{"id":2369,"date":"2020-02-11T11:16:16","date_gmt":"2020-02-11T11:16:16","guid":{"rendered":"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/?p=2369"},"modified":"2020-02-11T11:16:16","modified_gmt":"2020-02-11T11:16:16","slug":"apa-yang-perlu-ada-dalam-rp-anda","status":"publish","type":"usahawanasional","link":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/usahawanasional\/apa-yang-perlu-ada-dalam-rp-anda\/","title":{"rendered":"Apa Yang Perlu Ada Dalam RP Anda?"},"content":{"rendered":"<p>Tidak\ndinafikan jika kita taip carian \u201cformat rancangan perniagaan (RP)\u201d di internet\npasti tidak akan berhenti jari anda \u2018scroll\u2019..\u2019scroll\u2019 dan \u2018scroll\u2019 untuk cari\ncara buat RP yang terbaik.<\/p>\n\n\n\n<p>Tapi\ntahukah anda, umumnya format RP sebenarnya mempunyai struktur yang \u2018standard\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi,\napa itu RP? RP adalah sebuah dokumen bertulis yang mempunyai maklumat atau\ngambaran menyeluruh berkenaan sesebuah perniagaan ataupun projek yang hendak\ndijalankan. <\/p>\n\n\n\n<p>Biasanya,\nRP akan digunakan ketika usahawan\/perniagaan itu ingin memohon pembiayaan,\nmerancang mendapatkan dana, sebagai garis panduan ataupun untuk memohon sewaan\nhartanah baik premis, tanah dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai\nsebuah agensi pemberi biaya untuk perniagaan, penyerahan RP merupakan antara\nlangkah terawal untuk memohon pembiayaan dengan PUNB. Jom tengok format RP\nbagaimana yang akan mendapat \u2018cop mohor\u2019 kelulusan kaunter perkhidmatan\npelanggan kami.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Pendahuluan &amp;\nPengenalan Projek<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Ada\njuga yang guna istilah Ringkasan Eksekutif. Kedua-duanya membawa maksud yang\nsama. <\/p>\n\n\n\n<p>Bahagian\nini perlu memuatkan tentang keterangan umum syarikat dan perniagaan yang sedang\ndiceburi <em>(pembiayaan PUNB hanya untuk\nperniagaan yang telah beroperasi 18 bulan dan ke atas sahaja<\/em><em>)<\/em>, tujuan RP disediakan, keperluan permohonan, ringkasan\nprestasi kewangan, produk &amp; perkhidmatan ditawarkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Harus\ndiingat, ia mestilah ringkas, padat dan menarik perhatian. Yang penting, jangan\nterlalu panjang.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Profil\/Latar Belakang<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Tiada makna RP tanpa pengenalan tentang pemilik dan syarikat\/perniagaan yang diusahakan. Keterangan pengenalan RP harus ringkas dan padat. Jangan lupa untuk senaraikan nama dan latar belakang setiap pemegang saham\/pengarah syarikat\/rakan kongsi (jika ada) \u2013 kelebihan dan pengalaman mereka dalam industri\/bidang perniagaan diceburi. Kalau anda nak tahu, profil pemilik\/rakan kongsi juga boleh menjadi \u2018point\u2019 tambahan dalam meyakinkan pemberi biaya untuk meluluskan permohonan.<\/p>\n\n\n\n<p>Maklumat-maklumat\nini kebanyakan boleh diperolehi daripada Sijil Pendaftaran Syarikat\/Perniagaan\n(SSM). Maklumat ini juga digunakan untuk menyemak syarat kelayakan pemohon dan\nCCRIS\/<em>Insolvency<\/em> (ketakmampuan bayar).\n<\/p>\n\n\n\n<p>Lampirkan\njuga:<\/p>\n\n\n\n<p>Struktur\norganisasi, bilangan pekerja &amp; huraian tugas dan jadual penggajian sebagai\nrujukan kepada pemberi biaya tentang cara pengurusan sumber manusia di syarikat\nanda. <\/p>\n\n\n\n<p><strong>Aspek Perkhidmatan\n&amp; Operasi<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Ini\nmerupakan bahagian yang amat penting dalam RP anda.<\/p>\n\n\n\n<p>Disinilah\nanda perlu meyakinkan pemberi biaya RP tentang produk\/perkhidmatan yang\nditawarkan dengan lebih terperinci dan mengapa mereka perlu meluluskan permohonan\npembiayaan anda.<\/p>\n\n\n\n<p>Lampirkan\ncarta aliran proses kerja seperti langkah-langkah utama pengeluaran produk,\nkapasiti pengeluaran beserta huraian tentang produk yang dikeluarkan. Jika\nperkhidmatan, terangkan bagaimana ia dapat memberi manfaat kepada pelanggan. Perlu\ndiingat, perincian harus dititik beratkan dalam huraian. Jangan lupa nyatakan juga\nkelebihan dan keunikan produk\/perkhidmatan anda tawarkan yang dapat menarik\nminat pelanggan.<\/p>\n\n\n\n<p>Senaraikan\njuga perkara berikut:<\/p>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\"><li>Peralatan\/aset sedia ada<\/li><li>Stok\/bahan mentah sedia ada <\/li><li>Tambahan peralatan atau stok barangan\ndiperlukan <\/li><li>Waktu operasi perniagaan\/syarikat<\/li><\/ol>\n\n\n\n<p>Sertakan lesen\/sijil\/dokumen\nberkaitan dan rancangan untuk perkembangan perniagaan, ini boleh menguatkan\nlagi RP anda disamping memberi jaminan dan keyakinan kepada pemberi biaya\nterhadap anda dan perniagaan.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Aspek\nPemasaran<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Kaedah pemasaran produk\/perkhidmatan\nmemainkan peranan yang penting dalam perniagaan dan ini juga merupakan \u2018pelaris\u2019\nRP jika strategi pemasaran anda dapat menarik perhatian pemberi biaya.