{"id":2103,"date":"2019-04-26T01:34:42","date_gmt":"2019-04-26T01:34:42","guid":{"rendered":"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/?p=2103"},"modified":"2019-04-26T01:34:42","modified_gmt":"2019-04-26T01:34:42","slug":"tampil-extra-cantik-dengan-nurita-harith","status":"publish","type":"usahawanasional","link":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/usahawanasional\/tampil-extra-cantik-dengan-nurita-harith\/","title":{"rendered":"Tampil \u2018EXTRA\u2019 Cantik dengan Nurita Harith"},"content":{"rendered":"<p><strong>Nurita Harith &#8211; Rakan Usahawan PUNB<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>D<\/strong>unia fesyen adalah suatu yang subjektif. Bidang ini menuntut daya dan tahap kreativiti yang tinggi pada seseorang individu kerana gaya fesyen sentiasa berubah mengikut trend serta masa. Hari ini, kita boleh melihat pelbagai fesyen direka bentuk dan dicipta mengikut kehendak dan kesesuaian si pembeli.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang ramai mudah tertarik kepada fesyen kerana setiap trend reka bentuk yang dicipta mampu memberi \u2019nafas baharu\u2019 kepada si pemakai. <\/p>\n\n\n\n<p>Buat si penggemar fesyen, Nurita Harith bukan lagi nama asing dalam dunia fesyen. Setiap rekaan yang ditampilkan mempunyai gaya dan identiti tersendiri. Cukup terkenal dengan rekaan yang ringkas, Nurita yang merupakan anak didik Bill Keith ini berjaya meletakkan dirinya sebaris dengan pereka-pereka fesyen lain. <\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"670\" height=\"1024\" src=\"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2019\/09\/MP1_5955-670x1024.jpg\" alt=\"Salah satu koleksi busana Nurita Harith.\" class=\"wp-image-2105\" srcset=\"https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2019\/09\/MP1_5955-670x1024.jpg 670w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2019\/09\/MP1_5955-196x300.jpg 196w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2019\/09\/MP1_5955-768x1174.jpg 768w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2019\/09\/MP1_5955-1004x1536.jpg 1004w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2019\/09\/MP1_5955-1339x2048.jpg 1339w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2019\/09\/MP1_5955-scaled.jpg 1674w\" sizes=\"(max-width: 670px) 100vw, 670px\" \/><figcaption><em>Salah satu koleksi busana Nurita Harith.<\/em><\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p><strong>Minat diasah sejak di bangku sekolah<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Minatnya terhadap bidang lukisan ketika di bangku sekolah telah membawa dirinya menerokai bidang fesyen dengan lebih mendalam. Ternyata segala usahanya membuahkan hasil apabila setiap koleksi yang dihasilkan mendapat sambutan hangat daripada peminat fesyen.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya memulakan kerjaya dengan menjayakan tempahan-tempahan eksklusif daripada pelanggan termasuklah tempahan untuk busana pengantin. Kini, saya menyasarkan pasaran yang lebih besar bagi memperkenalkan jenama dengan mengeluarkan pakaian yang sedia dipakai untuk musim perayaan Aidilfitri. <\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSasaran pelanggan saya untuk koleksi istimewa tersebut adalah golongan berpendapatan sederhana,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Berkongsi tentang perancangan masa depan, Nurita yang merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Seni Halus daripada universiti United Kingdom, merancang untuk membuka perniagaan ke lokasi baharu yang lebih besar dan selesa. Difahamkan, perancangan tersebut muncul setelah jenama Nurita Harith menerima sambutan yang positif daripada para pelanggan.  <\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSetelah menerima pembiayaan daripada PUNB pada 2012, perniagaan saya semakin berkembang dan ia merupakan batu loncatan untuk membawa syarikat saya ke satu tahap yang lebih tinggi. <\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPembiayaan tersebut telah digunakan untuk mengubah suai premis dan penambahan stok serta memenuhi keperluan modal pusingan,\u201d jelasnya lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Seiring dengan teknologi masa kini, koleksi jenama Nurita Harith juga telah dipasarkan di dalam talian menerusi kedai dalam talian untuk pakaian wanita, kasut dan aksesori yang terkenal, seperti FashionValet dan Zalora. Beliau juga menggunakan platform media sosial seperti Facebook dan Instagram untuk memperkenal, memasar dan mempromosikan rekaan serta koleksi baharunya. <\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter is-resized\"><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/usahawanasional.punb.com.my\/wp-content\/uploads\/2019\/09\/MP1_5974-1024x652.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-2108\" width=\"615\" height=\"392\" srcset=\"https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2019\/09\/MP1_5974-1024x652.jpg 1024w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2019\/09\/MP1_5974-300x191.jpg 300w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2019\/09\/MP1_5974-768x489.jpg 768w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2019\/09\/MP1_5974-1536x978.jpg 1536w, https:\/\/punb.benova.com.my\/wp-content\/uploads\/2019\/09\/MP1_5974-2048x1304.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 615px) 100vw, 615px\" \/><figcaption><em>Pelanggan rambang mata memilih rekaan pilihan di butik Nurita Harith.<\/em><\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p><strong>Rangkul anugerah berprestij<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Nurita Harith kini beroperasi di Bangsar Baru, Kuala Lumpur sejak tahun 2008. Beliau membuka kedai pop-up pertamanya di Isetan pada tahun 2007 dan telah berjaya meletakkan dirinya antara 40 Pereka Fesyen Terbaik untuk Majalah Prestige dan telah dinobatkan sebagai Pereka Fesyen tahun 2016 untuk Majalah Eh!. Koleksi beliau juga telah dicalonkan untuk koleksi pengantin terbaik bagi Anugerah Busana Pengantin Antarabangsa ELLE. <\/p>\n\n\n\n<p>Nurita kini bangga dengan usaha dan perit jerih membangunkan jenamanya sehingga ke peringkat antarabangsa. Rekaannya yang ringkas dan versatil serta menggunakan fabrik polos telah mencuri hati peminat fesyen dan mewarnai dunia fesyen masa kini. <\/p>\n\n\n\n<p>Punya minat yang mendalam dalam bidang fesyen, namun malu tonjolkan bakat? Ruginya kalau tak ikut jejak langkah Nurita Harith ni! <\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Nurita Harith &#8211; Rakan Usahawan PUNB Dunia fesyen adalah suatu yang subjektif. Bidang ini menuntut daya dan tahap kreativiti yang tinggi pada seseorang individu kerana gaya fesyen sentiasa berubah mengikut trend serta masa. Hari ini, kita boleh melihat pelbagai fesyen direka bentuk dan dicipta mengikut kehendak dan kesesuaian si pembeli. Orang ramai mudah tertarik kepada [&hellip;]<\/p>","protected":false},"author":1,"featured_media":2115,"parent":0,"menu_order":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","template":"","usahawanasional_tag":[1271,1345,1420,1478,1567,1573],"usahawanasional_category":[1136,1374],"class_list":["post-2103","usahawanasional","type-usahawanasional","status-publish","has-post-thumbnail","hentry","usahawanasional_tag-entrepreneur","usahawanasional_tag-kisah-kejayaan","usahawanasional_tag-nurita-harith","usahawanasional_tag-punb","usahawanasional_tag-usahawan","usahawanasional_tag-usahawanpunb","usahawanasional_category-kisah-kejayaan","usahawanasional_category-malay"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional\/2103","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional"}],"about":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/usahawanasional"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2103"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional\/2103\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2115"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2103"}],"wp:term":[{"taxonomy":"usahawanasional_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional_tag?post=2103"},{"taxonomy":"usahawanasional_category","embeddable":true,"href":"https:\/\/punb.benova.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/usahawanasional_category?post=2103"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}