Pengarang: mastura

PUNB dengan kerjasama Persatuan Usahawan Automotif PROSPER Malaysia (AUTOPRO) telah menganjurkan Auto Forum 2022 pada 2 November 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Bertemakan ‘Meneroka Peluang Memacu Kelestarian’, Auto Forum siri ke-6 ini telah dihadiri oleh 510 peserta terdiri daripada Rakan Usahawan PUNB, usahawan Bumiputera dan para pelajar institusi kemahiran tinggi yang terlibat dalam industri automotif.

Di kesempatan ini, PUNB ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para peserta, penceramah, ahli panel jemputan serta semua pihak terlibat atas sokongan serta kerjasama yang telah diberi dalam menjayakan Auto Forum 2022.

Tahniah juga diucapkan kepada para pemenang Anugerah Usahawan Automotif Auto Forum 2022. Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kejayaan kepada anda dan usahawan lain untuk terus maju dalam perniagaan.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PUNB telah diadakan di Kampung Rimba Raja, Parit, Perak hari ini, 4 November 2022.

Seramai 55 keluarga kurang berkemampuan di Kampung Rimba Raja telah menerima sumbangan barangan keperluan.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi PUNB, YBhg. Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris dan YBhg. Dato’ Mohd Nizar Haji Zakaria, Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Sekitar lawatan Pengerusi PUNB, YBhg. Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris ke Pejabat PUNB Cawangan Alor Setar, Kedah dan premis perniagaan Rakan Usahawan PUNB Irdeco Sdn Bhd pada 19 Oktober 2022.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PUNB telah diadakan di Kuala Kerpan, Ayer Hitam, Kedah hari ini, 18 Oktober 2022.

Seramai 80 keluarga kurang berkemampuan di sekitar Kuala Kerpan telah menerima sumbangan barangan keperluan dan 20 OKU telah menerima sumbangan kerusi roda.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi PUNB, YBhg. Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris dan Ahli Dewan Negara, YB Senator Dato’ Wira Othman Aziz.

Majlis persaraan YBhg. Datuk Mohammad Ismail, Ahli Lembaga Pengarah PUNB yang akan bersara pada 30 Oktober 2022.

PUNB ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Datuk Mohammad Ismail atas segala sumbangan, jasa dan komitmen serta khidmat cemerlang yang telah diberikan.

Besarlah harapan kami agar ikatan ukhuwah yang terjalin akan terus berkekalan dan menjadikan PUNB sebagai kenangan terindah.

Kami mendoakan agar YBhg. Datuk Mohammad Ismail sentiasa maju jaya dalam semua lapangan diceburi dan terus memberi sokongan dalam memperjuangkan martabat keusahawanan Bumiputera di Malaysia.

Penyerahan cek replika pembiayaan perniagaan PUNB di Majlis Penyerahan Bantuan Keusahawanan Johor 2022 sempena Festival Islam & Halal Antarabangsa Johor (FIJO) 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, hari ini, 1 Oktober 2022.

Penyerahan cek replika melibatkan jumlah keseluruhan pembiayaan sebanyak RM10,335,000.00 untuk 10 Rakan Usahawan PUNB ini, disampaikan oleh YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor.

Turut hadir, Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB.

Dapatkan idea daripada #RakanUsahawanPUNB, Faza Marketing dan Debob Coffee mengenai cara mereka menjalankan perniagaan mereka.

Tip perniagaan daripada Rakan Usahawan kepada usahawan!

Sesi Perbincangan Kumpulan Fokus (FGD) bagi Sektor Peruncitan dan Perdagangan Pengedaran telah diadakan pada 26 dan 27 September 2022 di Sepang, Selangor.

Aktiviti anjuran PUNB dengan kerjasama Persatuan Peruncit Bumiputera Malaysia (BRO), Persatuan Usahawan Automotif PROSPER (AUTOPRO) dan Rakan Usahawan PUNB ini, bertujuan membincangkan mengenai keadaan ekonomi semasa, isu dan cabaran yang dihadapi usahawan Bumiputera serta mencari jalan penyelesaiannya bagi memastikan usahawan terus berdaya saing.

Turut serta dalam perbincangan ini ialah, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, En Izwan Zainuddin; pengurusan PUNB, ketua-ketua unit dan wakil daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

DEBOB COFFEE – Rakan Usahawan PUNB

Saksikan kisah kejayaan Mohd Hafez Sorani, #RakanUsahawanPUNB, pengusaha restoran Debob Coffee yang menawarkan pelbagai menu kopi dan makanan citarasa barat pasti menambat hati.

Seramai 30 warga kerja PUNB menyertai program PUNB Exuberance Team Dynamic 2022 (Kumpulan 1) di Kuala Tahan, Jerantut, Pahang yang diadakan pada 20 hingga 22 September 2022.

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan, memupuk semangat setiakawan dan kerjasama dalam kalangan warga kerja PUNB.

Antara pengisian aktiviti ialah merentas hutan, ‘canopy walk’ dan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Kampung Orang Asli Dedari dan Kampung Tabung, Taman Negara Kuala Tahan. Pada program tersebut, PUNB menyerahkan sumbangan pek makanan serta lampu solar LED kepada penduduk kampung.

Pada hari terakhir program, peserta dibawa melawat ke Kompleks Galeri Mat Kilau di Pulau Tawar, Jerantut.

We Value Your Feedback!

    Question 1

    Overall Experience:

    How would you rate your overall experience on our website?

    Question 2

    Finding Information:

    How easy was it to find the information you were looking for?

    Question 3

    Helpful Section:

    Which part of our website was the most helpful for you?

    Question 4

    Website Expectations:

    Did our website meet your expectations?

    Question 5

    Likelihood to Return:

    How likely are you to return to our website in the future?