&nbsp;&nbsp; &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Antara \u2018key-point\u2019 yang perlu anda titik\nberatkan adalah:<\/p>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\"><li>Lokasi\/Premis\n\u2013<\/li><\/ol>\n\n\n\n<p>Perniagaan \u2018is all about\nLOCATION! LOCATION! LOCATION!\u2019. Nyatakan di mana dan kelebihan anda memilih\nlokasi perniagaan tersebut. <\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Saiz,\nTrend &amp; Kumpulan Sasaran \u2013 <\/li><\/ul>\n\n\n\n<p>Anda WAJIB tahu maklumat\nmengenai saiz permintaan serta trend pembeli produk\/perkhidmatan terutama jika\nanda terlibat dalam bidang peruncitan. Maklumat ini boleh memberi gambaran\ntentang kebolehpasaran perniagaan anda<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Ramalan\nJualan Bulanan sehingga 2 Tahun (<em>kriteria\nRP PUNB<\/em>) \u2013 <\/li><\/ul>\n\n\n\n<p>Bukan sahaja di PUNB,\nmalah mana-mana institusi pemberi biaya lain turut memerlukan maklumat ini\nsebagai petunjuk daya tahan dan kelangsungan sesebuah perniagaan. Ramalan ini termasuklah\nramalan jualan bulan pertama selepas pembiayaan diluluskan<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Strategi\nPemasaran \u2013<\/li><\/ul>\n\n\n\n<p>Mana-mana perniagaan\nperlu ada strategi pemasaran tersendiri. Anda harus memikirkan dari pelbagai\nsudut seperti kos &amp; harga, kaedah penjualan yang terkini, promosi dan\nsebagainya. Strategi ini harus berpadanan dengan matlamat penghasilan sesebuah\nproduk atau perkhidmatan.<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Analisa\nPesaing \u2013 <\/li><\/ul>\n\n\n\n<p>Ya! Pesaing! Anda kena\ntahu siapa pesaing anda. Bukan untuk buat musuh tetapi sebagai \u2018one step ahead\ntechnique\u2019 agar produk\/perkhidmatan anda lebih mendapat perhatian. Tidak perlu\nsenaraikan spesifik nama\/entiti, cuma analisa persaingan seperti bilangan\npesaing, apa yang ditawarkan, syer pasaran dan sebagainya. Maklumat ini memberi\npetunjuk kepada PUNB bahawa anda seorang usahawan yang peka dengan keadaan sekeliling\ndan pasaran semasa.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Aspek\nKewangan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>RP harus ada perincian prestasi\nkewangan syarikat\/perniagaan yang terkini. Bahagian ini memainkan peranan\npenting bagi PUNB untuk mengenal pasti status serta kemampanan sesebuah perniagaan\nsebelum melayakkannya menerima pembiayaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Selain daripada akaun penyata untung\nrugi perniagaan, usahawan juga perlu lampirkan unjuran aliran tunai (bulanan)\nselama 2 tahun. Ini adalah antara perkara wajib yang akan dinilai oleh PUNB.\nSatu tip untuk unjuran aliran tunai ini, ia haruslah menunjukkan satu angka\npositif yang menunjukkan perniagaan tersebut bakal membawa keuntungan. <\/p>\n\n\n\n<p>Memandangkan anda memohon pembiayaan\ndengan PUNB, aliran unjuran anda perlu memberi suatu indikasi dengan adanya\nsokongan kewangan ini akan menjadikan perniagaan bertambah lancar dan terus\nberkembang.<\/p>\n\n\n\n<p>Jangan lupa masukkan juga\nsumber-sumber rujukan lain seperti gambar, senarai rujukan untuk semakan serta\nlampiran berkaitan.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika anda masih ragu-ragu atau ingin\ndapatkan maklumat lanjut tentang rancangan perniagaan, jom sertai Bengkel\nRancangan Perniagaan PUNB. Tidak rugi mencari ilmu. Setidak-tidaknya anda tidak\nperlu pecah kepala mana nak mula dan tidak buang banyak masa!<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tidak dinafikan jika kita taip carian \u201cformat rancangan perniagaan (RP)\u201d di internet pasti tidak akan berhenti jari anda \u2018scroll\u2019..\u2019scroll\u2019 dan \u2018scroll\u2019 untuk cari cara buat RP yang terbaik. Tapi tahukah anda, umumnya format RP sebenarnya mempunyai struktur yang \u2018standard\u2019. Jadi, apa itu RP? RP adalah sebuah dokumen bertulis yang mempunyai maklumat atau gambaran menyeluruh berkenaan [&hellip;]<\/p>","protected":false},"author":1,"featured_media":2370,"parent":0,"menu_order":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","template":"","usahawanasional_tag":[1211,1271,1478,1567],"usahawanasional_category":[1374,1137],"class_list":["post-2369","usahawanasional","type-usahawanasional","status-publish","has-post-thumbnail","hentry","usahawanasional_tag-business-plan","usahawanasional_tag-entrepreneur","usahawanasional_tag-punb","usahawanasional_tag-usahawan","usahawanasional_category-malay","usahawanasional_category-tahukah-anda"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional\/2369","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional"}],"about":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/usahawanasional"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2369"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional\/2369\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2370"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2369"}],"wp:term":[{"taxonomy":"usahawanasional_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional_tag?post=2369"},{"taxonomy":"usahawanasional_category","embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional_category?post=2369"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}