{"id":2340,"date":"2019-12-31T09:09:58","date_gmt":"2019-12-31T09:09:58","guid":{"rendered":"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/?p=2340"},"modified":"2019-12-31T09:09:58","modified_gmt":"2019-12-31T09:09:58","slug":"urus-perniagaan-ketika-bercuti","status":"publish","type":"usahawanasional","link":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/usahawanasional\/urus-perniagaan-ketika-bercuti\/","title":{"rendered":"Urus Perniagaan Ketika Bercuti"},"content":{"rendered":"<p>Ada ke orang yang\ntak suka bercuti?<\/p>\n\n\n\n<p>Baik majikan\nmahupun pekerja, peluang untuk bercuti dan lupakan sementara segala tugas yang\ndipikul amatlah dinanti-nantikan kerana percutian dapat mengurangkan tekanan,\nkembalikan semangat serta \u2018reset\u2019 semula minda untuk memikirkan\nstrategi-strategi baharu dalam urusan seharian perniagaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, bagaimana\nuntuk memastikan perniagaan dan kerja-kerja yang ditinggalkan itu tidak\nmengganggu masa kita semasa sedang bercuti? <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah perkara yang harus dipertimbangkan jika ingin bercuti? Berikut adalah serba sedikit tentang perancangan yang perlu dilakukan sebelum memulakan percutian.<\/p>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\"><li><strong>Biasakan diri mengagih tugas<\/strong><\/li><\/ol>\n\n\n\n<p>Sebelum menikmati percutian,\npelbagai perkara perlu diselesaikan agar ia tidak mengganggu anda ketika sedang\nbercuti. Salah satu daripadanya adalah mengagihkan tugas sewajarnya kepada \u2018The\nNext Person-In-Charge\u2019. Jika anda seorang majikan atau pemilik perniagaan,\nsudah pasti anda mempunyai orang kedua yang dapat menguruskan perniagaan semasa\nketiadaan anda. Begitulah juga jika anda seorang pekerja. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, jika tugas tersebut\nsememangnya di bawah tanggungjawab anda seorang sahaja, dinasihatkan supaya\nanda menyelesaikan setiap tugas atau perkara-perkara penting terlebih dahulu\nbagi mengelakkan kualiti masa bercuti anda diganggu. <\/p>\n\n\n\n<p>Walau bagaimanapun, harus diingat,\nkaedah pengagihan tugas haruslah bijak dan teratur serta tidak melepaskan\nsebulat-bulatnya kerja anda tanpa sokongan dan bimbingan. Ini amat penting\nkerana ia dapat memberi keyakinan dan petunjuk kepada pekerja\/rakan sekerja\nanda tentang apa yang harus dilakukan. Jika tidak, jangan terkejut jika\nkerja-kerja yang anda tinggalkan sebelum bercuti masih kekal sama selepas anda\nkembali ke pejabat atau tempat kerja.<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li><strong>Beritahu pelanggan anda akan\nbercuti<\/strong><\/li><\/ul>\n\n\n\n<p>Sekiranya anda sering berhubung\ndengan pelanggan, eloklah jika anda memaklumkan kepada mereka tentang\nperancangan anda untuk bercuti. Pendekatan proaktif ini bukan sahaja memberikan\nanda masa untuk menyelesaikan sebarang masalah yang mungkin timbul, tetapi juga\nmenjadikan pelanggan dan rakan anda berasa dihargai.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika menemui pelanggan sebelum\nbercuti, bincangkan projek kerjasama yang sedang berlangsung serta apa-apa isu\nyang masih perlu diselesaikan. Tentukan sama ada isu tersebut boleh ditangani\ndengan sewajarnya sebelum anda bercuti atau lebih sesuai ditangguhkan sehingga\nanda kembali. <\/p>\n\n\n\n<p>Pastikan pelanggan anda yakin\nbahawa urusan mereka tetap terjaga dan ada kakitangan yang akan menangani\napa-apa perkara yang perlu semasa ketiadaan anda.<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li><strong>Lakukan percubaan<\/strong><strong><em><\/em><\/strong><\/li><\/ul>\n\n\n\n<p>Jika anda mempunyai urusan di luar\npejabat, gunakan peluang ini untuk menguji kemampuan kakitangan menangani\nurusan perniagaan anda tanpa pengawasan. Biarkan pengurus atau penyelia\nmengendalikan sendiri perniagaan anda beberapa kali sebelum anda pergi bercuti.\nKemudian, bincangkan perkara yang perlu dibaiki, jika ada. Gunakan maklum balas\nkakitangan tentang pengalaman mereka bekerja semasa ketiadaan anda untuk\nmembuat ramalan berkenaan masalah atau isu yang mungkin timbul dan cara-cara\nuntuk menanganinya tanpa anda. <\/p>\n\n\n\n<p>Percubaan seperti ini akan\nmenjadikan anda lebih yakin dengan kemampuan kakitangan. Malah, keyakinan\nmereka untuk mengendalikan operasi perniagaan secara kendiri juga akan\nmeningkat.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi&#8230;Jom Bercuti!<\/p>\n\n\n\n<p>Anggaplah percutian sebagai suatu\nproses pembelajaran dalam mempercayai seseorang untuk menguruskan perniagaan\ndan tugas-tugas seharian. Masalah masih boleh berlaku namun, dengan perancangan\nyang teliti pasti mampu mengurangkan risiko dan tekanan anda.<\/p>\n\n\n\n<p>Ubah pemandangan, lapangkan fikiran\ndan bercutilah dengan tenang!<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ada ke orang yang tak suka bercuti? Baik majikan mahupun pekerja, peluang untuk bercuti dan lupakan sementara segala tugas yang dipikul amatlah dinanti-nantikan kerana percutian dapat mengurangkan tekanan, kembalikan semangat serta \u2018reset\u2019 semula minda untuk memikirkan strategi-strategi baharu dalam urusan seharian perniagaan. Namun, bagaimana untuk memastikan perniagaan dan kerja-kerja yang ditinggalkan itu tidak mengganggu masa [&hellip;]<\/p>","protected":false},"author":1,"featured_media":2341,"parent":0,"menu_order":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","template":"","usahawanasional_tag":[1209,1303,1445,1455,1478,1570],"usahawanasional_category":[1135,1374],"class_list":["post-2340","usahawanasional","type-usahawanasional","status-publish","has-post-thumbnail","hentry","usahawanasional_tag-business","usahawanasional_tag-holiday","usahawanasional_tag-percutian","usahawanasional_tag-perniagaan","usahawanasional_tag-punb","usahawanasional_tag-usahawan-nasional-webzine","usahawanasional_category-idea-niaga","usahawanasional_category-malay"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional\/2340","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional"}],"about":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/usahawanasional"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2340"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional\/2340\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2341"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2340"}],"wp:term":[{"taxonomy":"usahawanasional_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional_tag?post=2340"},{"taxonomy":"usahawanasional_category","embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional_category?post=2340"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}