit kusam\ndan sebagainya. Tidak hanya menyediakan rawatan kulit, Estetika Medispa turut\nmengeluarkan produk jenama sendiri iaitu Mesoceutical yang membawa maksud\nperantaraan kulit selain memberi khidmat nasihat untuk pelangsingan badan pada\nmereka yang memerlukan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah pasti Estetika Medispa memiliki keistimewaan yang tersendiri di mana pihaknya optimis menawarkan konsultasi wajah yang dilakukan menggunakan <em>Face Analyser <\/em>khas secara percuma bagi mengenal pasti masalah pada kulit. Setelah itu, para pelanggan akan diberi rawatan khusus secara intensif. Spa ini turut menawarkan beberapa pakej berpatutan serendah RM50 hingga RM3,000 dan ia bergantung kepada masalah kulit yang dialami oleh pelanggan itu sendiri. Di antara rawatan yang disediakan ialah Dermo Expert, Diamond Glow, Estetika PDRN Skin, OMEGA Rejuvenation Light, K-Light Whitening Pro dan beberapa lagi rawatan terapi. <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-gallery aligncenter has-nested-images columns-default is-cropped wp-block-gallery-1 is-layout-flex wp-block-gallery-is-layout-flex\">\n<figure class=\"wp-block-image\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"524\" height=\"532\" data-id=\"2509\" src=\"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2020\/07\/medi.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-2509\" srcset=\"https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2020\/07\/medi.png 524w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2020\/07\/medi-295x300.png 295w\" sizes=\"(max-width: 524px) 100vw, 524px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Rawatan K-Light Whitening Pro yang ditawarkan di Estetika Medispa.<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/figure>\n\n\n\n<p>Apabila ditanya mengenai mobil spa atau spa\nbergerak yang kini semakin tular, Abdul Haq sama sekali tidak bersetuju dengan\nkonsep sedemikian. Ini kerana baginya, walaupun mobil spa menawarkan\nperkhidmatan terus ke rumah atau di lokasi pilihan pelanggan dengan hanya perlu\nmembuat temu janji, para pelanggan yang berkunjung ke spa sebenarnya mahukan\npengalaman dan suasana ketika berada di spa yang tidak dapat dirasai jika\nmenggunakan khidmat mobil spa. Beliau turut menjelaskan, sebenarnya, terapi di spa hanya sebahagian daripada\nproses pembaikan kulit wajah. Peranan yang lebih besar ialah penjagaan kulit\nwajah ketika berada di rumah. Oleh itu, pelanggan perlu memiliki set penjagaan\nkulit wajah dan kosmetik yang baik tanpa mengandungi bahan-bahan terlarang.\nPenghasilan penjagaan kulit wajah daripada Estetika Medispa adalah berasaskan bahan-bahan\npremium yang selamat dan berkesan untuk digunakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain\nitu, teknik pemasaran juga memainkan peranan penting. Spa kecantikan ini\nmengggunakan teknik pemasaran kos rendah namun mempunyai impak yang besar iaitu\nmelalui media sosial seperti <em>Facebook Ads<\/em>.\nPemilihan teknik ini sebagai medium pemasaran adalah kerana pasaran globalnya\nyang sangat luas, tertumpu berdasarkan demografik data, mudah viral dan kos\npengiklanan yang lebih murah.<\/p>\n\n\n\n<p>Abdul Haq yang memiliki latar belakang pendidikan perubatan dari Universiti Alexandria, Mesir ini mengakui setiap perniagaan tidak dapat lari daripada masalah. Pihak Estetika Medispa pernah berhadapan dengan masalah aliran tunai yang menyukarkan spa ini untuk terus berkembang. Walau bagaimanapun, dengan bantuan pembiayaan daripada PUNB, Abdul Haq telah berjaya melebarkan sayap perniagaannya. Baginya, perniagaan ini sentiasa mendapat tempat walaupun dalam ekonomi yang tidak menentu kerana masalah kulit wajah bukanlah masalah bermusim memandangkan ia telah wujud sejak dulu, apatah lagi dengan keadaan iklim negara Asia yang lembab dan panas sepanjang tahun.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-center\" style=\"font-size:28px\"><strong><em>\u201cIlmu dan pengalaman adalah senjata utama untuk berjaya,\u201d Abdul Haq bin AB Wasa.<\/em><\/strong> <\/p>\n\n\n\n<p>Tekad\nAbdul Haq, pihak Estetika Medispa akan sentiasa berinovasi dan memperbaharui teknologi serta rawatan seiring\ndengan peredaran zaman agar ia kekal relevan. Permintaan dalam pasaran akan sentiasa ada dan akan terus\nmeningkat termasuklah persaingan dalam bidang ini. Justeru, penambahbaikan dari\nsegi teknologi dan perkhidmatan amatlah penting agar Estetika Medispa akan terus\nkekal berdaya tahan dan berdaya saing.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ESTETIKA MEDISPA \u2013 Rakan Usahawan PUNB Wanita sememangnya sinonim dengan kecantikan. Malah, kini lelaki juga turut menjaga keterampilan agar kelihatan kemas dan menarik. Namun, adakah mencukupi dengan menjaga wajah saja? Adakah perlu juga menjalani rawatan terutama bagi yang ingin sentiasa kelihatan muda? Pelbagai servis rawatan kecantikan semakin banyak ditawarkan di pasaran dan pemilihan menggunakan perkhidmatan [&hellip;]<\/p>","protected":false},"author":1,"featured_media":2472,"parent":0,"menu_order":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","template":"","usahawanasional_tag":[1271,1275,1478,1484,1567,1573],"usahawanasional_category":[1136,1374],"class_list":["post-2467","usahawanasional","type-usahawanasional","status-publish","has-post-thumbnail","hentry","usahawanasional_tag-entrepreneur","usahawanasional_tag-estetika-medispa","usahawanasional_tag-punb","usahawanasional_tag-pusat-rawatan-kecantikan","usahawanasional_tag-usahawan","usahawanasional_tag-usahawanpunb","usahawanasional_category-kisah-kejayaan","usahawanasional_category-malay"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional\/2467","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional"}],"about":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/usahawanasional"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2467"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional\/2467\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2472"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2467"}],"wp:term":[{"taxonomy":"usahawanasional_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional_tag?post=2467"},{"taxonomy":"usahawanasional_category","embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional_category?post=2467"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}