{"id":2337,"date":"2019-12-26T10:22:00","date_gmt":"2019-12-26T10:22:00","guid":{"rendered":"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/?p=2337"},"modified":"2019-12-26T10:22:00","modified_gmt":"2019-12-26T10:22:00","slug":"ir-4-0-impak-pada-dunia-perniagaan","status":"publish","type":"usahawanasional","link":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/usahawanasional\/ir-4-0-impak-pada-dunia-perniagaan\/","title":{"rendered":"IR 4.0: Impak Pada Dunia Perniagaan"},"content":{"rendered":"<p>Kemunculan\nRevolusi Industri 4.0 (IR 4.0) merupakan cabaran kepada hampir semua pihak\nterutamanya bagi sektor perkhidmatan dan perindustrian negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Sejak gelombangnya mula giat terasa sekitar pertengahan 2016, mahu atau tidak, setiap sektor dalam negara harus seiring dengan transformasi digital itu agar terus kekal berdaya saing dan relevan.<\/p>\n\n\n\n<p>Malaysia antara\nnegara yang membuat persediaan secara komprehensif dalam menghadapi revolusi\ndigital ini memandangkan ia bakal memberi kesan langsung kepada ekonomi dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi usahawan,\nmereka bukan sahaja perlu beradaptasi dengan perubahan yang berlaku, malah juga\nperlu mengambil suatu inisiatif dari sudut pandangan berbeza untuk memastikan\nkelangsungan perniagaan masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>Perniagaan yang gagal menyediakan strategi digital yang sesuai untuk menghadapi perubahan ini berkemungkinan besar akan \u2018bungkus\u2019. Kegagalan untuk beradaptasi ini bukan sahaja mengancam perniagaan kecil-kecilan, malah syarikat gergasi turut berdepan risiko sama.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Mengubah Dunia\nPekerjaan dan Perniagaan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>IR 4.0 mengurangkan kebergantungan\npada sumber tenaga manusia dan bakal mengubah dunia pekerjaan secara signifikan\nmelalui perkembangan seperti penggunaan robot canggih dan teknologi blok rantai.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p>Pengasas dan Pengerusi Eksekutif\nWorld Economic Forum (WEF), Klaus Schwab, menerusi bukunya <em>The Fourth\nIndustrial Revolution<\/em>, menjelaskan IR 4.0 akan mengubah cara bekerja dan\nhidup masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemua pihak berkepentingan dalam masyarakat global\u2014kerajaan, perniagaan, dunia akademik dan masyarakat\u2014memikul tanggungjawab untuk memahami dengan lebih baik <em>trend<\/em> baharu yang sedang muncul,\u201d jelas Schwab dalam bukunya.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p><strong>Ubah Tumpuan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>IR 4.0 juga dijangka akan mengubah jangkaan pelanggan. Untuk memenuhi\njangkaan pelanggan, sektor perniagaan memerlukan jalinan kerjasama baharu bagi\nmengejar kepantasan inovasi dalam IR 4.0. <\/p>\n\n\n\n<p>Generasi milenium yang membesar dalam dunia teknologi digital\nmengharapkan peniaga akan berusaha untuk memenuhi keperluan mereka, di samping\nmemberi sokongan perorangan. Perkhidmatan yang perlu diberikan kepada pengguna\ngenerasi milenium ini bukan sekadar transaksi jual beli atau produk yang baik\ntetapi juga hubungan antara pelanggan dan penjual yang lebih mendalam. <\/p>\n\n\n\n<p>Corak baru tingkah laku pengguna (<em>consumer behaviour<\/em>) yang\nberalih kepada rangkaian mudah alih memerlukan peniaga mengadaptasi produk,\nteknik pemasaran serta penyampaian produk dan perkhidmatan mereka supaya\nmenepati tingkah laku pengguna yang baharu ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemunculan platform global seperti Airbnb dan Alibaba,\ndan pelbagai model perniagaan baharu yang lain bermakna bentuk\norganisasi yang sedia ada juga perlu disusun semula.<strong><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Peranan DFTZ\nMalaysia<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Ekonomi digital merupakan\nsebahagian daripada perubahan yang dibawa oleh IR 4.0. Menyedari bahawa ekonomi\ndigital menyediakan peluang untuk meningkatkan produktiviti dan pencapaian\nekonomi negara, kerajaan Malaysia telah berusaha untuk membina Zon Perdagangan\nBebas Digital (<em>Digital Free Trade Zone<\/em> atau DFTZ). DFTZ yang akan\nberpusat di KLIA Aeropolis dijangka siap pada Jun 2020 dan dijadualkan mula\nberoperasi pada September tahun yang sama. <\/p>\n\n\n\n<p>DFTZ memberi manfaat terutamanya\nkepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kerana pewujudan DFTZ akan\nmemudahkan perdagangan melangkaui sempadan dengan membolehkan perniagaan\ntempatan mengeksport barangan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiga komponen DFTZ ialah hab\ne-penunaian (<em>e-fulfilment hub<\/em>), hab perkhidmatan satelit (<em>satellite\nservice hub<\/em>) dan platform e-servis (<em>e-service platform<\/em>). Hab\ne-penunaian akan membantu Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) mengeksport\nbarangan mereka, manakala&nbsp; hab\nperkhidmatan satelit akan menghubungkan PKS dengan syarikat yang menawarkan\nperkhidmatan seperti pembiayaan, pemenuhan mil akhir, insuran dan perkhidmatan\nlain yang penting dalam e-dagang. Platform e-servis pula bertujuan menguruskan\npelepasan kargo serta proses lain yang perlu dalam perdagangan rentas sempadan.\n<\/p>\n\n\n\n<p><strong>PKS, Perniagaan\nTempatan Digesa Memeluk Transformasi Digital<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Bukan sahaja para peneraju\nindustri, bahkan usahawan PKS juga perlu menyedari kepantasan&nbsp; perubahan akibat IR 4.0, dan harus\nmenyesuaikan diri dengan cepat untuk memastikan kelangsungan perniagaan\nmereka.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr\nMahathir Mohamad, menggesa PKS dan perniagaan tempatan supaya berada di barisan\nhadapan tranformasi digital untuk menarik pelabur dan berdaya saing pada skala\nglobal. <\/p>\n\n\n\n<p>Hal ini demikian kerana PKS\nmerupakan sebahagian daripada rantaian global. Menurut Tun Dr Mahathir lagi,\nrantaian nilai global dan pengeluaran semakin bertumpu di rantau Asean.&nbsp;&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAnjakan paradigma dalam kalangan\nPKS, terutamanya dalam inovasi dan penyelesaian kreatif, penting untuk memacu\nindustri perkilangan, memandangkan ia melibatkan 98.5% syarikat pembuatan dan\n42% pekerjaan,\u201d kata beliau ketika menghadiri Sidang Kemuncak <em>Beyond Paradigm\nShift 2019 <\/em>&nbsp;yang diadakan dari selama\ndua hari bermula dari 17 Julai, 2019, di Kuala Lumpur.<\/p>\n\n\n\n<p>Perbadanan Pembangunan Teknologi\nMalaysia (MTDC) juga berusaha membantu usahawan PKS menghadapi IR 4.0 dengan\nmenggalakkan eksport produk dan perkhidmatan sekurang-kurangnya ke semua negara\nAsean.<\/p>\n\n\n\n<p>Usaha-usaha yang diperkenalkan oleh\nKerajaan untuk memastikan PKS mampu menghadapi cabaran yang mengiringi IR 4.0,\nseperti pemberian elaun modal bagi pembelian peralatan dan perisian ICT&nbsp;\nserta&nbsp;pembiayaan perniagaan&nbsp;Skim Pinjaman Mudah Automasi dan\nModenisasi (SLSAM), akan&nbsp;menggalakkan lebih banyak syarikat untuk mengguna\npakai teknologi dan proses pembuatan pintar.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kemunculan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) merupakan cabaran kepada hampir semua pihak terutamanya bagi sektor perkhidmatan dan perindustrian negara. Sejak gelombangnya mula giat terasa sekitar pertengahan 2016, mahu atau tidak, setiap sektor dalam negara harus seiring dengan transformasi digital itu agar terus kekal berdaya saing dan relevan. Malaysia antara negara yang membuat persediaan secara komprehensif [&hellip;]<\/p>","protected":false},"author":1,"featured_media":2338,"parent":0,"menu_order":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","template":"","usahawanasional_tag":[1209,1314,1321,1455,1478,1570],"usahawanasional_category":[1374,1137],"class_list":["post-2337","usahawanasional","type-usahawanasional","status-publish","has-post-thumbnail","hentry","usahawanasional_tag-business","usahawanasional_tag-industry-4-0","usahawanasional_tag-ir4-0","usahawanasional_tag-perniagaan","usahawanasional_tag-punb","usahawanasional_tag-usahawan-nasional-webzine","usahawanasional_category-malay","usahawanasional_category-tahukah-anda"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional\/2337","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional"}],"about":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/usahawanasional"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2337"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional\/2337\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2338"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2337"}],"wp:term":[{"taxonomy":"usahawanasional_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional_tag?post=2337"},{"taxonomy":"usahawanasional_category","embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional_category?post=2337"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}